Saturday, March 20, 2010

Singapore Town memang best

HI..I'm Ainee Fierce. Haaa ada rupa Beyonce punya tajuk album tak?
Ngaummm!!!Rawr!Rawr!Rawr! Apa motif I buat harimau tu? Mesti korang cop I gila kan? Kan ke tahun ni tahun Harimau so nak lah jadi ala-ala harimau gitu. Muka waktu ni muka busuk so agak kurang cantiklah padahal memang hakikat diri tak cantik.

Sebenarnya ni nak cerita I pergi Singapore hari tu. Alah waktu raya cina tu. Cerita dah lama tapi tetap nak cerita gak sebab sangat best dapat spent time dengan adik lelaki kesayangan I and opah I. LOve!!!


First perjalanan kiterowang bertolak dari Ipoh-Melaka untuk ambil my pakwe and makwe. Pakwe and makwe tu panggilan untuk bapak dan mak sedara I yer, jangan nak salah faham I ni biseksual walaupun hakikatnya "YER SAYA BI"..shhh!!

Ehh tiba-tiba gambar kat kedai makan kan? Biasalah I kan kuat makan. Tapi gambar hari tu I saja kembongkan perut tau. I tak buncit! I slim shady u all! I tahu all memang suka pasal keburukan keburukan ni tu yang I tempek gambar kebetulan I tu.
**eceh! dan dan

Haaa yang pakai baju merah tu bapa sedara I, I panggil dia uncle Mei Hwa. Ramai-ramai said "HI UNCLE MEI HWA!!". Sebelah tu anak dia, panggil di di je maksudnya adiklah dalam Melayu kita. Rambut ngan badan sebiji macam bapa dia bak kata pepatah 'anak borek bapak rintik' ehh ke terbalik? Whatverlah, lebih kuranglah kan.

Waktu ni sebenarnya dah sampai Gelang Patah. Jangan korang ingat gelang yang dah patah pula. Gelang Patah ni nama tempat lah, dekat Johor sana. I pun tak tahu kenapa nama dia gelang patah, agak-agak kena cari kat wikipedia tak?

Lepas dah makan-makan-makan singgalah rumah aunty I pula. Haaa nasib baik singgah rumah aunty I alang-alang boleh collect angpau kan? Padahal sebenarnya I dah keciwa dah I pakai cantik-cantik, semangat ni pakai dress tak ada lengan sebab ingat nak makan kat hotel ke apa kan sekali makan kat kedai biasa je. Tapi tak apa kekeciwa terubat bila opah I cakap nak singgah rumah anak sedara dia. Pheuwwww! Manalah tahu Ed Westwick ada kat sana ke kan?

Masuk rumah dia terus nampak botol-botol ni. Unik betul. Tak! Tak! I tak minumlah. Takkan I nak minum, even sparkling juice pun I tak pernah minum sebab tah I rasa was-was tak tahu kenapa lagipun I ni kan ada agama mestilah tahu apa yang boleh minum apa yang tak boleh. Cuma kagum dengan bentuk dia je. Tengok siap ada bentuk globe lagi, kompem mahal!


Lepak-lepak di rumah Aunty Kam. Rumah dia siap ada tempat karaoke tau. Gila best! Ohh Ed Westwick tak dapat datang hari ni. Keciwa betul kalau tak boleh berduet nyanyi lagu Paling Comel nyanyian Achik dan Nana. Ahahahhaha!

Ohh lupa nak kenalkan. INilah adik lelaki kesayangan I. Panggil je Eddie tapi sejak dia belajar kat Poli kawan-kawan dia panggil Frank. Frank-Eddie uishh jauh betul lari. Sebelah tu opah I. Sayang opah!=))

Eeee teringin nak belajar main mahjung. Bukan belajar untuk berjudi just suka-suka sebab macam best je bila dieowang sepah sepahkan buah tu lepas tu campak campak atas meja. I macam fulamekkk!!

Ada gaya tak??

Adik sedara I ni comel betul!! Geram tengok!

