Thursday, April 8, 2010

Dilema seorang murid menempuhi UPSR satu hari nanti

Semalam adik kecil I yang comel(ee kembang hidung kalau baca ni) tunjuklah paper Matematik dia dekat I. Gagah je ni cakap FAIL!! Mata I dah merah dah, bukan nak join dia nangis sekali sebab fail tapi faham-faham je lah kan. Baget tengah marah padahal dalam hati kewl je. Ye lah dah penat ajar siap buat jadual waktu yang comel lagi untuk si adik kesayangan takkan boleh fail kan. Sekali alhamdulillah dapat juga A. 90%!!! Tahi dia menipu aku, nasib baik I tak ambil tong air panas cuak dekat dia. Oklah tu. Paper 2 soalan terakhir silap baca je. Bak kata pendek, careless mistake. Ecececehh!! Selama ni asyik dapat B je, at last dapat juga A. Ni mesti sebab I dah janji nak belikan dia CD Platinum Lady Gaga. ORIGINAL pula tu. Kalau cetak rompak kan tak rugi duit. Pandai ko yer nok pilih yang original.

Ok! Dah lepaslah kan cerita pasal kertas Matematik. Ni haa mak nak cerita kertas Sains yer anak-anak. Geram betul I dengan cikgu dia.

KENAPA I GERAM DENGAN CIKGU SAINS DIA?
1) Dia suruh budak-budak jawab dalam Bahasa Melayu
2) Dia bagi jawapan dalam Bahasa Melayu
3) Dia tak faham Bahasa Inggeris maka kalau budak tu jawab dalam Bahasa Inggeris dan maksudnya sama dengan Bahasa Melayu dia bagi pangkah
4) Ok! Ini paling bengap! Dia suruh budak-budak darjah 6 yang belum akil baligh pergi semak kertas ujian pertengahan.
5) Dia garang sangat sampai budak-budak takut nak cakap yang dia punya jawapan betul tapi cikgu tanda salah pun takut.


Ok! I tak kisah dia nak bagi budak-budak tanda paper untuk dia ke apa kan, mungkinlah kan dia punya dakwat pen merah dah habis tapi kalau boleh semak lah semula. Budak-budak manalah tahu apa-apa, kadang-kadang pelajar punya kertas tu jawapan dia ala-ala tapi sebab cikgu bagi jawapan lain dari apa yang pelajar tu tulis maka dia tanda je lah pangkah tanpa ragu-ragu.

Ni lagi satu, perlu ke nak garang sangat dengan murid-murid? Haishh tak paham I. Sepatutnya gunalah pendekatan lembut gitu kan, alah budak-budak maa kalau kita jerit-tengking-marah macam orang gila maulah dia tak takut kan. Penyudahnya terkontang kantinglah budak tu.

Dan lagi satu, I tak fahamlah situasi sekarang ni. Haa ni yang dilema ni. Sebenarnya kerajaan suruh cikgu-cikgu ajar dalam English ke dalam BM? Setahu I pengajaran Sains dan Matematik dalam BI belum lagi dimansuhkan kan tapi kenapa cikgu selamba kodok je pergi ajar dalam BM? Siap bagi jawapan dalam BM lagi instead of giving the answer in BI. Kalau iye pun alasan budak-budak tak faham English kenapa tak bagi jawapan dalam dua-dua bahasa? Dahlah tu jawapan adik I tulis dalam English dan maksud dia sama dalam BM tapi dia boleh pula tanda pangkah. I suruh adik I cakap kat cikgu tu, "Hey ya cikgu, ini jawapan ada betul juga kenapa lu kasi pangkah?". Tapi adik I takut, dia cakap cikgu tu garang sangat karang dia tengking-tengking. I pun cakap "Tak apalah adikku sayang, akak anggap je kamu dapat A ok lagipun lagi 2 markah je nak dapat A". Dalam otak dah fikir, habislah duit aku kena beli CD LADY GAGA dia. OMG!

Sebenarnya, bukan pelajar yang tak boleh masuk dengan pengajaran Sains & Matematik cuma cikgu dia yang tak boleh. Siap jadi cikgu panitia lagi ok! Lepas tu kalau boleh nak murid-murid jawab dalam BM. Mungkin sebab dah terbiasa dan tak nak mengikut perubahan semasa lalu memberontak ataupun kekurangan latihan. Ataupun dia tak kisah pun dengan pelajaran anak murid dia janji dia pergi sekolah-mengajar-jerit jerit macam orang histeria-balik rumah-makan-tidur-cukup bulan dapat gaji-bye!

No comments:

TOURIST SPOT IN KYOTO

ARAHIYAMA 1. ARASHIYAMA Jangan lupa singgah dan duduk santai-santai di tepi sungai berhampiran Togetsu-Kyo Bridge. Serius mendamaikan...