Tuesday, September 29, 2009

cinta baru


tengoklah betapa comelnya mereka ketika berposing.
dinamakan UPIK ABU & LAURA.
macam mana nak tolak mereka untuk mengisi kekosongan SAYANG yang sudah lama hilang kalau dah secomel ini wajahnya.
*ok dun talk about sayang, bikin i nangis je nanti!


MEMPERKENALKAN CINTA BARU AINI YANG BIKIN APEK JELES SEBAB TAK MAIN SMS DENGAN DIA MALAM-MALAM DAN MENCURI WAKTU TIDUR SAYA DI PAGI HARI SEMATA MATA NAK TUKAR LAPIK PAPER DAN BAGI MAKAN.

tengok betapa sayangnya I terhadap mereka jadi korang jangan gatal nak datang rumah I culik pelakon drama TV3 waktu petang ini


ini namanya UPIK ABU


ini namanya LAURA


gambar jessica nanti-nantilah upload. JESSICA tu emaknya kepada upik abu & laura ni.
tengok nama semua nak glamer kan?salahkan tuan lama dia.
thanx to my childhood frenz, NUR AMIRAH JAMALUDDIN sebab sudi menghadiahkan kucing2 yang berbulu lebat ni dekat I yang sekian lama dambakan kasih sayang dari kucing ;)


cadang nak buat sangkar yang maha besar untuk mereka supaya dapat letak tempat makanan yang selesa then ada tempat cakar agar sofa emak I tak mejadi port untuk mereka mengasah kuku. ohh paling penting tempat melempiaskan nafsu pelawasan makanan. penting tu! jadi saya cadang sama ada nak beli sangkar 2tingkat berharga kurang dari RM300(dimaafkan sebab under budget) atau bina sangkar seperti ini sendiri. siapa nak tolong?atau ada contact number supplier kayu murah atau penerima tempahan membuat sangkar kucing(saya nak murah juga).




tapi akan I hamparkan permaidani segala untuk keselesaan. jangan risau, kebebasan mereka tetap diutamakan cuma sangkar ini untuk letak segala makan, minum, tempat berak, tempat tidur. even jessica sekarang pun masuk sendiri dalam sangkar untuk makan. dats very GOOD right?anyway, ada cadangan lain tak?


**buat sesiapa tak kenal siapa SAYANG, klik entri lepas.

Wednesday, September 23, 2009

cakap tak feel raya tapi bila tiba hari raya feel tu datang sendiri

saya tau memang semua orang akan mengupdate belog dengan pic-pic raya
saya pon nak tapi lappie ni cacat sikit tak boleh resize pic so saa kena update dekat ofis
mungkin setart kerja pon hari jumaat

RAYA SAYA BESH!BAJU KURUNG KEBAYA 4HELAI PON TAK CUKUP, RASANYA TAHUN DEPAN KENA TAMBAH JADI 6HELAI. MANGKUR NAK CARI DUIT!

SELAMAT HARI RAYA KAWAN-KAWAN!HARAP RAYA KAMU SEMUA SEBESH RAYA SAYA..
;)

Saturday, September 19, 2009

selagi tak kawin layak dapat duit raya ok?

kalau ada terlepas cakap sila maafkan
kalau ada terluka di hati, bilang sama saya agar saya dapat rawat.
kalau saya agak terkasar dalam memberi pendapat, harap ditegur.
kalau ada terasa hati, maafkan saya.


saya kalau boleh mahu jadi orang yang orang senang.
jangan marah saya kalau terasa hati bilamana saya terlalu jujur dalam memberikan pendapat. saya tau ada di luar sana yang tidak senang dengan cara saya.
jadi di bulan ramadhan ni nak kasi fresh semua balik then nak tukar jadi insan yang hipokrit dalam memberikan pendapat dan nasihat sebab tak semua orang boleh terima cara kita menyampaikan sesuatu.
maaf ya!akan saya berubah menjadi insan yang lebih baik sempena ramadhan ni.


