Wednesday, March 31, 2010

Belilah klinik kalau nak hilang jerawat

Gila lama tak update. Kalau time I rajin kalau boleh tiap-tiap hari nak tempek apa jadi apa terjadi segala tapi bila dah busy sangat terus tak ada masa. Serius! I sangat bz dis few days. Ada gaya macam dapat naik gaji tak? Yelah, kan ke I nak mintak up gaji ni lepas habis praktikal. Hehehe!

Memandangkan I dah dapat gaji I dapatlah menunaikan hasrat dan cita-cita I dari sekolah lagi untuk pakai produk Cliniqie. And yeah baby! I telah berjaya mempurchasekannya tanpa I berfikir panjang ke pendek ke I terus pergi kaunter dia dekat Ipoh Parade tu lepas tu terus je beli. Siap ada orang tu usha-usha muka cam tak puas hati pun habis kena sound dengan I. Ehh tak! I tak sound macam "KO ASAL PANDANG-PANDANG AKU CHIA". Uishh idak lah begitu, ganas betul! I just bagi jelingan manja lagi tajam je.

Haaa ada gaya muka beria tak??=))))))

MEH I PERKENALKAN SATU SATU PRODUK DIA!
Padahal tiga je kan jenis yang I beli. Basic punya je puhn, tak mampu nak beli semua! Heheheh!

Ini cleanser yer tuan tuan dan puan puan. Pagi tadi I baru pakai. Oklah! Bau dia tak harum langsung. Bila I press kelaur buih buih gitu. Orang tu suruh pump 2-3 kali tapi I pump sekali je. Mahal nok nak pam banyak-banyak kali. Sekali sudah!


Lepas cuci muka haruslah pakai TOner kan untuk merapatkan silaturahim pori-pori kat muka I yang bersaiz besar tu. Best pakai sebab dia sangat cepat kering ok! Tak payah I nak tunggu sampai 3minit ke untuk bagi dia kering. Biasanya sementara I nak tunggu toner kering I letak gel kat rambut dulu kasi pam-pam lepas tu baru pakai pelembap. Tapi dengan toner clinique ni. Ehh sebut lagi sekali! Haa dengan toner clinique ni I tak perlu tunggu lagi. (Ada gaya iklan tak?)

Yang terakhir yer anak-anak, I habiskan dia dengan pelembap untuk melembapkan kulit I yang selalu dahagakan kasih sayang sejenis pelembap. Pelembap dia pun tak harum. Hemm no wonderlah nama dia klinik rupanya bau pun dah macam ubat klinik. Tapi tak melekit. Best sangat! U all patut cuba.

JENIS PRODUK YANG I BELI NI JENIS ANTI BLEMISH.
Maksudnya untuk hilangkan jerawatlah kiranya. Bukan kira tapi memang untuk hilangkan jerawat. Harap menjadi. Dia cakap bagi tempoh 8minggu iaitu bersamaan 2bulan.

HARGA?
Jangan risau! Harga untuk tiga-tiga botol ni hanya RM289 sahaja (ehh ke RM280 I pun dah lupa!Korang gi lah tengok sendiri) Memang berbaloi-baloi.

Siapa cakap I tak ada jerawat? Haa tu apa dia. OK!Yang sebelah tu adik I. Eee dada banyak bulu. Orang hutan! And yes I tengah potong kek hari jadi I. =D

So kita nantikan resultnya awal bulan 6 nanti ok!

Thursday, March 25, 2010

Tak Ada Kerja Pun Stress

Eeee stress betul tak ada kerja. Ye lah I kan Receptionist, so kerja I duduk kat depan lepas tu bila orang lalu lalang mesti nampak monitor I. I ni biasalah kalau tak online FB pergi main game kalau tak main game I pergi usha-usha belog orang lain. I jadi stress tau bila orang lalu-lalang ni. Ye lah kalau lalu-lalang mata tu tak gedik nak tengok I tengah buat apa semua tak apalah ini semua nak menyibuk.