Lepas dah sembang punya sembang kiterowang pun baliklah rumah Uncle Mei Hwa kat Gelang Patah tu. Rumah Aunty Kam I ni kat JB. On the way balik tu kiterowang dengar bunyi letup-letup. Rupanya bunga api. Perghh memang meriahlah tahun baru cina dekat Johor ni. Tak rugi turun! Kat Ipoh sah sah tak ada bunga-bunga api ni. Mesti hambar! Kalau ada pun mesti sikit je.


Some of the shoots taken by Adik.


DAY 2
Hari kedua barulah kiteowang berangkat gi Singapore lepas bermalam dekat rumah Uncle Mei Hwa.


Singapura baby, here we come!

Kacak betul kereta kiterowang.

Tengok dari atas pun ada lambang dia. Perghh semart betullllll, pandai adik makeup!!Finelah korang tak percaya kan ni kereta kiterowang. Tak nak caya sudah!

Pandailah korang, hakikatnya kiterowang naik basikal je weyh dari Johor gi Singapura town ni. Tengok seat belakang ni pun ada kusyen tau. Comfort betul!

One big Family(padahal tak besar pun).Ahahaah! Ehh tapi kalau kumpulkan sekaligus semua mesti besar gila kan macam boleh buat tentera menyerang Bank Negaralah buat rompakan bersenjata ke apa kan.

Lepas dah makan-makan apa lagi, jalan-jalan cari makan lagilah weyhh! Ni lah rupa keretapi kat Singapore. Dieowang paggil MRT stands for.....TAh! I pun tak tahu. Salute betul ngan MRT dieowang ni. Sebab apa? Sebab dia punya pintu berhenti tepat tepat dekat benda yang dia tulis anak panah tu. KIranya tak adalah kita tertipu kan macam kat KL. Ye lahh gagah je diri kat anak panah nak masuk pintu LRT tengok-tengok dia berenti nun jauh kat sana lepas tu jauh dari anak panah kuning yang dia lukis atas lantai tu lepas tu kita ni terkedek-kedek lahh lari nak kejar pintu masuk tu. CIS!!! I rasa kerajaan Malaysia kena contohi sikit negara jiran kita tang LRT-MRT ni.

Adik cakap tak ada ATM mAchine ni dekat Malaysia so kena snap picture. I pun layan je lah

Haaa tengok semua orang ikut arahan anak panah.

Adik, OPah and I

Haaa kat hujung tu Pulau Sentosa. Nak pergi sana naik benda yang rupa dia macam caterpillar kat Genting tu. Tiket dia 10$ je. Tak adalah mahal rupanya standard Sunway kat Ipoh ni je tapi sayang tak dapat pergi sebab kesihatan opah tak mengizinkan dia jalan jauh. Kesian opah, kiterowang ni tak apalah lain kali boleh pergi lagi.

Pose!Pose! Nampak orang yang bawah tu sedang buat apa?

I tak tahu ni kat mana tapi yang I perasan sangat sepanjang I berada kat kota singa ni orang kat sini suka lepak-lepak menenangkan fikiran tanpa gangguan. Bagus! Bagus!

Jalan punya jalan dah sampai malam.


I dekat Jalan Orchard. Seberang tu Plaza Singapura.

Oklah, adik pun nak gak simpan gambar kenang-kenangan.


Orchard Central. Sempoi gila escalator dia. Dahlah laju gila lepas tu kat kiri kanan ada lampu lampu macam nak gi disco pun ada. Tapi bukan itu je sempoi. Waktu kiterowang tengah bergambar ni rupanya kat belakang kiterowang tu ada orang tengah ghairah bercium siot. Nasib baik tak ada katil kalau tak sure-sure dah make out kat situ. Mentang-mentang Hari Valentine(I tak celeb). Memang kalau nak berhoneymoon sesuai sangat datang Singapore sebab boleh dating puas-puas lah tanpa ada mata pelik pandang kita. Cool huh?

Sama tak sama tak??


