Friday, October 1, 2010

Tak majulah hidup kau ni!

I paling pantang kalau ada je orang kat Ipoh ni pergi KL lepas tu baget tak sedar diri. HINA ORANG YANG DUDUK IPOH MACAM I NI! Bising sana bising sini pumpang sana pumpang sini. Ye lah, I ni memanglah dari kecil sampai ke besar ni asyik duduk Ipoh je tak pernah pergi negeri orang lain pun tapi baget bagetlah nak hina orang yang membesar kat Ipoh ni kan? Nak cakap apa barang duduk Ipohlah, gaji sikitlah, tak majulah, tak ada lifelah, pekan matilah kat Ipohlah. Habis tu selama ni cukup je kan pakai makan mak bapak kau bagi kan? Duduk mana? Duduk Ipoh juga yang kau cakap ketinggalan sangat ni. Dah besar, dah habis sekolah baru belajar kat KL nak lupa diri. Tapi yang I pelik tu bila belajar dan kerja kat KL lah nak bising-bising cakap Ipoh ni tak maju tapi bila belajar kat Johor ke, Penang ke, Perlis ke, Melaka ke, Sabah Sarawak ke (usihh banyak beno negerinya) haaa tak ada pulak nak cakap macam tu. Ini dah tercampak kat KL baru nak kecoh? Pelik! Pelik! HEBAT SANGAT KE KL? BESAR SANGAT KE GAJI? Setakat gaji RM1,500 kau cari kat KL tak payah. Tak boleh hidupnya. Dengan minyaknya, makannya, tolnya. Kalau I rela duduk kat Ipoh ni. Pedalaman pun pedalamanlah janji hati tenang suci dan aman hidup dengan RM1,500 tanpa traffic jam tanpa kes bunuh bunuh yang melampau tapi kalau orang offer gaji RM4,000 apa salahnya. Aman tak aman gua cau jugak gi KL. Hahahahah! Buruk perangai mata duitan. Haaa kalau I dah keluar dari Ipoh ni maknanya gaji I RM4,000 lah tu tak payah nak tanya banyak.


APA YANG BEST SANGAT KAT IPOH NI?
Oklah! Ipoh ni memanglah tak banyak shopping complex tapi ok what tak adalah nak kena redah traffic jam bagai nak gila semata-mata untuk pergi mall macam kat KL tu. Lepas tu makanan kat sini MURAHHH BAIII!!! Kiranya orang cakap nasi kat KL tu kalau tak kena caj RM5 tak sah kan? Tapi I ni yang kerja kat pekan Ipoh ni still boleh beli nasi, ikan dengan sambal, sayur harga RM3 je. Weyh! RM3 derrrr. Tak jeles ke? Ada NASI, IKAN cicah sambal, sekali SAYUR lagi. Kat pekan lagi tu. Kalau ayam RM4. Baju semua tu standardlah kan, sama je harga cuma tak banyak pilihanlah. Tapi apa susah, Ipoh ni bukan tak ada tren. Ada! Nak pergi pun senang tak ada nak jem sangat. Haa beli je tiket paling murah RM12 haa dah boleh sampai KL. Pergi balik baru je Rm24. Tak luak pun. Kira macam naik teksi kat KL. Ahahahah! Boss I yang dulu kat Ipoh ni tapi sekarang dah pindah pergi ofis KL pun cakap dulu duduk kat IPoh ni balik kerja boleh masak-masak lagi, ni duduk kat KL apa pun tak sempat. Busy yang amat dengan traffic jemnya sampai rumah dah pukul berapa dah. Semua nak main fastfood je.

MAKA, TAK PAYAH NAK BANGGA SANGAT KALAU DUDUK KAT KL TU, KO BALIK IPOH JUGAK AKU TENGOK! KO SUKA SANGAT DUDUK KL TAK PAYAHLAH NAK CAKAP AKU NI TAK MAJU SEMUA! AKU TAK MAJU PUN, AKU ADA JE KERETA WALAUPUN BAPAK AKU YANG BAGI. ADIK AKU YANG TAK KERJA TU PUN MAMPU PAKAI KERETA. DUDUK IPOH JE WEYH! HAAA SIAPA CAKAP ORANG YANG DUDUK IPOH TAK MAJU? MAJU KOTTT!!

Kesimpulannya, janganlah hina nak pandai-pandai cakap orang macam aku yang tak kerja luar dari Ipoh ni tak maju ke hadapan. Ko tengok je lah nanti. Ehh tak yah tengok nanti, sekarang pun aku tengok ko dah balik ke Ipoh dah pun. Kerja kat Ipoh lagi. Cakap TAK AKAN DUDUK IPOH DAH! Ni apa cerita ni?

1 comment:

zaza. said...

Ipoh the best! Yup, KL banyak temptations, but entertainment semata-mata. KL mmg fun, tp kalau gaji I bawah RM3k tak berani I nak duduk sana. HAHA. 3k pun belum tentu ckup tu.

TOURIST SPOT IN KYOTO

ARAHIYAMA 1. ARASHIYAMA Jangan lupa singgah dan duduk santai-santai di tepi sungai berhampiran Togetsu-Kyo Bridge. Serius mendamaikan...