Dan yes I baru je buat kad Padini membership hari tu semata-mata nak dapatkan diskaun untuk baju Apek. Semata-mata! Semata-mata! Kalau tak memang sampai ke sudah I tak buat kad ni weyh. Tapi memang berbaloi ahh sebab.........
Sebab dapat voucher. Ehh tapi tak nampak laks berapa kan??kan??
Takpe! I dah tangkap banyak picture I pegang prop tu. Ecececeh! Baget je prop kan padahal kupon Pesta Ria MGS je. Ehh tak! Tak! ITS REALLY A COUPON yang kau boleh guna kat mana-mana outlet Padini.
Ok! Memang! KEPOYOAN MEMANG DAH TERBUKTI DENGAN KETARA!Padahal RM10 je weyh. Nampak sangat beria. Caittt!
OK! Segmen seterusnya I nak tunjuk tempat duduk I kat ofis. Kowang jangan nak jeles sangat ehh??
Ni meja I dari pandangan sisi belah kiri. Amacam? Besar tak? Tu untuk I sorang tu weyh! Korang ada? Ada? Haa tak ada diam!
Ni dari arah kanan laks. Ececeh cam poyo je nak tunjuk kiri kanan bagai kan? Kenalah tunjuk weyh! Baru kowang dapat pandangan yang menyeluruh gitu kan?
Kerja as a receptionist memang buhsan weyh tapi ok jugalah sebab tak ada orang nak mengarah-arah kita macam kuli ke kan, semua kerja nak campak kat kita-ehh melampaulah! Lepas tu boleh buat kerja dengan tenang sorang-sorang kat depan tu. Tak adalah orang dok nak ngintai ke apa ke kan sebab ada dinding besar dan cantik lagi kat belakang I. Haa I kerja kat syarikat hartanah. Kalau korang nak cari rumah secondhand ke bolehlah calling calling ok. Ni number ofis I. 05-255**22. Khas untuk orang yang nak cari rumah je tau. Ataupun nak buat penilaian rumah berapa ke, ok? Ofis I dekat oldtown, Ipoh. Kalau nak belanja makan pun boleh lah calling-calling. Tang ** pandai-pandailah cari amcam Mr Bean dalam filem dia tu.
Ok! NOW! Apa yang ada kat atas meja I? Seperti biasa mestilah ada komputer, ada telefon dan printer kan?kan?
Tapi bila I masuk je kerja dekat sini, terus I bawak segala jenis barang. Dah macam rumah I je konon. Tapi tak adalah ketara sangat. Slowlylah weyh! Bawa sikit-sikit-sikit. Ini semua dinamakan taktik.
Wajib ada mestilah cermin kan? Lepas tu adalah botol air besar kesayangan I tu. Kalendar pun wajib gak untuk buktikan kat kawan-kawan kita ni kawan yang baik sentiasa ingat hari jadi dieowang. Losyen pun wajib gak sebab ye lah kan ke I duduk kat aircond mestilah kena pakai lotion kalau tak habis kedut-kedut tangan I macam muka I Omaihh!
Ni baru beli utnuk letak alat-alat tulis. Comel gila kan oven pink tu? Kalau I lapar I masak je nasi dalam tu.
Tengok tengah nak kerja pun leh bukak belog bagai. Sempoi kan kerja I. Macam makan gaji buta je weyh! Haip! Haip! Bukan gaji haram ehh, bos I memang bagi izin untuk melayari internet tau sebab dia tahu kerja kat depan ni memang bohsan.
Im a receptionist. So??
Motif? NAK TUNJUK SUBANG DENGAN KEPANJANGAN RAMBUT. Boleh tak?
Kesian beg I tak ada tempat I nak letak maka terkulai layu dia kat bawah tu. I ingat nak kena beli satu kotak pink lah untuk letak beg I tu.
Ingat I tak ada kerja ke? Haa tengok tu berapa banyak file I kena telefon customer dia untuk buat payment. Dah macam along bukit beruntung dah I ni.
Dan itu sahajalah yang nak ditempekkan pasal tempat kerja I kat sini. Boring kan cerita I? Lantaklah! Janji ada gaks memori pasal C H Williams Talhar & Wong ni I catatkan dekat sini. Mana tahu one day I jadi CEO syarikat lain ke kan. Uishh rezeki mana tahu weyh.
And hey guys!
I DENGAN APEK DAH MENCECAH 4TAHUN 8BULAN. HEPI TAK FOR US?
**Esok nak pergi cameron. Yahoooooo!!!
update: Dulu ada entri bergambar free hair. Now dah delete maka ada kepelikan lah bila ada ayat ayat yang macam tergantung sikit. =)
No comments:
Post a Comment