DAY 3

Kiterowang pergi sana sehari je memandangkan I pun cuti kerja 4 hari je kan manalah nak sempat nak ke hulu ke hilir pergi sanalah pergi sinilah.

Kesian adik tak sempat makan so kenalah makan dalam perjalanan pulang. Dalam kereta some more. Nak tahu harga nasi lemak kat Singapore berapa? 2.50$ derr!! Cuba kalau convert gi duit Malaysia pergh dah RM4-RM5. Mahal betul!

Danga Bay baby! Wahh I nak satu kapal tu boleh?

Lama betul perjalanan nak balik Johor balik. Kat imegresen tu dah lah jem. Kali ni bukan nak singgah JB mahupun gelang patah tapi kali ni nak singgah Batu Pahat. Haaa tengok bersepah sepah sedara I dekat Johor ni rupanya. Kalau korang nak I dibuang negeri I mintak korang buang I dekat Johor at least boleh hidup.


KORANG BAKAL MELIHAT BENDA-BENDA ANTIK GITU PADA GAMBAR-GAMBAR SETERUSNYA maksud I 3 gambar seterusnya yahhh!




























TINGKAP ANTIK

PINTU ANTIK!

Yang seterusnya lagi antik. Korang penghisap rokok tegar mesti sedih tengok harga rokok dulu. Murah baiii! Memang antik betul rumah aunty Mei Yong I ni.

























Tadaaaa!! Poster rokok L&M dulu. Mana nak cari sekarang rokok tak seludup harga RM2.90? Mana?Mana?


OK!Dah habis dah barang unik. Lain kali I datang, I korek lagi barang unik yang ada kat rumah Aunty I ni. Lain kali tu tah bila tahunnya.

Ini part paling excited. I beli haiwan jenis baru pada 14haribulan tiga dua ribu seepoloh. Ianya merupakan seekor arnab.

Comel tak?? Bukan I lah, arnab tu comel tak?? **opss kantoi muuka berminyak. Btw itu lutut I ok!

Comellnyaaaaa!! Nama dia Mamat. Ayah I lah bagi nama dia Mamat. Apalah tak glamer betul nama bagilah nama Ezora ke Alza ke kan.


Lepas tu malam tu kiterowang tidur rumah Aunty Mei Yong. Asyik menumpang rumah orang je kan kiterowang ni. Esok pagi-pagi kiterowang bersiap untuk pulang ke Ipoh. OH DEAR! Waktu tu I memang harap sangat sampai IPoh cepat sebab dah tak sabar nak tidur atas katil sendiri peluk bantal sendiri. Selimut tak rindu sebab selimut I dengan Eddie angkut dari rumah. Kalau korang tengok beg kiterowang mesti terkejut sebab beg kiterowanglah paling besar.

"Comel tak ponggong I", kata Mamat si Arnab comel.

Pendek kata Singapore memang best dan lepas ni I akan make sure kalau I jejak lagi kaki tangan kepala semua kat kota Singa ni I nak pergi PULAU SENTOSA dengan China Town. Hari tu tak dapat jalan-jalan berpartay partay sebab kiterowang terlupa amik pas untuk jalan dekat Highway. Haaa sesiapa nak pergi Singapore jangan degil sangat. Jangan jadi bodoh sombong. Kalau tak tahu apa-apa terus je tanya orang. Kalau korang drive kereta masuk sana make sure korang beli ada satu pas ni untuk kereta so dat korang boleh masuk highway dia. BYE!!

4 comments:

mrs camillo said...

suka tgk style rambut u sekarang :D memang ainee cumil

ainee cumi2 said...

mrs camillo: ahahahha! tenkiu tapi bukan ainee cumil lahh aini cumi je..

sasha* said...

nape muka ainee dgn adik tak mcm cina sgt.confius jap :P

ainee cumi2 said...

k.sasha: sebab kami orang melayulah kak..opah je cina maaa

MY FIRST LA SENZA

Hampir sejam jugaklah Apek menunggu kat luar sebab isterinya dok test test the perfect one. REVIEW LINGERIE LA SENZA 1. Best gila 2. Des...