SELAMAT HARI RAYA YA KAWAN-KAWAN!MAAF ZAHIR BATIN!

ohsopopup: motif letak pic tu sebab gila kangen nak rambut panjang balik!

antara rakan dan kerjaya

bila terpaksa membuat pilihan sebegini, apa yang anda lakukan?

KERJAYA=TUKANG CAT
RAKAN-RAKAN=NADH & SAZA


mungkin kerjaya yang pertama dan terakhir yang saya akan lakukan. penat gila!
start dari pukul 10pagi sampai 5petang itupon akan disambung pada pagi ini. itu baru cat luar.
IM SWEATING LIKE A P**
(bulan puasa jadi mak suruh kurangkan perkataan tak sedap didengar)
macam gila kan Ahad nak raya ,Jumaat baru nak cat. Jangan contohi tingkahlaku ini.


KEADAAN SEBELUM

SI TUKANG CAT PERTAMA

SI TUKANG CAT KEDUA

si tukang cat ketiga(IFA) pengsan bila masuk tiang ke-4. en.BOSS aka apek balik rumah tidur selepas memastikan anak-anak buahnya bisa ditinggalkan tanpa pengawasan.


ADA SESIAPA YANG NAK UPAH KAMI? SEJAM RM100. KAMI RAJIN! KAMI TAK MENGULAT. HANYA PERLUKAN SEDIAKAN AIR DAN MINUMAN ENAK dan MAHAL SAHAJA. SERVIS HANYA TERBUKA UNTUK PAGAR BARU SAHAJA SEBAB MALAS NAK KIKIS CAT LAMA. LECEH TAHU!


KEADAAN SELEPAS
NANTIKAN!sempat ke disiapkan sebelum raya? jangan pandang rendah pada kaum perempuan macam kami. sampai sunburn cat rumah. kami pasti boleh siap dalam tempoh 2hari.

lepas je cat rumah, gegas gegas mandi siap segala nak keluar berbuka. biasalah saya kalau berjanji sure lewat. cakap nak amik saza pukul 6.15 padahal bertolak dari rumah 6.15. =)) dah larr nak angkut si nadhirah tu lagi.

****************************************************************************************

sahabat-sahabat yang akan saya akan dating sepanjang hayat!
ainee memperkenalkan parents lucy, si beruk iaitu saza dan nadh
p/s: lucy itu beruk di belakang rumah nadh. dia mewarisi hidung saza dan gigi nadh

kami rasa puas gila makan kat MP RESTAURANT tapi bukan dalam Ipoh Parade. yang dekat luar. makan buffet, sorang RM29 lepas campur tax semua. okielah kan steambot some more. macam-macam kiterowang gosip tapi tak puas. masa mengejar kami. dah larr tak jumpa dekat setahun. pergh!!masing-masing bz baget macam da bekerjaya padahal student je. tengoklah sampai rambut saza yang pendek sekarang da panjang.

inilah perintis ramli sarip. tengok rambutlah!

itu baru separuh hidangan. yang lagi separuh dekat meja sebelah lagi!jangan main-main tengok je kami moden tapi kami bela toyol. jadi untuk pastikan toyol kami tak kelaparan, kami kasi tompang makan buffet sekali. selamat ibu jari kaki aku kena hisap!


kami 2 je perempuan dalam temujanji kali ini. yang lagi seorang tu bakal transform jadi perempuan. go go saza! WE KNOW U CAN DO IT!
owhh and that is my new hair. plain dummy straight black hair !BORING!

bila semua da menggelegak, tak ingat apa da selain makan. makan!makan!makan!sampai perut kembong. so korang tataplah puas puas mangkuk stim ni jangan sampai stim sudah!


kadang-kadang dalam hidup memang kena buat satu pilihan saja tapi kalau kita berusaha we can get both of it!padahal pilihan tu cat dengan kawan je bukan kena pilih antara mati atau hidup. SIFAT POYO MEMANG SEMULAJADI TERBIT DALAM DIRI SETIAP INSAN!
=))

ehh da masuk waktu sahur, beta gerak dulu..

