KALI KEDUA

Ok! Tahniah Aini. Hari ni hari kedua paling lambat.
Lagi lambat dari semalam.
Kalau semalam 9 tepat tapi hari ni 9.10 malam.
Makan luar lagi.
Kesian suamiku.
Nak pastikan semua benda kasi settle minggu ni supaya minggu depan start fresh.
Alhamdulillah. Hari ni dapat key in 5 loan.
Semakin faham dengan system sebab dah ulang kesalahan yang sama je kan so dah pro lah sikit.
Sabtu ni ada amik ujian lesen UNIT TRUST pulak.
Tak sabar nak jual UNIT TRUST sebab benda ni memang bagus dan lagi menguntungkan.
Lagi mnguntungkan dari ASB dan boleh pilih ISLAMIC.
Semua ni aku sembang pasal pelaburan sebab aku tak suka nak offer orang personal loan walhal personal loan ni paling senang nak jual dan paling senang orang nak terutama sekali MELAYU kita.
Pelaburan ni mereka tak nampak sebab dia jangka masa panjang baru dapat duit tapi personal loan ni apply hari ni karang minggu depan dah dapat duit sedebak padahal bayar lebih daripada apa yang dipinjam.

Ceritanya sekarang ni bukan pasal pelaburan mahupun pinjaman, cerita sekarang ni aku dah nampak kurangnya masa aku dengan suami.
Padahal baru dua hari balik lambat.
Inilah kot ya yang orang cerita cerita tu.
Yang tak ada masa dengan famili.
Jarang luang masa semua.
Eeee nak mo! nak mo!
KIta sayang suami kita.
Minggu depan insyallah tak nak dah balik pukul 9. Cukup 2-3 hari merasa balik lambat.
Kalau tak sempat nak key in pun aku sanggup datang kerja hari Sabtu..

Menaip kat belog ni buat hilang stress.
Tambah-tambah sekarang dah malas nak link dekat FACEBOOK.
Kiranya aku taip memang untuk aku.
Bukan untuk orang lain.
Tapi kalau travel tips semua tu aku akan tempek dekat Facebook bagi kawan-kawan aku tahu travel tu tak mahal mana pun.
Jauh perjalanan luas pemandangan bertambah kesyukuran bertambah pengetahuan.
^___^

Comments

Popular posts from this blog

Budget & Tips ke Pulau Redang, Terengganu

#TravelDiary - 4H3M LANGKAWI

#TravelDiary - 4 Hari 3 Malam in Phuket, Thailand