Memang taklah kan kalau nak fikir pasal layak. Kalau fikir untuk kepentingan diri sendiri boleh. Benda ni I jumpa kat paper NST hari ni. Uishh I suka kalau bab-bab kecantikan ni walaupun diri tak cantik.
Ada 6 benda yang kita selalu buat kat muka kita yang boleh buat muka kita ni lagi teruk. Contoh mak ko cakap, "Haa tempek tahi kat muka leh buat muka licin". Uishh aje beno mak tempek tahi boleh licin kulit muka ni, tah-tah lagi busuk. Ye lah kalau dah buat tiap-tiap hari kan. Eeuuuwww!~
1) Korang Melebih-lebih
Jangan lebih-lebih nak buat pengelupasan kulit. Yes! Memang boleh kupas kupas kulit tapi budget-budget sikit. APA KO INGAT KULIT TELUR? Ok! Kenapa tak boleh? Sebab nanti kan kulit korang kan cepat kedut mak kita cakap. Haa betul! Dia cakap kan memang bagus pakai produk pengelupasan kulit ni sebab dia boleh hilangkan sel-sel mati tapi jangan selalu dia cakap. Nanti kan..nanti kan...(cakap sambil putus-putuskan nafas) kulit kita kedut cepat sebab dah hilang kelembapan semulajadi. Dan lagi satu kalau beli barang yang tak feymes kan. Ecececeh! Nak barang feymes je kau! Haa kalau barang tu tak feymes kan better pilih yang ringan-ringan je bahan-bahan dia. I pun tak tahu apa yang ringan ringan. Alah biasa dia akan tulis mild kat botol dia tu. Maybe kandungan dia jangan berat berat kot. Kalau pakai minyak angin untuk aktiviti pengelupasan mesti lagi berkesan. Cubalah!
2) Penggunaan Toner Oleh Korang
Toner ni gunanya untuk menghapuskan sisa pembersihan produk. Tapi kalau kurang korang bukan jenis oily macam I ni haa better watch out fellas. Eeee rupanya ada juga kelebihan kulit berminyak macam I ni kan. Ingatkan untuk sarang jerawat je. Haa toner ni memanglah untuk buang sisa cleanser kita kan tapi di sebalik tu, dia akan menyebabkan kulit kita dehidrat. Kira macam kekuangan air lah. Haa lebih kuranglah. I bukan beautician mana nak tahu kan? Kalau korang punya kulit jenis kering baik jaga-jaga. Jangan lebih lebih sangat guna toner ok sebab dia akan buat kulit korang lagi kering. Serius tak tipu! Tu sebab kita kena letak pelembap lepas pakai toner.
3) Korang guna produk campur-campur
Ok! I bagi contoh paling simple lah kan. Cleanser korang guna cap sardin, Toner korang guna cap ayam then last but not least moisturizer korang guna cap itik. Haa kowang tengok dah berapa cap binatang kowang dok campur-campur. Cuba korang tukarkan dia jadi makanan. Korang campur segala jenis sardin dengan brand lain-lain dalam masakan korang then masak tak ke meragam perut tu. Haa samalah dengan benda yang kita tempek kat muka kita ni. Muka pun boleh konfius weyh! So jadilah pengguna yang setia melainkan kalau produk tu memang tak leh ngam dengan kita. NOW BARU I TAHU RUPANYA KITA TAK LEH CAMPUR-CAMPUR PRODUK! SELAMA NI I INGAT BOLEH, NO WONDER MUKA I LAGI TERUK. HEHEHEHHE!
4) You've go green
Ok! I tak tahu nak translate macam mana. Nanti kalau I letak Anda Tukar Jadi Hijau korang macam buat muka pelik pula kan. Tiba-tiba ke pegang cermin hala kat muka nak tengok ada ciri-ciri hijau ke tumbuh kat muka. Mana tau ada uban hijau ke kan, ke nak jadi hulk hogan ke shrek ke kan mana nak tau. Sebenarnya paper ni nak cakap, jangan percaya sangat dengan produk organik yang kadang-kadang tak sesuai dengan kulit muka. Nama pun organik maka mesti dia punya keberkesanan tu terbatas. Siapa yang rugi? Kita juga nok! Contohnya macam pelindung tabir suria<=pergh ada ayat macam google translator tak?. Haa macam pelindung tabir suria kan, saintis pun macam ragu-ragu je sebab tak ada bahan bukti cakap benda-benda dari tumbuhan ni boleh lawan sinaran matahari tu.
5) Korang tak amik berat pasal UV Protection
Kita semua memang aware tentang bahayanya sinaran cahaya matahari. Dia boleh bagi penyakit kulitlah, boleh bagi kita punya kulit gelaplah tapi still tak ambil berat pun nak pakai UV Protection segala. OK! I TAK MENGATA KORANG TAPI MENGATA DIRI SENDIRI. Sebab gilalah, paper ni bila I baca I rasa semua terkena kat batang hidung sendiri. Cisss! Sebenarnya kita tak boleh depends dekat moustrizer + SPF sebab dia tak efektif. Jangan just depends dekat SPF yang elak kita dari kena sunburnt TAPI pilih yang berkualiti walaupun mahal yang boleh offer UVA PALING TINGGI SEKALI dan boleh diguna sepanjang tahun.
Tujuan I tempek kat sini untuk kongsi dengan korang, ye lah I tahu korang memang pemalas. Malas! Malas! Malas nak baca paper. Hishh apa nak jadi ni? Macam mana nak capai wawasan 2020. Huh? Tiba-tiba. Bukan untuk korang je untuk diri sendiri juga yang makin hari makin buruk ni kan. I rasa brand clinique tu macam tak berkesan je dengan I. Kena cari produk lain.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOURIST SPOT IN KYOTO
ARAHIYAMA 1. ARASHIYAMA Jangan lupa singgah dan duduk santai-santai di tepi sungai berhampiran Togetsu-Kyo Bridge. Serius mendamaikan...
-
Jangan buat main woooo keracunan makanan. Pertama kali I dengan Amirul kena. Umur 26 tahun kena keracunan makanan. Oh my!! Seksa gila. 1. U...
-
Assalamualaikum. OK! Sebelum kemalasan melanda jiwa baik terus update iternary dan budget untuk rujukan teman-teman. Hope it ...
-
Assalamualaikum. Bertemu kita lagi di entri #TravelDiary. Kali ni Aini dan Amirul pergi Langkawi selama 4 hari 3 malam dengan menaiki pen...
No comments:
Post a Comment