Hari ni dalam sejarah balik gila lambat dari kerja.
Pukul 5.45 petang mesej AmirulSyafiq suruh balik dulu ambil aku kemudian.
Sebab dia balik pukul 6, aku balik patutnya pukul 5.45 tapi aku balik pukul 9 hari ini.
Memang dah plan nak balik pukul 9.
Agaknya esok pun nak balik lambat juga sebab gila ah bertimbun kerja.
Bila dah kerja bank ni barulah rasa masa tu kejar kita.
Dulu aku kerja syarikat hartanah tu aku lah yang dok tunggu bilalah time nak balik tapi sekarang ni rasa macam eeee janganlah cepat sangat pukul 5.45 tu boleh tak?
Tapi memang tak lah kan nak bagi masa tu beku.
Dah cuba dah cara nak manage time, siap buat checklist tapi dalam 10 checklist tu biasa dapat selesai 2 sahaja.
Okay tak apa bagi aku masa.
Pelan-pelan nanti aku dah power dengan system nak key in loan tu terutama LOAN ASB yang memang memerlukan kesabaran yang tinggi, aku pulak yang boleh control masa.
Sekarang ni target aku nak dapat conformation.
Lagi berapa bulan je.
Sampai bulan 2 ni dah cukup 6 bulan aku kerja CIMB.
Gilalah macam petik jari je masa berjalan.
Time bulan 2 tu HQ akan tengok KPI aku.
KPI ni bagus jugak sebab kita sendiri boleh nampak okay bulan ni aku kena achieve berapa tapi di samping tu boleh jadi stress jugak nak kejar KPI tu.
Tapi aku percaya rezeki aku ada kat CIMB ni.
Aku kena berusaha lebih lagi.
Sebab aku macam dah jatuh cinta je dengan kerja ni.
Tu sebablah aku sanggup balik pukul 9 malam.
Kalau aku tak kahwin lagi ni serius aku stay sampai pukul 12 tengah malam kasi settle semua kerja.
Tapi kena ingat quality time dengan family kena jaga.
Ni sementara tak ada anak ni bolehlah balik lambat cenggini.
Nanti dah ada anak, bye bye aku nak balik jugak pukul 5.45 tepat.
Tapi manalah mungkin.
Tanya mana-mana orang yang kerja bank.
Mana-mana peringkat.
Teller, Clerk dan apatah lagi officer yang duduk backoffice.
Semua tak pernah balik tepat pada waktu.
Mesti lambat.
Tak macam kerja company-company lain.
Cukup masa, tutup komputer, angkat beg CHOWW!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOURIST SPOT IN KYOTO
ARAHIYAMA 1. ARASHIYAMA Jangan lupa singgah dan duduk santai-santai di tepi sungai berhampiran Togetsu-Kyo Bridge. Serius mendamaikan...
-
Jangan buat main woooo keracunan makanan. Pertama kali I dengan Amirul kena. Umur 26 tahun kena keracunan makanan. Oh my!! Seksa gila. 1. U...
-
Assalamualaikum. OK! Sebelum kemalasan melanda jiwa baik terus update iternary dan budget untuk rujukan teman-teman. Hope it ...
-
Assalamualaikum. Bertemu kita lagi di entri #TravelDiary. Kali ni Aini dan Amirul pergi Langkawi selama 4 hari 3 malam dengan menaiki pen...
No comments:
Post a Comment