Korang bising-bising nak beribadat lebih time 10 hari terakhir walaupun saya ni da terlambat 5hari tapi korang tau ke apa ke bendanya tu?
Malam lailatul qadar ni sangat-sangat ISTIMEWA! ye larhh korang pernah ke dengar dia datang dalam bulan lain selain bulan Ramadhan? tak pernah kan? Di sini saya ringkaskanlah apa itu Lailatul Qadar dan kelebihannya. Saya mintak ampun sangat kalau salah sebab saya ni budak baru belajar dan menggembar-gemburkan kat sini hanya untuk tatapan diri dan rakan-rakan. Serius saya pun nak juga tau apa yang istimewa 10 hari terakhir Ramadhan ni dan apa maksud dia yang sebenarnya jadi saya googlelah.
Malam Lailatulqadar, Al-Quran dan bulan kita berpuasa ni yakni Bulan Ramadhan ni ada kaitan yang rapat antara satu sama lain. Macam pelengkap (cepat rujuk semula pelajaran Math tingkatan 5). Cuba korang bayangkan bulan ni lebih baik dari 1000bulan lepas tu malaikat Jibril akan turun ke Bumi dengan izin Allah S.W.T dan diiringi para malaikat yang lain untuk segala urusan.
Saya da kira tadi
1000bulan tu sama dengan 83tahun 4bulan.
weyhh 83TAHUN tu weyh. Bayangkan kalau kita jumpa malam tu tiap-tiap tahun. Setahun da 83tahun 4bulan kalau 2tahun?? Tak terhitung banyaknya. MASYALLAH!!
1000bulan tu sama dengan 83tahun 4bulan.
weyhh 83TAHUN tu weyh. Bayangkan kalau kita jumpa malam tu tiap-tiap tahun. Setahun da 83tahun 4bulan kalau 2tahun?? Tak terhitung banyaknya. MASYALLAH!!
Best gila kan kalau kita dapat jumpa malam yang hebat tu? Takdir kita ditentukan semula. Bayangkan sepatutnya kita patut dijodohkan dengan Pak Din majalah ujang sekali kita doa mintak dijodohkan dengan Ed Westwick lepas tu dapat larr pulak. PERGHH!!
OKIES ABAIKAN!!AINI MEREPEK SEJAK DIA DA TUKAR HERO LAIN MENGGANTIKAN MR.EDWARD CULLEN.
Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, maksudnya " Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan pelbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah S.A.W nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu."
Tengok! Punyalah Allah nak kita masuk syurgaNya, dia beri kita kesempatan waktu bulan Ramadhan ni. Ada formula cakap malam ni terjadi dalam nombor-nombor ganjil macam 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadhan. Maknanya kita masih ada peluang memandangkan hari ni 14/09/09. Eh silap tu larhh terlalu selalu hidup dengan kalendar luna tapi tak apa saya tau tarikh dalam Islam hari ni merupakan 24 Ramadhan. Haaa mana tau esok ke?Insyallah masih ada peluang. Ececececehhh!!
DOA KHUSUS MALAM LAILATUR QADAR
Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a, maksudnya "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah S.A.W bagaimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu? Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut""Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau sentiasa memaafkan salah silap hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silapku."
TAPI KENA INGAT KITA KENALAH TAUBAT NASUHA DAN MENINGGALKAN SEGALA LARANGANNYA. Hemm nampaknya lambat lagilah saya ni. Saya kan freehair, insyallah saya akan tutup juga rambut ni dalam tempoh 5tahun lagi. Rugilah saya 5000bulan. Tapi semua tu terletak pada DIA kan? Memang saya free hair tapi saya sedar saya duduk di BUmiNya jadi jangan sesekali lupa sembah pada Dia.
TANDA MALAM LAILATULQADAR
Teringinnya saya nak tengok malam ni dengan mata kasar yang sebenarnya lembut ni. Tapi saya tahu bukan mudah. BUKAN MUDAH TAHU???-ada yang berkata ia akan melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gulita
-ada yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat
SUMPAH BULU ROMA KAKI, KEPALA, TANGAN SEMUA NAIK!
