Tuesday, July 9, 2013

Kamera Henpon Paling Lawo

Hello hai. Ohh no no no. Entry Singapore belum lagi ya. Harap bersabar. Amboih kemain suka kome hashtag #traveldiary ya. Nanti-nantilah ya dalam minggu depan ke minggu ni ke kan sebab gambar bersepah. Dalam kamera I lah, kamera handphone AmirulSyafiq lah, kamera handphone I lah.

Inilah yang nak tanya ni, kamera handphone mana paling canggih dan lawa eh? Sebenarnya dah malas nak kendong kamera ke sana ke mari tu yang nak beli handphone canggih je. Senang! Dah lah kecik lepas tu nak tangkap gambar pun tak adalah macam nak kena klik punat ataslah apalah. Lepas tu kalau dengan kamera ni tak boleh nak ambil gambar selfie yang angle dia dah cun melecun sebab tak ada kamera depan kan kan kan.

Tengah fikir nak beli Iphone je ni tapi orang cakap kalau gambar-gambar ni SONY is the winner. Betul ke?

AmirulSyafiq sekarang pakai Sony Xperia. Memang lawa gambarnya sampai dia pun dah malas nak carry DSLR dia yang besar gabak tu. Planning to let go. Dia nak cari kamera yang kecik sikit tapi function macam DSLR. Iyalah ingat tak berat ke DSLR tu. Berat gila sampai kena gantung kat leher. Atenya nak masuk kat poket mana nak muat.

Aiming for Sony Xperia Z yang kamera gila nak mampos lah sampai 13.1 megapixel apa jadah tinggi gila. Iphone pun 8 megapixel je ni. Ok nak pergi survey dan survey sekarang. Haih lah duit silalah beranak agar daku dapat mengupgrade hanpdhoneku ni.


Sony Xperia Z. Aumm!!!


No comments: