Monday, November 29, 2010

Pelamin Tunang Siap 100%

Ingat lagi tak sketch pelamin tunang I ,ni? Semalam dengan hari Sabtu hari tu I dengan Apek gigih merealisasikan impian pelamin tunang I ni. Hasilnya memang cantik sangat, I suka sangat. Terima kasih dekat my darling Apek. Dia yang gigih menukang pentas tu, dia lah yang gigih pasang backdrop, dialah yang gigih gantung pomander ball. I? Entah apalah sumbangan I kat pelamin tu. Idea je kot dengan tampal bunga-bunga sekeliling cermin tu. Teruk betul Ainee Johari ni.

Seriously, I puas hati sangat dengan pelamin buat sendiri ni. Macam puas puas puas hatiiii cangat-cangat tau!! Siapa cakap buat sendiri tak boleh nampak cantik? Siapa cakap? Siapa cakap? Dengan kegigihan dan semangat yang tinggi (ecehh!!) serta kerajinan yang bersalut dengan inti tak kenal penat memang boleh sangat capai impian buat pelamin sendiri ni. Memang puas hati sangat walaupun adalah 2-3 kali pergi Jalan Kuala Kangsar balik sebab tak cukup bunga. Habis duit kat minyak je nasib baik dari rumah I boleh naik highway je pergi Jalan KK tu.

Nak tahu tak kiterowang bz sangat sampai terlupa semalam enivesari kiterowang yang ke 5tahun 3 bulan ok! Padahal gigih ni buat kerja sama-sama, duduk sama-sama, makan sama-sama tapi boleh lupa pulak. Lepas tu bila dah balik I kol Apek dia pun cakap I punyalah semangat ingat nak wish pagi-pagi tup tup boleh lupa, bila dah sampai rumah baru ingat. Samalah dengan I. *high five

Ok! Sesiapa yang dah dijemput tu tapi tak datang memanglah sangat rugi sebab bukan senang ohhh, I dengan Apek terlebih rajin nak memenatkan diri dan melaburkan duit untuk buat pelamin sendiri. Tapi seriously best nak mampus sampai rasa nak jadi engagement planner pulak. Heheheheh! Nanti dah selesai tunang semua I upload pic simple pelamin by Ainee & Apek ok. Nanti kawin dah tak ada dah buat pelamin sendiri, sewa je. Heheheheh!

Tapi tu lah kalau nak buat pelamin sendiri ni banyak faktor kena fikir. Terutama sekali masa dengan duit. Buat pelamin sendiri ni memang banyak sangat guna duit tapi takpe, barang-barang tu dapat kat kita you. Macam lampu, cermin, bantal semua dapat kat kita. Tak adalah bazir sangat, ok lah cuma nak cari masa buatnya tu. Macam I dengan Apek ni ambil masa sampai 2 hari dengan cermin terjatuh lagi. Nasib baik tak pecah.

Haishh gabra I nak menunggu kedatangan 5/12 ni, bukan gabra apa takut tak muat baju sebab nafsu monster tak dapat dibendung tambah tambah bila adik paling kecil buat sambal belacan meletop dia. Pergh tergugat iman wa cakap lu. Makanya, bila tiba harinya nanti kalau kowang nampak lemak-lemak yang tak sepatutnya nampak tu buat-buat diam udahlah ehh.

Adios!

No comments:

MY FIRST LA SENZA

Hampir sejam jugaklah Apek menunggu kat luar sebab isterinya dok test test the perfect one. REVIEW LINGERIE LA SENZA 1. Best gila 2. Des...