-ada yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud
-ada yang berkata doa permohonannya termakbul
TAPI TU SEMUA TIDAK LAZIM DAN TIDAK SEMESTINYA KITA DAPAT MELIHAT MALAM LAILATUL QADAR KERANA KITA TIDAK DISYARATKAN MELIHAT ATAU MENDENGAR SESUATU UNTUK MENEMUI MALAM LAILATUL QADAR. ITU JUST NASIB KITA!
Moga kita dapat keberkatan pada bulan yang mulia ni. EEEEEEE rasa sayang sangat nak berpisah dengan bulan RAMADHAN ni. Nanti tak dapat pujian macam, "eee aini da kuruslah!".L epas tu tak dapat cuci mata tengok kuih muih segala bagai di bazaar ramadhan. Saya kompem lepas raya ni habis semua gambar pakai baju tradisional naik!
24 comments:
insyaAllah :)
kau pernah jumpa tak orang yg pernah experience tgk pokok semua sujud?aku nak tau oh pasal benda tu
tu ah...
rasa syg gile nk tggl kn ramadan..
kan best 12bln ni hnya bln ramadan je..
dpt tmbh pahala byk2
suke2 post ni..btw, apa khabar cik ainee,pose cmne..sure xpnoh..haha.. kad raya menanti di blog i, sile amik..trimas....
k.sasha: btol!
siggplus: cuba kau pikir skit..uishh kalau aku kawan dengan para ulama peratus aku jumpa org yg pernah jumpa pokok segala sujud tu tggi r..ini kawan aku pon tak betol mcm aku gaks..ko pernah ke?aku rasa pernah larr aku tgk dalam filem HARRY POTTER
miszluna: tau takpe huda..perghh then yang paling beshh kurus!!!aini da kurang lilitan lemak..huda camne?
mizzniss: awak semua awak suka..beshh btol dapat reader cam awak..hehe! mestilah tak penoh!9hari kot..time ramadhan larr dia nak lama2, time bulan biasa 3-4hari je..grrr!!sengaja je tau!okies tenkiu niss
huhuhu... terasa macam sekejap je ku berjumpa dengan ramadhan... tapi... syawal akan menjelma pula... hehehehe
alhamdulilah
setakat ni ak tk pernah tinggal
lagi terawih
erm. sebenarnya banyak perkara boleh berlaku tika malam nie. tak semestinya pokok sujud.
ps:lu dah insaf ke?
esoknya hari akan tenang + redup sbb sayap sayap malaikat menutupi cahaya matahari pulang ke syurga.
pandai pandai je i ni! haha
wallahualam
mane belaja neh. 5 thn 5000 bulan? isk. u neh. yeah, moge mendapat chaye rahmatnyer. :)
YA ALLAH..
x sabar aku nak smbut nifsu syaban nie..
tp aku x tau bile =)
sadmonday: ahahhahahah bila cakap pasal hari raya tiba2 hati bunga2
fezal: perghh respek gila kat u ni fezal
paraxixth: eee terang2 i da tulis antaranya..i pon manalah tau..i da cakap i google..sepak kang! ahahhaha insaf?i insaf bab solat je..
azilshah: tiba-tiba i rasa redup..pergh da larr kepak malaikat besar gila!
zra: ye larr sayang..kan ke malam lailatul qadar tu setahun sekali je..malam tu kan bersamaan 1000bulan jadi 5thn*1000bulan jadi lah 5000bulan..
=D
yes!i menang!
banana: kuat ponteng pose nak raya..piirahh!
tak pernah, tu sbb aku tnya..in case la kan, kot2 kau pnah knai ke pnah experience sendiri
lilitan lemak tak berkurang sebab hari2 makan nasik..
hahaha..
b4 puasa 51kg
1st week 52kg
2nd week 49kg
3rd week 53kg
hahahaha..
ainee turun byk x?
siggplus: agak2 r kau ingat aku ni layak ke trime pengalaman begitu??
miszluna: ahahahha paling berkesan 2nd week r ni..
aini??
tah sama macam huda r..bila turun naik balik..skang ni da turun kot..kehkehkeh!!nak turun!nak turun!nak pakai kebaya meletop2..nak mak sedara semua puji..hehehehh!aini nak berat aini dulu..
PERHATIAN!berat aini dulu 45kg..huda?
Post a Comment