Wednesday, July 17, 2013

Buka puasa with my ever great friend.

This duo that Im going to mentioned is really a good people. Aefy & Wan. Alamak! Tak ada gambar dieowang dua tahun ni. Aisey!!!

Semalam terkejut tiba-tiba ada budak lelaki macam tak cukup umur pakai braces datang kat depan office lepas tu sengih sengih lepas tu blah. Macam kenal tapi macam pelik. Ohh Wan rupanya, lain beno ghupenya dah pakai braces. Kemain!! Habis ahh Aefy kang gigi Wan dah teratur dia cari lain kang. Kihkihkih.

Wan ni I kenal since I form 3 lagi. Zaman-zaman skateboard, vespa dengan scooter dulu. Kemain nakal budak ni. And our friendship last until now and kiterowang punya cinta hati pun masing-masing can get along well. Haihh lahh kome dua cepatlah kahwin boleh pergi travel sama-sama.

Matilah aku, Wan dah kerja dekat depan ofis ni haaaa!! Habislah nampak muka toya dia selalu kang lalu-lalang depan opis. Semalam pun dah nak dekat 4-5 kali singgah ofis aku. Nak amik aircond lah tu. Lain kali kena caj sekali jejak RM10.

So semalam Aefy belanja berbuka dekat Hotel Seri Malaysia. RM40 sekepala. Perghh kalau duit I sendiri ni memang fikir berjuta kali ni nak buka puasa kat sini. Luxury weyhh kalau lebih RM10. Kihkihkih. Thanks Aefy. I love you thousand months. Ingat ya janji Aini, dapat gaji hujung bulan ni jom ke Shabu Shabu kita. Dinner on me. **angkat kekening. ^___^

Kiterowang ni jarang jumpa, sekali jumpa sembang tak hingat punya. Macam tak ada hari esok. Nasiblah Aefy tak boleh keluar sampai lewat malam kalau tidak mau sampai ke pukul 12 tengah malam cakap-cakap-cakap-gelak-gelak-gelak sampai orang meja sebelah pun dah pandang-pandang. MEMORIES!

**Ok! Wan baru singgah. Kan dah cakap. Kalau singgah bagi duit tak apa gak. Now 9.45am. Tapi singgah 3 saat je tunjuk muka dan complaint kenapa tak ada parking. Manalah aku tahu woii. Ahahahah! Suruh MBI buat parking bertingkat kat pekan lama ni haaa. Susah sangat nak cari parkingnya pun.

OK! JOM BALIK KAMPUNG NAIK BECA.. AEFY! TAK PAYAH NAK POSING SANGAT, PI KAYUH BASIKAL TU CEPAT!

P/S : Gambar semua dalam kamera henpon. Kalau tak mesti terliuq tengok gambar makanan

1 comment:

Eda Johari said...

dtg bw sini..
mohon jasa baik utk review post ni kejap.
Semoga Allah balas jasa baik anda :')
http://edaeri.blogspot.com/2013/07/review-sambil-berdoa-please.html

Kedai Runcit Online

I ni jenis pemalas betul nak keluar dari rumah. Kalau boleh semua nak orang belikan buatkan hantarkan and etc. Masak bolehlah rajin jugak ...