Thursday, September 17, 2009

RAMBUT pun ada harga sekarang!

Semalam baru je rebonding rambut sampai poket I pon kering. Tapi BERBALOI!. Rambut I selembut sutera sekarang.



Rambut I lurus then dipotong bangs depannya macam digigit tikus. Korang punya rambut raya macam mana pula? Cadang nak buat rambut sarang tebuan macam orang-orang dulu baru 80's.

I tau korang sure akan tanya harga dan buat kat mana jadi I tampal besar-besar kasi korang tengok. Tempoh dia buat rambut I pon tak adalah sampai ponggong I tumbuh kematu sebab proses tu ambil masa hanya 3jam je. Weyhh tempat lain 4-5jam kot!


harga: RM185
location: hairpot ipoh parade
love: ♥♥♥♥♥


Agak-agak kalau desperate sangat boleh tak jual rambut. Ye larhh buat mahal-mahal takkan tak boleh jual?

Monday, September 14, 2009

Berdakwah sikit hari ini tentang 10 malam itu

Terasa macam kelambatan pula memandangkan tinggal lagi 5hari sahaja lagi umat ISLAM akan berpuasa. Untungnya para lelaki yang dapat puasa penuh ohh dan juga budak kecil yang belum akil baligh. Satu memanglah sebab tak payah ganti, lagi satu sebab dapat baca al-quran tiap-tiap hari. Tak sabar nak belajar bahasa Arab supaya bila baca quran terus tau maksud lepas tu boleh bahan kawan dalam bahasa Arab. Ana anta wasahlam!


Korang bising-bising nak beribadat lebih time 10 hari terakhir walaupun saya ni da terlambat 5hari tapi korang tau ke apa ke bendanya tu?


Malam lailatul qadar ni sangat-sangat ISTIMEWA! ye larhh korang pernah ke dengar dia datang dalam bulan lain selain bulan Ramadhan? tak pernah kan? Di sini saya ringkaskanlah apa itu Lailatul Qadar dan kelebihannya. Saya mintak ampun sangat kalau salah sebab saya ni budak baru belajar dan menggembar-gemburkan kat sini hanya untuk tatapan diri dan rakan-rakan. Serius saya pun nak juga tau apa yang istimewa 10 hari terakhir Ramadhan ni dan apa maksud dia yang sebenarnya jadi saya googlelah.


Malam Lailatulqadar, Al-Quran dan bulan kita berpuasa ni yakni Bulan Ramadhan ni ada kaitan yang rapat antara satu sama lain. Macam pelengkap (cepat rujuk semula pelajaran Math tingkatan 5). Cuba korang bayangkan bulan ni lebih baik dari 1000bulan lepas tu malaikat Jibril akan turun ke Bumi dengan izin Allah S.W.T dan diiringi para malaikat yang lain untuk segala urusan.


Saya da kira tadi
1000bulan tu sama dengan
83tahun 4bulan.
weyhh 83TAHUN tu weyh. Bayangkan kalau kita jumpa malam tu tiap-tiap tahun. Setahun da 83tahun 4bulan kalau 2tahun?? Tak terhitung banyaknya. MASYALLAH!!



Best gila kan kalau kita dapat jumpa malam yang hebat tu? Takdir kita ditentukan semula. Bayangkan sepatutnya kita patut dijodohkan dengan Pak Din majalah ujang sekali kita doa mintak dijodohkan dengan Ed Westwick lepas tu dapat larr pulak. PERGHH!!


OKIES ABAIKAN!!AINI MEREPEK SEJAK DIA DA TUKAR HERO LAIN MENGGANTIKAN MR.EDWARD CULLEN.


Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, maksudnya " Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan pelbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah S.A.W nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu."


