PEREMPUAN! Wahai perempuan-perempuan! Tah apehal I nak taip perkataan perempuan.
Haaa kat sidebar I ada tulis I nak 30pairs of shoes kan sampai Ejam buat tanda soal banyak banyak macam pelik I nak 30pairs shoes. Weyh nasib baik I tak tulis 365 pairs of shoes. Sehari satu. Boleh? Maka impian dah nak tercapai. Tak cakap dah tercapai tapi NAK TERCAPAI DAH! Pergh ada gaya ayat pasif ditukar menjadi aktif tak?
Haa kau tengok! Kau tengok langsir aku tu? Dah macam langsir kat kampung Cik Kiah dah. Memang semangat kampung betul! Ini je koleksi kasut yang dapat kumpul buat masa sekarang. Uishh masih jauh cita-cita nak capai 30 pasang tu. Lepas 30 pasang up lagi jadi 60 pasang laks. Bukan setakat kena beli kasut, dengan rak-rak sekali kena beli. I ni bukan apa, kalau kasut tu dah buruk alamat ke tong sampah lah jawabnya. Haaa macam mana nak capai impian nak ada 30 pasang kasut kalau asyik buruk-buang. Asal buruk sumbing skit buang. Asal sopak sikit buang. Nanti laki ko masuk geng Skin Head kang dia amik syiling panas letak kat dagu dia bagi terbelah ko ceraikan sebab dagu dah sumbing. Haa bagus! Aku memang tak nak laki geng Skin Head ni. Nak lelaki alim warak je.
Tengok! Sistem batik tak sistem batik. Flat shoes, kasut tak macam rupa kasut tinggi semua I campak satu side. Oklah heels yang paling bawah tu tak dikira flat shoes tapi dia buruk so I ketepikan dia. WEYH GILA JAHAT!
Haa tang sini semua I letak high heels. Padahal high heels boleh bilang dengan hidung. Macam kalau nak buat kiraan just angkat-angkat hidung je. Sikit sangat weyh! Yang banyaknya wedges. OK! Tak banyaklah. Ada 5 je so boleh kira dengan hidung gak.
Ni kasut I paling lama. Beli waktu I tingkatan 3. Kan ke zaman tu zaman hip hopper segala, I pun apa lagi belilah kasut ni. NAK GAK TUNJUK JIWA HIP HOP WEYH! Sampai bila I jalan-jalan kat mall pakai kasut ni ada je orang na tegur kasut I besar. Cisss! Kau katakan je lah kau nak kenalan ngan I lepas tu nak kapel sebab nak join pakai kasut besar sekali. Ecehhh!
Ok ni kasut paling baru. Wedges! 4 inci tak silap. Sedap pakai weyh! Serius tak tipu. Haa kome jangan nak dok ngade beli sama dengan I ok. Nak mo dengki dengki. Kasut ni buruk je! MACAM KEDAI TU BAPAK I PUNYA KAN NAK HALANG-HALANG?
TAPI DALAM BANYAK BANYAK KASUT TU ADA SATU KASUT NI I BARU BELI. BARU PAKAI SEKALI JE WEYH TAPI JIWA KAKI TAK SERASI. KENAPA? KAU TANYALAH KASUT TU SENDIRI.
Oklah fine I bagitahu kenapa. Sebabnya simple je lah weyh, kalau tak kasut tu besar, dia kecil. Tapi nasib I, I dapat kasut ni besar satu size dari I. Kasut ni size 38. I perasan kaki I dah besar sikit mungkin I belilah size 38. Boleh tak macam tu? Padahal kaki I dari dulu-kini-selamanya saiz 37.
TADAAAAAAA!! Ni lah dia kasutnya! Warna putih suci. Serius comel gila tapi sayang I punya kaki tak muat. Longgar gila!
Haaa tengok dari setiap sisi ke setiap sisi I bagi gambaran. Dia memang sangat comfortable sebab dia ada kusyen kiranya kat belakang kaki tu so dat tak adalah melecet. Ketinggian dia kalau tak silap I 3inci. Pendek kata, orang yang pendek leh jadi tinggilah dan orang yang tinggi boleh jadi lagi tinggi. Ehh dah nama pun heels kan?
HARGA?? Wahh harga manyak murah juga sebab wa sudah pakai satu kali maa. Harga dia rm23 sahaja. Tidak termasuk postage. I rasa postage dia rm7-RM10. Postage dia tak fix. I akan timbang dulu kat Pos Laju then kalau ada balance I bagi balik balance walaupun kupang kupang weyh. Duit gaks! Boleh beli chewing gum yer dak?
SO HARGA DIA RM23 SAHAJA!!! SAHAJA WEYH! Ok per per hal boleh kontek I kat Facebook ke, melalui kawan kepada kawan ke ataupun kat shoutbox ke ataupun dekat email I ainee_witchlover@yahoo.com pun boleh. Haa korang tengok tu medium perhubungan banyak gila kan?
No comments:
Post a Comment