Sunday, July 21, 2013
Passion..
I pergi kelas sulaman benang dekat Kolej Komuniti Batu Gajah semalam. Best wooo. I dah ada hobi baru iaitu menjahit. Haiii lah tak sabar nak dapat gaji banyak sikit nak beli mesin jahit. First attempt is quilt. This is my second one. Sulaman benang. Next baju kurung lah, sulaman riben apa lah semua bagai aku nak belajar. Kemain kau jah!
TARIKH : 20/7/13
MASA : 8.30 pagi - 1.30 tengah hari
PENGAJAR : Cik Azrina
TEMPAT : Kolej Komuniti Batu Gajah
BAYARAN : RM15 (dapat bawak balik hasil kerja kita dengan jarum dan semestinya ilmu)
Susah jugak sulaman benang ni. Nampak macam easy the measy. Sekali membuatnya baru tauuu. Kena banyak practice ni.
I belajar sulaman basic je hari tu. Maafkan yang cacat cacat tu eh. First timer lah katakan. Ikutkan Ahad nak pergi kursus potong rambut tapi malaslah pulak sebab dia sampai petang. Impian betul nak ada butik sendiri dengan spa kecantikan sendiri. BESTNYAAA!!!
Okay apa yang I belajar? Untuk rujukan diri sendiri yang sedar nyanyuk tak sampai seminit dah lupa.
JARUM APA YANG SESUAI UNTUK SULAMAN BENANG?
16, 18 dan 22
1. Running Stich
- Macam jelujur biasa je.
2. Back Stich
- Dia macam jelejur tapi dia terbalik. Memula jahit ke depan then mengundur ke belakang.
- Digunakan untuk membentuk garisan luar, urat daun dan pengisi ruang.
3. Straight Stich
- Macam jelujr jugak cumanya dia memula panjang lepas tu pendek then panjang then pendek. panjang pendek panjang pendek.
- Boleh buat bunga
4. Stem Stich
- Keluarkan jarum dari bawah then cucukkan jarum pada satu point yang menghala ke batang yang hendak dijahit. Keluarkan jarum di pertengahan jahitan pertama. Cucuk satu langkah ke hadapan mengikut arah yang sama.
- Sesuai untuk batang, ranting dan garisan luar
5. French Knot
- Okay yang ni best sebab dia boleh bentukkan bunga. Kalau jahit rapat rapat cantiklah.
- Keluarkan benang dari belakang fabric di tempat sulaman diperlukan. Lilit benang pada jarum yang keluar tadi. Kalau nak kecik lilit 3 kali. Kalau nak besar sikit bunganya lilitlah 5 kali. Then dah lilit cucuk balik dengan point jarum yang keluar tadi.
- Sesuai buat bunga bunga kecik, kelopak, tengah bunga, sempadan bentuk, buah-buahann yang kuliit dia menggerutu, daun-daun pokok dan pengisi ruang.
- TIPS : Benang yang belah pendek tu pendekkan jangan panjang panjang nanti sangkut.. Alah kan ke benang ada panjang ada pendek kan. Yang kita simpulkan tu biar panjang pun takpe. Yang pendek tu ha kalau panjang nanti sangkut so pendekkan dia okay dan jangan lupa tarik pelan pelan.
6. Coral Stich
- Keluarkan jarum then masa nak masukkan jarum ke bawah. Then keluarkan jarum dari arah tengah tapi lilitkan benang kat jarum tu yang cucuk kat tengah.
- Ok! Sebenarnya dah lupa kena couble check balik.
- Sesuai buat jahitan batang atau tepi sulaman.
7. Couching Stich
- Okay ini feberet sebab senang gila.
- Jahit macam biasa. Keluarkan benang then cucuk bawah. Then masa nak naik atas tu cuck kanan then kiri. Kalau rasa nak senget benget nak jadikan batang pokok just tolak je benang tu then matikan dia.
8.Pistil Stich
- Sama dengan french note cuma tambah batang je. Macam french note, jarum akan dicucuk kat tempat sama jarum keluar tapi pistil ni dia kita tarik panjang sikit. Bermula dengan jahitan straight stich lepas tu diakhiri french knot.
- Pistil stich boleh digunakan untuk membentuk bunga sama ada berbentuk bulat, separuh bulat, suku bulatan atau lebih kecil dan boleh membentuk bunga-bunga bertangkai panjang. Boleh juga jadi pokok-pkok dan rumput-rumput untuk sulaman pemandangan.
9. Lazy Daisy Stich
- Cucuk jarum then keluarkan jarum dari bawah fabric. Pegang benang dengan tangan kiri then cucuk harum kat point yang sama kita keeluarkan jarum tadi lepas tu keluarkan jarum dekat point mana yang kita nak. Dia macam cincin then jahit straight stich untuk matikan.
- Sesuai buat kelopak bunga, kudup bunga dan daun.
10. Fly Stich
- Macam bentuk Y
- Sama macam lazy daisy tapi bentukkan jadi huruf Y dan dia menghala ke bawah
- Boleh buat daun, tampuk bunga, rumput, pokok kecik dan paku-pakis
11. Feather Stich
- Sama macam fly stich tapi lepas dah cucuk jarum ke bawah terus keluarkan dari kiri atau kanan then ccuk balik dekat tengah then pergi balik kanan atau kiri then cucuk tengah.
- bentuk Y tapi tak adalah lurus je.
- Untuk hiasan tepi, daun dan paku-pakis
12. Cast On
- Ok ni rumit sikit tapi best. Keluarkan jarum lepas tu cucuk jarum dari atas ke bawah. Jarum menghala ke tengah. Lepas tu lilit 5 kali atu lebih terpulang. Dah lilit, tarik. Masa nak tarik tu pegang then susun.
- Sesuai buat bunga
Okay!! Itu sahaja pelajaran yang I belajar hari tu. Tujuan untuk diri sendiri tak nyanyuk. Kalua nyanyuk boleh refer, itupun kalau faham.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOURIST SPOT IN KYOTO
ARAHIYAMA 1. ARASHIYAMA Jangan lupa singgah dan duduk santai-santai di tepi sungai berhampiran Togetsu-Kyo Bridge. Serius mendamaikan...
-
Jangan buat main woooo keracunan makanan. Pertama kali I dengan Amirul kena. Umur 26 tahun kena keracunan makanan. Oh my!! Seksa gila. 1. U...
-
Assalamualaikum. OK! Sebelum kemalasan melanda jiwa baik terus update iternary dan budget untuk rujukan teman-teman. Hope it ...
-
Assalamualaikum. Bertemu kita lagi di entri #TravelDiary. Kali ni Aini dan Amirul pergi Langkawi selama 4 hari 3 malam dengan menaiki pen...
No comments:
Post a Comment