Tengok! Punyalah Allah nak kita masuk syurgaNya, dia beri kita kesempatan waktu bulan Ramadhan ni. Ada formula cakap malam ni terjadi dalam nombor-nombor ganjil macam 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadhan. Maknanya kita masih ada peluang memandangkan hari ni 14/09/09. Eh silap tu larhh terlalu selalu hidup dengan kalendar luna tapi tak apa saya tau tarikh dalam Islam hari ni merupakan 24 Ramadhan. Haaa mana tau esok ke?Insyallah masih ada peluang. Ececececehhh!!

DOA KHUSUS MALAM LAILATUR QADAR
Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a, maksudnya "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah S.A.W bagaimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu? Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"

"Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau sentiasa memaafkan salah silap hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silapku."

TAPI KENA INGAT KITA KENALAH TAUBAT NASUHA DAN MENINGGALKAN SEGALA LARANGANNYA. Hemm nampaknya lambat lagilah saya ni. Saya kan freehair, insyallah saya akan tutup juga rambut ni dalam tempoh 5tahun lagi. Rugilah saya 5000bulan. Tapi semua tu terletak pada DIA kan? Memang saya free hair tapi saya sedar saya duduk di BUmiNya jadi jangan sesekali lupa sembah pada Dia.


TANDA MALAM LAILATULQADAR
Teringinnya saya nak tengok malam ni dengan mata kasar yang sebenarnya lembut ni. Tapi saya tahu bukan mudah. BUKAN MUDAH TAHU???

-ada yang berkata ia akan melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gulita
-ada yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat


SUMPAH BULU ROMA KAKI, KEPALA, TANGAN SEMUA NAIK!


-ada yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud
-ada yang berkata doa permohonannya termakbul

TAPI TU SEMUA TIDAK LAZIM DAN TIDAK SEMESTINYA KITA DAPAT MELIHAT MALAM LAILATUL QADAR KERANA KITA TIDAK DISYARATKAN MELIHAT ATAU MENDENGAR SESUATU UNTUK MENEMUI MALAM LAILATUL QADAR. ITU JUST NASIB KITA!


Moga kita dapat keberkatan pada bulan yang mulia ni. EEEEEEE rasa sayang sangat nak berpisah dengan bulan RAMADHAN ni. Nanti tak dapat pujian macam, "eee aini da kuruslah!".L epas tu tak dapat cuci mata tengok kuih muih segala bagai di bazaar ramadhan. Saya kompem lepas raya ni habis semua gambar pakai baju tradisional naik!

Wednesday, September 9, 2009

semacam unik pula tarikh hari ini

090909
cantik betul kan number dia??
apalah kebodohan saya tak nak tengok movie pula hari ini.

Tuesday, September 8, 2009

mereka memang feberet kapel saya SELAMANYA

terasa macam VIP bila dijemput berbuka puasa bersama anak-anak yatim. saya lambat beberapa minit, biasalah bila janji je sure saya berjanji seperti keling! mesti lambat. tapi ada hari saya awal memang saya awal. kawan-kawan serta apek dah faham sangatlah perangai saya yang lambat ni!wei tapi lambat saya tu hanya beberapa minit je tau!


AINEE KENAPALAH KAU TAK BERJANJI SEPERTI APEK YANG SANGAT MENEPATI MASA!


itu sebab kalau saya da siap sepenuhnya baru saya text dia untuk ambil saya, kalau tak kompem tepat pukul yang saya cakap dia da terpacak depan rumah.

sebaik tiba, terus makan sebab lambat kan. nasib baik wan yang berpuasa pada hari tu datang terus bawak secawan air lengkong yang terasa nikmat gila bila satu hari tak teguk air. wan memang sangat PRIHATIN!!


lepas ni lagi sedap!


tak sentuh pon!tak suka lahhh sedut sedut ni! tapi sesiapa yang nak rasa pipi dia cengkung kurus bolehlah amalkan senaman makan siput sedut ini selalu ya!



lepas makan harus ada dessert untuk memaniskan mulut kita..erm terbaik r jeli ni!


ini yang i cakap sedap tu but sorrylah korang dapat tengok tulang je!=D



OUR PEBERET KAPEL EVER!!