I bukannya tak nak buat kerja tapi masalahnya I memang tak ada kerja. Ye lah receptionist apa sangatlah kerjanya. Angkat telefon je lepas tu adalah taip surat sikit-sikit. Itu pun kadang-kadang je ada surat kalau tak ada surat melangutlah I. Dieowang expect I nak buat apa kalau tak ada call? Itu pun nasib baiklah bos I baik hati bagi Internet untuk I surf apa-apa je I suka kan untuk mengelakkan kebosanan. Haa nampak! Bos I sendiri yang provide Internet ni untuk I, dieowang nak jeles apa? I jadi stress tau sampai I minta bos I tambah kerja I. Jadi kuli pencacai najis ke tak apalah janji dieowang tak adalah nak pandang slack dengan I. Tapi boss I tak ada pun nak bagi I kerja banyak-banyak. Sayang kat I lah tu. Hehehehe!

Gaji I bukannya banyak pun so standarlah kalau I tak ada kerja. Sepadanlah dengan kerja I. Lainlah gaji I RM5000 tapi kerja I angkat telefon je memanglah patut kan u all bising. Tapi bila I tanya ada benda nak tolong ke tak, tak ada pula korang nak kasi I kerja. Macam-macamlah dalam dunia pekerjaan ni. Banyak kerja stress, tak ada kerja pun stress. Ingat tak buhsan ke duduk depan ni sorang-sorang asyik main Internet. Entahlah yang pasti I bersabar ni untuk habiskan praktikal I je lepas tu I nak mintak boss I kerja banyak-banyak, gaji banyak-banyak. Kalau tak nak bagi I merajuk cari makan tempat lain. Tapi serius I sayang sangat tempat I kerja sekarang ni sebab orang dia semua baik-baik. Boss baik! Eeee semualah baik cuma satu dua orang je yang suka mencari kesalahan I.

;((

Wednesday, March 24, 2010

Ini cerita lucu punya

Apek post dekat wall FB dia ayat ni.

"aku kalu marah kambing sekor pon ak makan ini kan plak nasi..hahahahaha"

Gila! Marah tapi gelak. Lepas tu apa motif kambing dekat situ? Tak paham betul I dengan Apek ni, suka sangat kat kambing. ?????

Lepas tu I tanyalah kenapa begitu marah sekali dia. Ye lah curious lah kan.

Then dia tempek ayat ni,

"Begini ceritenye..tadi saye naik la lif then ade pakcik tu masuk..die bawak kotak..then saye tgk kotak itu mcm berat jugaklah..lalu saye pikir saye baik dan saye pon tanye die.. alo uncle mau saye tolon ka?itu bwk kotak berat kasi saye angkat la..die pon tgk saye..dan cakap owh ok ok..dan die bagi itu kotak..tapi yang menyakitkan ati tu..adalah kotak kosong..uncle tu rupenye pengutip kotak untuk dijual..saye diam lalu tergelak di dalam ati..ceplos punye uncle..die tipu saye wahahahaha..betol punye cerite ini.."

I rasa Apek ni lah orang yang siggpluss cari-cari yang menyamar jadi Arill tu, ye lah tengok sahajalah ayat dia. Saya jadi saye. Cerita jadi cerite. Apa-apa je lah Apek yang pasti u dah kena prank dengan uncle tu. Bhahahhaha!

Tuesday, March 23, 2010

INi haiwan saya geli SANGATTTTT!!!

Eeee geli geli geli geli geli geli geli!!!GELI SANGATTTTTTTTT!!! Haa ni kenapa tiba-tiba menjerit cakap geli banyak kali ni? Ok ok Ainee take a deep breath.
Ok lepas!

