Friday, November 8, 2013

THE SECOND BABY A

Assalamualaikum semua. Lama betul tak menaip kan sejak dah tukar kerja ni. Banyak betul nak share dekat sini tapi tak ada masa. A lot of things has change in my life. To a better future. Insyallah. Thanks Allah. Permudahkan semuanya.

The story begins...

11 September - Tak ingat berapa haribulan, I disahkan pregnant 5 minggu. Alhamdulillah. Syukur sangat time tu. On the 6th week pergi scan. Nampak jantung kecik dup dap dup dap. The feeling....sebak sangat. Happy ada nyawa kecil dalam rahim I. Due date 16 May 2013. Ok memang sah tak boleh pergi Korea. Kena postpone atau cepatkan sebab nak pergi Korea 27/4/2014. Memang tak lepaslah nak naik flight kan.

6 October - 27 October - I training kat Bangi selama 3 minggu. Tiap-tiap minggu balik Ipoh lepas tu naik bus ke KL Sentral then naik ktm pi Sentral lepas tu naik taxi pergi Bangi Training Centre. Memang penat sangat. Bukan apa, rindu okay duduk jauh-jauh. Cannot! Cannot!

29 October - Pergi Klinik Kesihatan Gunung Rapat dengan Kak Ida (kakak ipar) nak bukak buku pink. Scan scan doktor cakap jantung bby ada lagi tapi baby kecil sangat. Usia kandungan dah 12 minggu tapi saiz kecil macam 7 minggu.

30 October - Pergi Hospital Besar Ipoh pergi jumpa kakak sedara Apek (Kak Jee) doktor pakar sakit puan kat sana. Dia scan kan. Scan scan tengok jantung dah stop. Disyaki missed miscarriage. Memang I pun perasan I berhenti rasa pening dan loya dalam minggu terakhir I kat Bangi. Tak apa, tak ada rezeki. So Kak Jee pun bagi pilihan sama ada nak biar dia jatuh sendiri atau dia bagi tempoh 2 minggu kalau tak jatuh akan buat suction.

5 November - Still tak ada tanda-tanda nak jatuh ke nak gugur ke apa. Semalam adalah keluar setompok je darah. Sikit sangat dan tak ada rasa sakit perut. Abang Nash (kawan ofis) ada pengalaman so dia cakap buat apa simpan baik cuci je sebab macam dah simpan benda yang tak bernyawa dalam rahim. Nanti busuk je kat dalam takut effect rahim. Takut kuman. Ye lah dah 7 hari still tak rasa ada tanda-tanda so malam tu mesej Kak Jee cakap nak buat suction esok pukul berapa kena puasa. So I kena puasa start pukul 12 tengah malam.

6 November - Masuk wad 1C Hospital Besar Ipoh. Masuk pukul 8.45 pagi. Suami kita teman dari masuk hospital sampai balik. Dalam pukul 12 tengah hari tu Kak Jee masukkan ubat dari bawah. Ubat bukak rahim dia panggil. Wahh memang sakit gila masuk ubat tu. Then tak boleh turun katil selama 1 jam katanya. Duduk boleh. Tak sampai 10 minit masukkan ubat tu, nurse datang cakap boleh pergi suction. Terkejut mak noxxx.