blerghh!!huduh gila time ni tapi takpe sebab terpancar keceriaan yang nyata di wajah
NURAINI ISMAIL JOHARI


muka apek yang teruja juga harus diincludekan


aefy sibok melayan anak-anak yatim yang hadir. kesian mereka. comel!pendiam!
tapi insan yang mereka bergantung harap sudah tiada di muka bumi ini. semua kembali kepada DIA yang satu. nasib baik masih ada lagi yang menghargai mereka.zzz!!emosional laks



PESANAN AINEE: da besar jadi orang yang berguna. jangan lepak padang polo dengan jantan pula malam-malam.


budak yang kecik depan sekali tu masuk paper HARIAN METRO kot. saya yang dah umur 20 ni pon tak ada chance nak masuk paper lagi! XD



tengok si comel yang mengada-ngada ni tak nak tangkap gambar pula walaupon da pujuk banyak kali cakap masuk tv, paper, internet, blog segala tapi tetap tak nak!nasib baik ko budak kecik



hyaappp!!!kan k.aini da cakap k.aini hebat!dapat juga pic dia. budak tadi tu yang pakai baju hijau tu. comelkan dia?
**************************************************************************************

keesokan harinya, kami bersama-sama ke KL. owhh saya sayang mereka berdua! memang kapel feberet hingga akhir zaman. masih ingat entri ini?YES!!orang yang sama

SEPANJANG JALAN KE KL



owhh dengan bangga nak cerita saya ada satu skill yang boleh buat korang semua yang berangan nak potong kereta-kereta yang berCC besar dari kereta sendiri seperti BMW, TOYOTA, HONDA. owhh dan paling teringat sekali PROTON WIRA MERAH. tapi korang tak payah nak tau skill apa ok??semua kereta saya potong kecuali SKYLINE. keciwa habis tak dapat potong dia!


tempat pertama yang dituju ohh dan juga terakhir kami singgah ialah 1 UTAMA. mula nak pergi shopping kat SOGO tapi tah kenapa pakcik polis pergi tutup jalan nak parking kat bawah tu, kena tidur kat ruang tamu kot semalam tu yang hangin habis semua jalan dia nak tutup. so ke 1U jelah kiterowang mencapap.


perghh jangan kau kata iman kau tergugat bila tengok rantai lip lap dari besar syiling 5sen ke sedebak macam rantai besi bila kau tengah puasa sebab.....


lagi tergugat iman korang tengok rendang tok nenek bidan kampung tersergam indah depan mata bila kau tengah syiok jalan nak shopping dalam perut kosong. pandai kan nak kasi laku jual bulan puasa di awal pagi hari lagi supaya dapat pulangan modal. BIJAK!BIJAK!memang tergugat iman nyah!

seharian berjalan memang tak lengkap kalau tak buka puasa kat tempat yang terover budget bagi kami yang under budget lepas duit dah habis beli segala pakaian dan kasut untuk dimegahkan di pagi raya


aku tengok kau kecik je mat sebab kau sowang je berpeluang snap pic kat signboard yang tak semengah mana tu!



pasangan yang bakal kehabisan duit





kenapa tiba-tiba rasa nak decorate ruang makan di rumah seperti ini??




comel gila board ni. teringat zaman sekolah rendah pakai board yang pakai kapur warna warni. macam sangat teruja kalau cikgu panggil buat kiraan kat depan berebut rebut nak cari kapur warna pink. paling tak boleh blah kalau mengantuk jangan haraplah dapat landing atas meja then tegakkan buku konon nak tipu cikgu, alamat adalah kapur terbang singgah kat dahi.




teruja gila nak order makanan kat TGI F. batak larr katakan!



perghh ni feberet kami semua!dah larr besar nak mampos then dia punya cheese bikin tak lena malam.


wa da cakap wa tak tipu!




semua macam terkelu lidah sebab dapat makan makanan yang sangat delicious.