Macam ni, tadi I dapatlah cheque tau. Jangan jeles I dah dapat gaji. Lepas tu dengan gagahnya I capai je lah my Assistant Manager punya payung. Take Note! Dengan gagah tau I amik payung tu. Kenapa dalam banyak-banyak payung yang ada depan amta I, I pilih Mr. Lee which is my Assistant Manager punya payung. Ini kerana payung dia warna merah lepas tu ada rambu-rambu. Comel sangat! Nama je laki tapi payungnya mak aihh jambu betul.

OK! Lepas dah gagah ambil payung tu kan I pun jalanlah kaki nak pergi bank untuk masukkan cheque tu. Ye lah kalau masuk lambat-lambat nanti gaji I lambat masuk pulak tak dapat nak shopping. Ofis I dekat pekan lama makanya dekat situ banyak sangat bank so I bolehlah buat pilihan nak pergi Maybank ke CIMB ke RHB ke dengan hanya berjalan kaki sahaja. Haaa jimat petrol kereta I. Tapi I nak masukkan cheque I dekat bank HSBC yang memaksa I supaya lintas jalan ke seberang sebab bank tu terletak depan Padang Ipoh. I pun bukalah payung tu masa nak ke bank. Ye lah bayangkan waktu tu pukul 1petang. 1 petang ok! Cuaca sangat panas. Yeah I do love sunshine but I do love my skin too baby so kenalah pakai payung.

Dahlah waktu tu I muka bangga riak semua ada kan sebab tengah pegang cheque beribu kan, habis semua orang kat kiri kanan I tak pandang. Jalan pun ala-ala model bekerjaya gitu. Sampai je seberang jalan I terus campak payung rambu-rambu tu atas lantai. Nak tahu kenapa? Nak tahu kenapa? OH MY G!!! I MACAM TAK SANGGUP NAK BAGITAHU! OK AINEE, TAKE A DEEP BREATH LAGI SEKALI.

OK! Lepas!

NAK TAHU APA YANG ADA ATAS PAYUNG I??


















LIPAS TAHU. LIPAS!






Bukan! Bukan! Bukan lipas cartoon ni. Kalau lipas cartoon ni dah lama I hantar Ogy je hapuskan dia!

Haaa tapi lipas ni. Eeee geli I tak boleh tengok lama lama!Naik bulu roma.




Haa tengok perkataan lipas tu semua I guna huruf besar sebab eeee tah lah tragic betul kejadian tu. LIPAS TU TENGGAH BERSENANG LENGGANG BERJALAN JALAN ATAS PAYUNG TU. Cuba bayangkan kalau lipas tu senang lenang jalan atas kepala I macam mana? Nasib baik I pandai mengawal kemachoan I kalau tak terlompat lompat I kegeliaan depan bank tu. Tapi kena cover weyh banyak pegawai bank kat situ. Mana tahu ada lelaki kacak lagi hensem ke kan lalu depan I malulah I kalau dia nampak I terlompat-lompat sebab takut lipas.

Impian tak tercapai. Tak ada jejaka hensem. Tapi ada sorang uncle India ni tegur I. "Ehhh! Why u throw the payung? U don't want the payung huh?"

Apo gilo ke I tak nak payung tu. Ingat payung pakai buang apa lepas dah guna habis lintas jalan sesuka hati I nak buang payung tu. Dahlah hak milik orang lain.

Lepas tu I cakaplah kat uncle tu, " ADA LIPAS!!". Uncle tu gelak sambil cakap "Owhhhh!!".
Nasib baik dia tak cakap Owhh lepas tu berlalu pergi sambil gelak guling-guling sebab I takut lipas kalau tak I hentak pale dia. Nasib baiklah uncle tu ada lepas tu dia lah yang tolong buangkan lipas tu. I ni kenang jasa dia sampai bila-bila tau tapi I lupa muka uncle tu tapi I sangat pasti uncle tu dan rakan-rakan sekerja dia ingat muka I. Malu betul!

