Tuesday, October 5, 2010

Untuk korang yang kecik kecik dah berhutang

Tajuk tu sah sah untuk diri sendirilah kan. I baru baca paper tak silap I 2 hari lepas. Paper Metro. Dia cakap sesiapa yang ambil pinjaman kat PTPTN sekarang ni boleh tukarkan kepada pinjaman ujrah. Sekarang ni kan ke 3% kan kos pentadbiran tu so kalau tukar kepada pinjaman ujrah dia caj 1% je. Weyh! Untung tu! Tak payah bayar lebih-lebih.

Haaa baik tak I share benda-benda macam ni dengan korang? Ok! Tak payah cakap, sendiri dah puji diri sendiri dan kagum dengan diri sendiri sebab tak kedekut pengetahuan. Wooohoooo!

Tapi yang sedihnya I tak boleh buat penukaran lagi sebab akaun I dia cakap masih dalam proses apa entah. Haishh! Sedih! Sedih! Dahlah gaji sikit kena bayar duit PTPTN lagi. Tu lah, gedik pi berhutang siapa suruh memang sah sah dan wajiblah kena bayar. Nanti untuk anak I, I nak cakap awal-awal jangan amik pinjaman dah. Pi belajar pandai-pandai supaya dapat biasiswa, lagi untung.

No comments:

Kedai Runcit Online

I ni jenis pemalas betul nak keluar dari rumah. Kalau boleh semua nak orang belikan buatkan hantarkan and etc. Masak bolehlah rajin jugak ...