Hari ni di pagi hari yang hening waktu I tengah bersiap nak pergi kerja tapi tak dapat bersiap dengan cepat sebab my parents dok bersembang dengan I. Duduk bersembang sambil makan karipap memang heaven tambah-tambah sembang dengan mak bapak sendiri. Tapi yang tak heavennya bila my mum menyuarakan suara dia yang dia nak kereta I. AMBOI! HAMIK KO HEAVEN HEAVEN MAKAN KARIPAP DENGAN PERGI KERJA LAMBATNYA SEKALI MAK KO CAKAP NAK AMBIL BALIK KERETA KO! I macam "OOoohh Ok!silakan!" lepas tu sambung makan karipap balik. Mak I dah tak nak pakai kereta lama buruk dia tu asyik rosak je dia rimas maka dia nak ambil kereta I yang bapa I belikan untuk I tu. Kenapa tak ambil je kereta waja adik I tu? Adihhh!!
Tapi tak apa, hati kena redha sebab anak kan. Haa sebab redha punya pasal mak I cakap, "Akak gi survey kereta mana akak nak lepas tu cakap kat ayah downpayment segala berapa". TENGOK KEBAIKAN REDHA! Maka lepas ni kalau mak bapa marah ke apa kena redha je tau.
SELAMAT TINGGAL WIRA!
So sekarang ni I tengah buat pemilihan kereta. OK! I sangat sokong produk Malaysia maka I nak beli kereta Malaysia je tak nak poyo-poyo beli kereta luar negara sebab sedar bukan diri sendiri bayar. Tengok! Anak mithali kan?
Dalam kepala I ada kereta LAMBORGHINI PUTIH NI je tak ada kereta lain tapi sedar diri siapa maka kena buang dan cakap shuh shuh kat kereta idaman ni. Haishhh!
Paling paling paling I nak Perodua Viva sebab dia kecil dan comel gitu so boleh I panggil dia Baby Bootih. Auww comelnya tak boleh tahan tengok dia rasa nak terkam aumm aummm! |
Yang kedua yang I dah lama berkenan ialah MYVI. Dia ni I suka sebab ponggong dia gemuk macam telletubbies punya ponggong. Comel gila! |
PERASAN TAK SEMUA KERETA YANG I PILIH WARNA PUTIH? Haa itu sebab I tak putih maka nak orang perasan kehadiran I yang gelap ni kan maka kereta kenalah warna striking sikit dari kulit I ni and taraaaa terus orang terpandang bukan sahaja kereta malah tuan punya kereta. =D
OK! Sekarang I kena buat decision cepat! Vrooommmmm!!!
No comments:
Post a Comment