Balik tu terus I pergi basuh tangan I dengan sabun dan nekad balik rumah nak shampoo rambut. Mana tahu dia sempat melepaskan telur atas rambut I ke kan. Euuuwwww! SO PENGAJARANNYA, SEBELUM PINJAMI PAYUNG ORANG MAKE SURE PAYUNG TU BEBAS LIPAS!

Shout lahh puas-puas lepas ni

Haa tu dekat bawah tu I dah letak balik shoutmix widget tu.
Jangan gatal pi buat advertising kat situ sudah.
Shoutbox tu khas untuk rakan-rakan I terutama sekali rakan blogger. Kesian dieowang I pi berkomen kat entri dieowang lepas tu dieowang nak balas balik tengok-tengok tak ada shoutmix.

Haa lagi satu, shoutmix tu khas untuk sesiapa yang nak main usik-usik manja gitu cakap "Hai, boleh berkenalan" atau "Hai! Exchange link jom!" atau "Hai!Salam satu malaysia. I nak main blog jumping jumping lepas tu nak kasi awak sejuta kalau awak sanggup jadi bini saya. Saya hensem kacak lagi bergaya mutu keunggulan".

SANGAT DIGALAKKAN!

Tunggu apa lagi pi main shout-shout kat sana lepas tu I pergi balik belog korang main shout-shout dekat shoutbox korang laks. Teeheee!

Tapi mesti korang malas sebab shoutbox tu kat bawah sangat! Kena scroll! Ahahahaha! Sengaja I ni tau nyah!

Monday, March 22, 2010

Hello Kitty Freak

Indahnya hari ni ditemani cahaya matahari yang walaupun dia panas I tetap suka kat dia. Kalau dia sejuk mesti I lagi suka. Lagi sayang!Muah! Muah! Semalam dan hari semalam punya semalam Ipoh asyik hujan je, nak gotong-royong dengan famili pun terbantut. Tapi tak apalah benda baik maaa, rezeki woo kalau hujan. Mana tak rezekinya, pokok tomato yang I tanam kat sebelah rumah kalau kena hujan nanti bolehlah dia berbuah. Jimat air!

Weyh! Weyh! Hari ni kan I bawak tupperware comel yang Apek selalu bawa pergi kerja tu. Tapi I sengaja bagi Apek tupperware warna pink I pakai warna biru. Barulah jambu babe! Hari ni I tak masakkan untuk dia tapi ibu I yang masak. Ibu I masak keohteow goreng basah. Ermm nyummyyy! Jimat duit I boleh menabung untuk masa depan anak-anak sebab lunch hour nanti tak payah beli makanan sebab ibu dah masakkan kan? Terima kasih Ibu, nanti akak belikan gelang emas untuk Ibu ok. Ibu suka emas kan? Serius tak sabar nak dapat kerja gaji tinggi lepas tu belikan ibu dan ayah apa-apa je yang dieowang suka. Kalau macam ayah tengok ferrari model baru then ayah cakap "Eeee smart gila", serius esok I terus belikan Ferrari tu tak cakap banyak.


Haa comel tak my header untuk mozilla. Ye kat ofis ni I tak guna google chrome. Mana boleh I nak install sesuka hati je kat ofis I ni. Hak milik syarikat kot so kenalah amik je apa yang ada. Tak apa sekarang dah ada header Hello Kitty yang comel so tak boring dah. Boleh tenung dia dan katak si kembar tu lama-lama. Auwww! So kiut!

Saturday, March 20, 2010

Singapore Town memang best

HI..I'm Ainee Fierce. Haaa ada rupa Beyonce punya tajuk album tak?
Ngaummm!!!Rawr!Rawr!Rawr! Apa motif I buat harimau tu? Mesti korang cop I gila kan? Kan ke tahun ni tahun Harimau so nak lah jadi ala-ala harimau gitu. Muka waktu ni muka busuk so agak kurang cantiklah padahal memang hakikat diri tak cantik.

