Friday, November 12, 2010

My Engagement Ceremony Card. IT IS A PARTY for me DARLING!




Gila rilek kan kiterowang guna nama glamer gitu. Ehh glamer ke nama Ainee dengan Apek ni? I buat kad ni pun khas untuk orang yang tak tahu rumah I je. Tak adalah bagi kat semua orang. Uishh larilah budget I nanti. Makanya I hanya bagi kat orang-orang dalam ofis I je lah kot. Itupun bukan semua sebab alahai kang penat I melabur untuk kad ni kang orang campak campak buang dalam tong sampah je. Karang luluh hati I kang. Tambah tambah si Apek tu.

Kad ni memang 100% design by Apek. I mintak konsep CUTE, FUN & SIMPLE! Di samping tu I adalah bagi hint hint sikit kat Apek. Tak sampai beberapa jam dia hantar kat email I. Kiterowang memang suka main balas-balas email ni barulah rasa macam tengah berunding dengan client dengan designer. Uishh memang menepati citarasa betul. Siap bagi pilihan dekat I lagi. Semua ada 4 pilihan. Tapi I paling suka yang first punya. Lagi simple lagi I suka tapi ada kawan I suka yang no. 3. Kalau ikutkan hati semua design I suka. I suka sebab dia sangat funky. CUTE CANGATTTTT!! Terasa macam party orang muda-muda pulak. Kalau orang tua nampak kad ni mesti terbelahak mata. Atenya memang budak yang nak tunang ni pun muda lagi kan?

Korang pulak paling suka yang mana? No.1, 2, 3 ke 4? By the way, kalau korang pun nak design kad kad ke kan nak design pelamin ke kan. Apa-apa je lah berkaitan dengan design bolehlah contact Apek ni. Nak bagitahu I pun boleh je. Email je dekat I. Kalau nak print sekali pun boleh. Bunting ke banner ke apa-apa je lah, harga boleh runding wohh. Tak mahal, serius sebab Apek ni gila pemurah. Ceewah, sempat lagi tu promote. Kata nak cari wang saku lebih untuk kahwin ni kan.


Ni kad pertama yang Apek design. Tapi cincin tu Apek cakap dia malas nak lukis sebab I banyak songeh. Ahahahahha! Lepas tu I cakap tak nak. I nak dia nampak full and FUN. Suruh dia buat lain. Mentang-mentang yang design tu boyfriend sendiri kan memang nasiblah kau wahai boyfriendku kena buli dengan I yang cerewet ni. Tapi kawan I yang suka design no.3 tu dia cakap ini lagi cantik. Tapi I tak nak, I lagi suka design kat atas tu sebab bila bukak je attachment yang Apek hantar dekat I terus taip laju laju cakap "U!! CANTIKKKKK.....I SUKA SANGATTT!!!!".

No comments:

MY FIRST LA SENZA

Hampir sejam jugaklah Apek menunggu kat luar sebab isterinya dok test test the perfect one. REVIEW LINGERIE LA SENZA 1. Best gila 2. Des...