TERKELU TERKELU SEKALI AMIK KAU BILL RM180.60. INGATKAN RM108.60. TAPI TAKPE WEII!!PUAS HATI!!!


iktibar dari cerita di atas sila bawa cash melebihi rm100 bagi 2 orang then kalau 4orang kalilah dengan 2 dan seterusnya. budak fail math pon boleh kira!


bila tiba waktu malam kami pon berambus larr nak pulang ke IPOH, kampung kesayangan semua. WAN and AEFY memang sahabat terbaik sepanjang zaman. susah nak cari weii zaman sekarang ni kawan yang ikhlas. kenapa??
1) tak berkira
2) nampak keihklasan di mata
3) open-minded
4) paling kagum dengan aefy larr, dia boleh sembang bola segala tok nenek no.10 player tu nama apa segala. saya duduk diam je larr bagi chance dekat apek, wan ngan aefy. siap larr korang, esok aku beli buku bola dari nama datuk david beckham semua aku hafal!
5) and the list goes on and on and on



SEDAR TAK SEDAR DAH 18 HARI KITA SEMUA MENJALANKAN IBADAT PUASA!

Wednesday, September 2, 2009

tak minta lebih cuma pendapat je

cuba korang tutup mata sambil bayangkan situasi ini. OK!saya kasi chance bukak sebelah mata supaya boleh baca then sebelah mata lagi boleh bayangkan situasi.


kejadian berlaku bila mana insan ini excited sangat nak bersahur walaupun makan kerepek-kerepek yang bapa beli masa outstation di Melaka minggu lepas.

terbuka je mata terus lompat dari katil dan menuju ke meja makan yang saki baki makanannya belum dikemas lagi. OWHH ADA LIPAS, CACING, CICAK, DAN KURA-KURA!NYUM!BOLEH DIJADIKAN PERENCAH TAMBAHAN!so disebabkan perisa tambahan itu kita abaikan kekotoran itu.


sedang rancak berbual dengan adik ketiganya yang tengah bz mengiron baju sambil menyumbat segala saki baki kudap yang ada ke dalam mulut, tiba-tiba ibu keluar dari bilik cakap "EHH MANA BOLEH MAKAN DA HABESH WAKTU".


OWHH NO!!korang boleh bayangkan betapa terkejutnya muka manusia tersebut dan tengok ke arah jam di dinding sudah menunjukkan pukul 5.50 a.m walhal tadi dia tengok jam tak nampak pon tunjuk pukul 5 tapi pukul 4. nampak sangat masih diulit mimpi dipelok oleh si jejaka tampan berbadan sasa.


tanpa membuang masa beliau memecut 1500km/s menuju ke bilik mandi untuk berkumur-kumur untuk menghilangkan segala saki baki makanan di bibir, celah-celah gusi, dan hidung. MANA TAU TERLEKAT KE KAN MAKANAN KAT HIDUNG. bukan ke hidung kita ada salur ke mulut juga, nanti kalau makanan tu masuk ikut hidung lepas tu masuk dalam mulut habislah puasa kita.


lepas da habis berkumur segala dia terus berusaha panjat atas katil memandangkan dia tidur di atas untuk melelapkan diri menghilangkan rasa ketakutan. beberapa minit kemudian matanya terbuka semula apabila mendegar azan subuh untuk menunaikan solat subuh dan memohon agar dimurahkan rezki.=D


lepas tu TIDUR BALIK!(geleng kapla)



pada pendapat korang, puasa dia tu dikira ke tak?sebabnya dia tak sengaja. itu pun ditegur oleh ibunya kalau tak alamat sampai pukul 7 dia asyik mengunyah makanan.

kira macam orang yang tiba-tiba pergi peti sejuk then kunyah makanan sebab lupa dia tengah berpuasa. owhh dan sebelum kejadian tu dia ada cakap memang dia ada mimpi dia asyik lupa dia puasa je. tengah berpuasa boleh pulak makan rendang ayam segala.

TOURIST SPOT IN KYOTO

ARAHIYAMA 1. ARASHIYAMA Jangan lupa singgah dan duduk santai-santai di tepi sungai berhampiran Togetsu-Kyo Bridge. Serius mendamaikan...