Sebenarnya ni nak cerita I pergi Singapore hari tu. Alah waktu raya cina tu. Cerita dah lama tapi tetap nak cerita gak sebab sangat best dapat spent time dengan adik lelaki kesayangan I and opah I. LOve!!!


First perjalanan kiterowang bertolak dari Ipoh-Melaka untuk ambil my pakwe and makwe. Pakwe and makwe tu panggilan untuk bapak dan mak sedara I yer, jangan nak salah faham I ni biseksual walaupun hakikatnya "YER SAYA BI"..shhh!!

Ehh tiba-tiba gambar kat kedai makan kan? Biasalah I kan kuat makan. Tapi gambar hari tu I saja kembongkan perut tau. I tak buncit! I slim shady u all! I tahu all memang suka pasal keburukan keburukan ni tu yang I tempek gambar kebetulan I tu.
**eceh! dan dan

Haaa yang pakai baju merah tu bapa sedara I, I panggil dia uncle Mei Hwa. Ramai-ramai said "HI UNCLE MEI HWA!!". Sebelah tu anak dia, panggil di di je maksudnya adiklah dalam Melayu kita. Rambut ngan badan sebiji macam bapa dia bak kata pepatah 'anak borek bapak rintik' ehh ke terbalik? Whatverlah, lebih kuranglah kan.

Waktu ni sebenarnya dah sampai Gelang Patah. Jangan korang ingat gelang yang dah patah pula. Gelang Patah ni nama tempat lah, dekat Johor sana. I pun tak tahu kenapa nama dia gelang patah, agak-agak kena cari kat wikipedia tak?

Lepas dah makan-makan-makan singgalah rumah aunty I pula. Haaa nasib baik singgah rumah aunty I alang-alang boleh collect angpau kan? Padahal sebenarnya I dah keciwa dah I pakai cantik-cantik, semangat ni pakai dress tak ada lengan sebab ingat nak makan kat hotel ke apa kan sekali makan kat kedai biasa je. Tapi tak apa kekeciwa terubat bila opah I cakap nak singgah rumah anak sedara dia. Pheuwwww! Manalah tahu Ed Westwick ada kat sana ke kan?

Masuk rumah dia terus nampak botol-botol ni. Unik betul. Tak! Tak! I tak minumlah. Takkan I nak minum, even sparkling juice pun I tak pernah minum sebab tah I rasa was-was tak tahu kenapa lagipun I ni kan ada agama mestilah tahu apa yang boleh minum apa yang tak boleh. Cuma kagum dengan bentuk dia je. Tengok siap ada bentuk globe lagi, kompem mahal!


Lepak-lepak di rumah Aunty Kam. Rumah dia siap ada tempat karaoke tau. Gila best! Ohh Ed Westwick tak dapat datang hari ni. Keciwa betul kalau tak boleh berduet nyanyi lagu Paling Comel nyanyian Achik dan Nana. Ahahahhaha!

Ohh lupa nak kenalkan. INilah adik lelaki kesayangan I. Panggil je Eddie tapi sejak dia belajar kat Poli kawan-kawan dia panggil Frank. Frank-Eddie uishh jauh betul lari. Sebelah tu opah I. Sayang opah!=))

Eeee teringin nak belajar main mahjung. Bukan belajar untuk berjudi just suka-suka sebab macam best je bila dieowang sepah sepahkan buah tu lepas tu campak campak atas meja. I macam fulamekkk!!

Ada gaya tak??

Adik sedara I ni comel betul!! Geram tengok!

Lepas dah sembang punya sembang kiterowang pun baliklah rumah Uncle Mei Hwa kat Gelang Patah tu. Rumah Aunty Kam I ni kat JB. On the way balik tu kiterowang dengar bunyi letup-letup. Rupanya bunga api. Perghh memang meriahlah tahun baru cina dekat Johor ni. Tak rugi turun! Kat Ipoh sah sah tak ada bunga-bunga api ni. Mesti hambar! Kalau ada pun mesti sikit je.


