Lepas tu pagi ni pun sempat sakat dia cakap EEE TAKUTNYA NAK DAPAT RESULT! TEPON AKAK TAU! TEPON TAU! Dia cakap tak nak tak nak, eleh tapi pagi ni telefon jugak. POYO! Ye lah kiranya UPSR tu macam satu ujian besarlah untuk budak kecil macam dia.
I pun dulu rasa gila susah mak aihh tak nak lalui dahh ujian macam UPSR ni tapi bila dah besar gomak ni terus teruja bila nampak kertas soalan UPSR adik I tu terus bukan sahaja nak jawap siap periksa lagi jawapan adik I betul ke tak. UISHH PUNYALAH SENANG MAK AIHH UPSR NI! Terus dalam hati kenapalah SPM soalan dia tak macam ni kalau tak mesti masuk Paper semua pelajar di Malaysia dapat "A LURUS".
Ye lah pengenalan pun dah macam separuh muka surat mesti dah dapat teka kan apa yang Good News tu kan?
YEAH! IFA DAPAT 5A.
SERIUS DAPAT 5A? I BANGGA SANGAT SANGAT DENGAN ADIK I YANG SOWANG NI TAU. KENAPA? SEBAB KAKI DIA DAH OPERATION 3 KALI DAN DIA TAK PERGI SEKOLAH SELAMA SETAHUN LEBIH LEPAS TU TAHUN LEPAS DIA KENA CUTI LAGI SELAMA 4-5 MONTHS KALAU TAK SILAP SEBAB BUAT OPERATION KALI-3. ADIK I NI SUCH A TABAH GIRL. MACAM MANALAH DIA BOLEH CATCH UP DENGAN SUBJEK-SUBJEK TU WALAUPUN DIA DAH TINGGALKAN SEKOLAH DENGAN AGAK LAMA. IM IMPRESS!
Ucapan dari Aini untuk Ifa
Dahlah hari ni HARI ANUGERAH CEMERLANG! Ifa dapat no. 1 dalam kelas kan lepas tu dapat Anugerah Tokoh Pelajar. Hebatnya kamu, akak pun tak pernah dapat anugerah tokoh ni. Tokoh banyak cakap adalah. Makanya, akak sangat sangat bangga. Betul Ifa, akak sangat bangga tau. Sori Ifa, akak tak dapat datang. Ye lah cuti tahunan dah habis, kalau tak mesti akak datang tangkap tangkap gambar Ifa dengan kawan-kawan yang sama-sama berjaya. Dahlah akak tak datang, ayah dengan ibu pun busy jugak. Sedihnya akak. Takpe, akak tahu kamu adik yang berdikari. Anak yang sangat sangat sangat berdikari. Tapi diam diam ayah dengan ibu tu akak tau dieowang sangat bangga dengan kamu. Teruskan berusaha mencapai cita-cita kamu dalam hidup ni ok. Ingat pesan akak, HENDAK SERIBU DAYA TAK HENDAK SERIBU DALIH! BIAR SUSAH DULU, SENANG KEMUDIAN. Kamu nak susah 40-50 tahun ke nak susah 25tahun? Ingat pesan akak tu ok! Nanti hujung tahun after akak tunang, akak bawak kamu pergi Genting Highlands ok. Suka tak?
No comments:
Post a Comment