Sunday, November 14, 2010

Dulang hantaran=6 dulang dah settle

Ada lagi 3minggu before my ceremony tapi semua dulang hantaran dah habis siap. Cuma tinggal lagi satu je untuk sejadah. Yang lain semua dah kasi settle just tunggu nak letak barang je. Dan I suka sangat-sangat. Lepas dah siap gubah semua I letak atas meja makan memandangkan meja makan kiterowang macam tak ada guna je. Macam buat perhiasan je I tengok, daripada I letak bawah lantai baik I buat meja makan rumah I rasa gembira sikit sebab at least dia rasa dia ada kegunaan juga. I ni pulak bila lalu je mesti berhenti sekejap lepas tu tengok dulang-dulang tu sambil rasa kagum kat diri sendiri. OK SUNGGUH TAK BOLEH BLAH~

Ohh! Terima kasih kat ibu I sebab adalah tolong sikit gam gam kain kat libut tu lepas tu terima kasih kat adik I si Iqa dan Ifa sebab ada bagi idea sikit-sikit. Wahhh kagum pulak dengan diri sendiri sebab ingatkan ambil masa sampai berminggu untuk siapkan gubahan rupanya ambil masa tak sampai 4 jam pun untuk gubah 6 dulang hantaran. Tinggal lagi 1 dulang je untuk sejadah. HOORAYYY!!

No comments:

Kedai Runcit Online

I ni jenis pemalas betul nak keluar dari rumah. Kalau boleh semua nak orang belikan buatkan hantarkan and etc. Masak bolehlah rajin jugak ...