Some of the shoots taken by Adik.


DAY 2
Hari kedua barulah kiteowang berangkat gi Singapore lepas bermalam dekat rumah Uncle Mei Hwa.


Singapura baby, here we come!

Kacak betul kereta kiterowang.

Tengok dari atas pun ada lambang dia. Perghh semart betullllll, pandai adik makeup!!Finelah korang tak percaya kan ni kereta kiterowang. Tak nak caya sudah!

Pandailah korang, hakikatnya kiterowang naik basikal je weyh dari Johor gi Singapura town ni. Tengok seat belakang ni pun ada kusyen tau. Comfort betul!

One big Family(padahal tak besar pun).Ahahaah! Ehh tapi kalau kumpulkan sekaligus semua mesti besar gila kan macam boleh buat tentera menyerang Bank Negaralah buat rompakan bersenjata ke apa kan.

Lepas dah makan-makan apa lagi, jalan-jalan cari makan lagilah weyhh! Ni lah rupa keretapi kat Singapore. Dieowang paggil MRT stands for.....TAh! I pun tak tahu. Salute betul ngan MRT dieowang ni. Sebab apa? Sebab dia punya pintu berhenti tepat tepat dekat benda yang dia tulis anak panah tu. KIranya tak adalah kita tertipu kan macam kat KL. Ye lahh gagah je diri kat anak panah nak masuk pintu LRT tengok-tengok dia berenti nun jauh kat sana lepas tu jauh dari anak panah kuning yang dia lukis atas lantai tu lepas tu kita ni terkedek-kedek lahh lari nak kejar pintu masuk tu. CIS!!! I rasa kerajaan Malaysia kena contohi sikit negara jiran kita tang LRT-MRT ni.

Adik cakap tak ada ATM mAchine ni dekat Malaysia so kena snap picture. I pun layan je lah

Haaa tengok semua orang ikut arahan anak panah.

Adik, OPah and I

Haaa kat hujung tu Pulau Sentosa. Nak pergi sana naik benda yang rupa dia macam caterpillar kat Genting tu. Tiket dia 10$ je. Tak adalah mahal rupanya standard Sunway kat Ipoh ni je tapi sayang tak dapat pergi sebab kesihatan opah tak mengizinkan dia jalan jauh. Kesian opah, kiterowang ni tak apalah lain kali boleh pergi lagi.

Pose!Pose! Nampak orang yang bawah tu sedang buat apa?

I tak tahu ni kat mana tapi yang I perasan sangat sepanjang I berada kat kota singa ni orang kat sini suka lepak-lepak menenangkan fikiran tanpa gangguan. Bagus! Bagus!

Jalan punya jalan dah sampai malam.


I dekat Jalan Orchard. Seberang tu Plaza Singapura.

Oklah, adik pun nak gak simpan gambar kenang-kenangan.


Orchard Central. Sempoi gila escalator dia. Dahlah laju gila lepas tu kat kiri kanan ada lampu lampu macam nak gi disco pun ada. Tapi bukan itu je sempoi. Waktu kiterowang tengah bergambar ni rupanya kat belakang kiterowang tu ada orang tengah ghairah bercium siot. Nasib baik tak ada katil kalau tak sure-sure dah make out kat situ. Mentang-mentang Hari Valentine(I tak celeb). Memang kalau nak berhoneymoon sesuai sangat datang Singapore sebab boleh dating puas-puas lah tanpa ada mata pelik pandang kita. Cool huh?

Sama tak sama tak??


DAY 3

Kiterowang pergi sana sehari je memandangkan I pun cuti kerja 4 hari je kan manalah nak sempat nak ke hulu ke hilir pergi sanalah pergi sinilah.