PROSUDER
1. Masuk ubat kembangkan rahim. Masa tu memang rasa darah mengalir. Perut pun rasa sakit.
2. Dari katil wad alihke katil tolak nak bawak pergi bilik operation
3. Dari katil tolak pergi bilik operation alih pulak ke katil operation room.
4. Baring baring tunggu tunggu tidur kejap then dah sampai masa alih pulak katil bilik bedah yang sebenar. Kat situ sejuk tak ingat punya. Memang sejuk sangat. Menggigil gigil I. Tapi nurse semua baik. Dia selimutkan I dengan selimut panas. Then Dr. Bius masukkan ubat tidur, ubat tahan sakit lepas tu I kena bernafas ikut topeng oksigen lepas tu terus pengsan tak sedarkan diri.
5. Sedar sedar I dah ada kat katil operation room. lama juga I tunggu nurse wad datang nak ambil. Dalam 1 jam lebih. I pun mana nak sedar. Mamai kan kena ubat tidur. Tekak perit. Nak telan air liur pun susah. Nak cakap terima kasih kat nurse pun tak boleh.
6. Nurse wad pun sampai nak ambil I. Tukar katil lagi. Abang nurse siap pegangkan selimut nak jaga aurat I. Ye lah seksi kan pakai baju putih operation tu.
7. Sampai wad nampak husband tunggu dekat luar. ;(
8. Alih lagi ke katil wad. Berapa banyak peralihan daaaaa. hehehehehhe

Dah settle semua. Pendek kata, cuci cuci ni tak adalah sakit sangat. Ngilu kejap je. Then okay boleh berjalan bergerak. Doktor suruh pantanglah makan ikan haruan semua nak bagi pulih rahim.

Tak apa, ada hikmahnya ni. Boleh pergi Korea. Nak tunggu masuk rumah baru betul betul kot baru dapat baby.

Untuk yang bertanya, Alhamdulillah. Im okay. I kan kuat. Thanks. Terharu bila strangers, cousin dan kawan kawan yang jauh ambil berat. Tanya kat whatsapp pun dah boleh buat I senyum.

Okay kita tunggul third Baby A ya.

8 comments:

zarifahmr said...

kau memang kuat. insyaAllah akan ada rezeki korang nanti. Jangan putus asa ainee. aku doakan kau sentiasa sihat dan kuat ! :'D

Huda Luna said...

aku dah agak dah ko preggy masa kenduri hana tu sbb boncet lain macam
tak apalah tak ada rezeki
mana tahu dec nanti preggy lagi
take care ainee

Ailyl Rozanna said...

Dugaan. Semoga awak tabah sentiasa. Take care ainee! Happy blogging to u :-)

Ateyn Bella said...

sabar ye sis. Allah is the greatest planner. im sure dia dah plan baikkk punya utk sis in the future :)

Q said...

Sabarlah Ainee. Belum rezeki lagi. Aku pun sedih bila baca sebab dah kali kedua jadi macam ni. Baru raya hari tu kau cerita pasal baby tup tup jadi macam ni. Banyaklah bersabar. Allah tu tak kejam :)

sHieRa cAkAp said...

Salam Ainee. Sorry to hear this. Insyaallah rezeki itu akan sampai jugak. Sooner or later. Bersabar sayang. Akk doakan yg terbaik for you both.

~emi~ said...

Akak jangan sedih2. Ada hikmah tu. Belum masanya lagi kot. mana tahu nanti next time terus dapat twins :)


Btw akak pergi korea bercuti ke buat ape? Bestnyaa

Ainee Cumi said...

BIKPAH : Tenkiu Bikpah. =)

HUDA : Amboihh dukun sangat tau kawan aku yang sowang ni. Amboih December? Pantang lagi weyh.. At least February kang. Baby korea please. Ahahahha!

AILYL : Weyh! Ailyl. Betul ke fake ni? Macam tak percaya je Ailyl leave comment kat belog Aini ni. Thanks cutie pie.

ATEYN: Alahai adik comel ni. Baca lagi belog Kak Aini. Tenkiu cikgu comel.

Q : Tarak hal ah. Small matter. Hihihi. Allah memang baik. He has a better plan.

SHIERA: Tenkiu Kak Syiera. Hugsss

EMI : Wahhh kalau dapat twins tu please lah twins sampai 5 terus. Teringin nak anak at least 5. Hehehehe. Emi, mestilah kak Aini pergi bercuti. Tak sabar. Bulan 4. Alah murah je pi Korea. Nanti Kak Aini belog lepas pergi. Iya iya je cakap murah kan sekali pergi hamik habis sampai 6 ribu mampos