OK! Siapa tipah ni? Maybe ada sesetengah orang macam agak blur-blur lagi kan. Siapa layan Mastika? Haaa Mastika ada cerita pasal si Tipah ni baru-baru ni. I tak bacalah tapi kawan I yang cakap dia ada masuk Mastika. Uishh gila feymes. Tipah ni dia kurang waras. Dia sangat feymes di Ipoh kalah Scha Al Yahya. Kalau Scha dengan Tipah ni ada bersama mesti orang pandang Tipah tak pandang Scha. Banyak sangat cerita pasal Tipah ni. Dia suka pau orang. Dia tak mainlah sengget sengget ni dia main Rm5 ke atas ok! Dia kurus, rambut serabut, perempuan dan selalu jalan kaki atau naik bas gunung rapat(typical orang gila appearance). Selalu berkeliaran dekat area-area pekan tetambah area Ruby.
Antara pengalaman I dengan dia adalah 2-3 kali. Tapi yang paling I ingat sekali waktu dia nak mintak duit kat I dekat Ambank. Waktu tu I tengah nak bayar duit kereta. Dia gagah je datang sebelah I lepas tu dia bagi salam. Uishh pandai weyh bagi salam.
Tipah: Assalamualaikum cikgu
Ainee: OK! Sejak bila aku jadi cikgu ni(dalam hati)
I tengoklah dia kan lepas tu I macam OMG! Dia ada depan aku. I memang buat muka sombong lepas tu buat dia macam halimunan ke apa. Nasib baiklah Apek ada je dengan I kemana sahaja I pergi. Eceh! Kira Apek ni macam bodyguard I lah kan. Dah lah sekarang ni Apek dah macam PA I. Apek pun datang.
Apek: Dah dah pergi pergi pergi, tak ada duitlah.
Tipah: Sikit pun tak apalah. Nak makan ni. Lapar.
Apek: Takda! Takda duit.
Lepas tu Tipah cakap dengan I pula, dia mintak duit kat I dan panggil I cikgu lagi.
Tipah: Cikgu! Kesian dekat saya cikgu. Nak makan!
Ainee: Tak ada duitlah. Sorry!
Amboi ko dah kaya nak pau orang takkan tak ada duit. Dah lah tu I banyak dengar cerita dia suka ugut-ugut kawan I siap hunus pisau segala, pi mampus kat ko lah aku nak bagi duit kan. Kalau pakcik tua ke makcik tua ke memang I dengan tak payah diminta pun I akan hulurkan.
Maybe dia bengang tiba-tiba dia buat muka bengis dia cakap,
Tipah: Ko buat aku macam sampah! Takpe! Takpe!(sambil tuding-tuding jari dan menggoyangkan kepala)
Lepas tu dia pun blah. Apek cakap dia kalau ada lelaki dia tak berani tapi kalau perempuan sorang-sorang dia berani ugut-ugut. OK! Nasib baik. I dah macam kelam kabut masuk kereta kunci pintu manalah tahu dia panggil geng ke bunuh I. Eeee takut!
Ye lah kawan I pernah kena kat TKK(taman kanak-kanak), orang bagi duit sengget tak nak lepas tu dia hunus pisau kot mintak duit merah. Kawan I pun terpaksa bagi. Lepas tu ada kawan I ni kena kat Pasar Gunung Rapat dia mintak RM50. Kawan I ni pun terpaksa bagi sebab takut kena ludah. Ludah weyh! KALAU AKU PUN AKU BAGI JE DARI TERPAKSA KENA SAMAK KULIT KAU SEGALA WEYH! LEBIH RELA PEGANG TAHI SENDIRI. Ko tengok jadi orang gila pun boleh kaya weyhh!!!
Orang Ipoh yang tak kenal Tipah memang tak Ipohlah sebab tu salah satu daya tarikan pelancong kot tapi sekarang Tipah dah tak ada. Orang cakap dia meninggal sebab HIV Aids. Kesian juga kat dia bila pikir 50x tapi dia yang pilih cara hidup macam tu kan nak buat macam mana. Kita sedekahkan je lah Al-fatihah untuk dia.
Too many people died lately, it's so sad!
No comments:
Post a Comment