Kesian adik tak sempat makan so kenalah makan dalam perjalanan pulang. Dalam kereta some more. Nak tahu harga nasi lemak kat Singapore berapa? 2.50$ derr!! Cuba kalau convert gi duit Malaysia pergh dah RM4-RM5. Mahal betul!

Danga Bay baby! Wahh I nak satu kapal tu boleh?

Lama betul perjalanan nak balik Johor balik. Kat imegresen tu dah lah jem. Kali ni bukan nak singgah JB mahupun gelang patah tapi kali ni nak singgah Batu Pahat. Haaa tengok bersepah sepah sedara I dekat Johor ni rupanya. Kalau korang nak I dibuang negeri I mintak korang buang I dekat Johor at least boleh hidup.


KORANG BAKAL MELIHAT BENDA-BENDA ANTIK GITU PADA GAMBAR-GAMBAR SETERUSNYA maksud I 3 gambar seterusnya yahhh!




























TINGKAP ANTIK

PINTU ANTIK!

Yang seterusnya lagi antik. Korang penghisap rokok tegar mesti sedih tengok harga rokok dulu. Murah baiii! Memang antik betul rumah aunty Mei Yong I ni.

























Tadaaaa!! Poster rokok L&M dulu. Mana nak cari sekarang rokok tak seludup harga RM2.90? Mana?Mana?


OK!Dah habis dah barang unik. Lain kali I datang, I korek lagi barang unik yang ada kat rumah Aunty I ni. Lain kali tu tah bila tahunnya.

Ini part paling excited. I beli haiwan jenis baru pada 14haribulan tiga dua ribu seepoloh. Ianya merupakan seekor arnab.

Comel tak?? Bukan I lah, arnab tu comel tak?? **opss kantoi muuka berminyak. Btw itu lutut I ok!

Comellnyaaaaa!! Nama dia Mamat. Ayah I lah bagi nama dia Mamat. Apalah tak glamer betul nama bagilah nama Ezora ke Alza ke kan.


Lepas tu malam tu kiterowang tidur rumah Aunty Mei Yong. Asyik menumpang rumah orang je kan kiterowang ni. Esok pagi-pagi kiterowang bersiap untuk pulang ke Ipoh. OH DEAR! Waktu tu I memang harap sangat sampai IPoh cepat sebab dah tak sabar nak tidur atas katil sendiri peluk bantal sendiri. Selimut tak rindu sebab selimut I dengan Eddie angkut dari rumah. Kalau korang tengok beg kiterowang mesti terkejut sebab beg kiterowanglah paling besar.

"Comel tak ponggong I", kata Mamat si Arnab comel.

Pendek kata Singapore memang best dan lepas ni I akan make sure kalau I jejak lagi kaki tangan kepala semua kat kota Singa ni I nak pergi PULAU SENTOSA dengan China Town. Hari tu tak dapat jalan-jalan berpartay partay sebab kiterowang terlupa amik pas untuk jalan dekat Highway. Haaa sesiapa nak pergi Singapore jangan degil sangat. Jangan jadi bodoh sombong. Kalau tak tahu apa-apa terus je tanya orang. Kalau korang drive kereta masuk sana make sure korang beli ada satu pas ni untuk kereta so dat korang boleh masuk highway dia. BYE!!

Friday, March 19, 2010

Facebook Fanpage? Apa tu?

I DAH CREATE SATU FANPAGE HOOORAAAYYY!!

Jangan worry! Jangan worry! Bukan I lah yang ada fan page tu. Apa gila ke nak buat fanpage? Muka pun tak semenggah, berlakon pun tak layak apatah lagi nak masuk rancangan Top Host. Semalam dah lah nak cakap PENDEK KATA tapi tercakap BAK KATA PENDEK. Kelakar kan? (Sampai sekarang Apek perli tau.) Dahlah tu tak cukup ketinggian mana nak lepas audition model perghh lagilah tak layak nak create fanpage.

Tapi......

Tapi....

