Thursday, April 1, 2010

Tak ada kerja mari sini saya kasi kerja

Mari! Mari! Mari!
Gaji lumayan punya. Paksu I tengah mencari seorang pengasuh yang berjaya, baik hati dan penyayang. Kalau cantik atau hensem itu satu bonus ya ibu-ibu dan bapak-bapak di luar sana. Tak payah melalui temuduga terus I bagi kerja tu. Ehh bukan I tapi paksu I ya. Ehh tak adalah main-main je. Kan ke I dah kata itu satu bonus je. Hehehehe! Anak-anak paksu I seriusly comel gila. Pipi temban, mata bulat bak kata pendek completelah! Nak jaga pun tak bohsan. Ye lah sebab dapat menatap muka budak yang comel mata macam mata anime jepun je gayanya.

Ohh pasal gaji tu tak perlu risau. Memandangkan kerja ni senang sahaja dan tak memerlukan baju yang cantik-cantik macam kerja kat ofis ni maka gaji dia sangat berbaloi. RM400!!!!!Kalau anda tak ada tempat tinggal tapi memerlukan tempat untuk tidur lepas tu makanan disediakan 100% maka bolehlah menjadi pembantu rumah sepenuh masa tapi gaji tak adalah banyak mana tapi bolehlah memandangkan tempat tinggal, makanan semua disediakan. Gaji dia RM550. Haa mana nak cari?? Tapi di sini saya tekankan ANDA PERLULAH MEMPUNYAI PERASAAN SUKA KEPADA BUDAK KECIL kalau setakat nak duit je lepas tu buat anak orang macam sampah main baling tendang-tendang goncang kepala itu semua akan direjek. Kalau nak kehidupan glamer macam artis nak masuk paper pun tak perlulah nak mendera budak ya! Bukan apa dah banyak sangat kes penjaga dera budak-budak. Kalau tak penjaga tu si suami penjaga. Apa nak jadilah manusia yang tak berhati perut ni. Dalah tak ada hati, perut pun tak ada.

Ohh ehh berkata tentang masa bekerja pula. Seperti biasa 8jam sahaja, alah standard kerja kat mana-mana pun.
ISNIN-KHAMIS=>5.30pm-1.30a.m
JUMAAT-SABTU=>6.30p.m-2.00a.m
AHAD=>OFF DAY baby!


Haa tengok siap Off Day hari Ahad lagi u! Bolehlah pergi berdating berlumus-lumusan dengan Boyfriend dengan hati yang senang lagi gembira. Kerja pun start petang sampai pagi so bolehlah bergembira di pagi atau petang hari ya! Lepas jaga anak terus berhibur pergi clubbing tidur.

Umur si lelaki ni 3tahun 5 bulan then si anak perempuan kecil comel tu 1tahun 8bulan

Inilah anak paksu I! Ehh bukan yang perempuan sebelah tu. Itu kawan kesayangan I. Tu yang lidah dia terlekat kat gelas tu. Comel kan? Comel gila budak mata anime ni. Dulu I selalulah bawa dia keluar jalan-jalan sampaikan keluar dengan kawan I pun I bawa dia tapi sekarang ni I pun dah bz lepas tu dah lama tak jumpa dia sampai sekarang dia pun dah tak kenal I. Cis! Dasar budak tak kenang budi. Ahahahaha! Ini si abang belum lagi si adik perempuan dia. Lagilah comel!

Haaa apa-apa nanti kontek je I ok! Boleh juga email dekat I at nimicompany@yahoo.com
Please spread about it ok! Area Ipoh tau bukan Australia.

No comments:

TOURIST SPOT IN KYOTO

ARAHIYAMA 1. ARASHIYAMA Jangan lupa singgah dan duduk santai-santai di tepi sungai berhampiran Togetsu-Kyo Bridge. Serius mendamaikan...