I create Fan Page untuk belog business I. Plishh Plishh Plisss bagi support! I sekarang ni tengah cari supplier untk jual dress dress comel then nak jual kasut bak kata pendek yang melibatkan fashionlah lepas tu nak jual anak pun boleh jugalah kan. Tak!Tak! Bukan anak manusia, anak kucing ke apa ke kan sebab tak laratlah nak bela haiwan banyak-banyak dalam rumah ni dah macam zoo I tengok. So tolonglah jadi Fan Page NIMI House(malunya minta orang jadi Fan). Finelah tak nak jadi Fan Page I, tapi boleh tak tolong promote kat kengkawan. Hehehehe! Kalau tak interested juga tak tahulah sebab my contact lens harga dia sekarang ni serendah RM15. Pergh! Ada gaya macam jualan gudang tak?


Kliklah jadi Fan NIMI House yer! Gerenti tak menyesal. Alah kan ke I dah bagitahu keburukan I, marilah! marilah! Plishh!(I tengah buat muka comel ni.heheheh!)

Thursday, March 18, 2010

Kalau dah perasan ada dekat Paris inilah akibatnya.

Comel tak? Comel tak? Apa yang comelnya? Alah belog I lah comel tak?

Comel tak comel I tetap nak cakap COMEL SANGAT sebab teddy teddy bear tu auwww so comel. Yelah I dulu waktu kecil-kecil kuat main anak patung barbie je teddy teddy bear semua I campak tepi sekarang dah besar dah tak angau dengan barbie dah so angau dekat teddy bear je.

Haaa bercerita pasal semalam, alah yang I poyo je nak tengok wayang From Paris With Love tu tapi nak juga shout dekat belog tu so so lah cerita tu. Ehh bukan so so yang suam tu tapi so so yang "weyh gila howt ko weyh belakon macam tu. Hebat betul aku tengok ko main pistol tembak tembak bukan keluar air tapi keluar peluru."


Serius best! Dahlah macam romantik je tempat tu. I seriously boleh bayangkan betapa romantiknya PAris tu walaupun itu cerita aksi.

I baget I duduk kat negara omputih tu yang ala-ala eskimo sikit tu. Ahahaah! Tapi time snap picture je lah I letak topi tu atas kepala kalau jenjalan makkk aiihh tak adanya gila I nak pakai macam tu mau semua orang pandang I ni salah negeri. Kenapa muka Apek macam geli je kat sini?? Ahahahha!

Haaa nak tahu I pakai apa semalam?

Haaa dah nampak dah kaki gemuk I tu. Tapi tu baru sebahagian je yang kowang nampak lemak. WAIT! Ada lagi lemak I yang tersembunyi I nak bongkarkan kat korang.


Haaa comel ke buruk? Jujur! Jujur! Jujur dengan I cepat! Dahlah tak ada sorang pun muncul semalam untuk belanja kiterowang. Alah maafkanlah I sebab pakai macam ni, ye lahh cakap nak tengok cerita aksi tu yang pakai butt je tu lepas tu kan ke PAris tu kadang-kadang sejuk (ehh ye ke?) tu yang pakai sweater tu. Stella Stud tetap menjadi pilihan I lah kan macam tak ada beg lain je gayanya. Tapi kenapa I berdiri tegak macam nak nyanyi lagu Negaraku??

Weyh! Weyh! Haaa yang ni I tau ini memang part paling korang suka tengok. Keburukan I. Nak tengok? Nak tengok?

**

**

**

**

**

**


**


Belum lagilah! Skrol Lagi!


**

**

**

**


Anda pasti tak menyesal! Gaya macam iklankan.


**

**

**

Ehh ini dah sedia buruk dah. Saja iklan jap, ini spec I baru beli hari tu kat lokin. Lokin tu biarlah orang Ipoh je tahu malas nak huraikan.
I gila jadi I beli 2 shades. Ni shades kedua. Nampak tak tangan I tu tunjuk dua instead of peace yo bebeh. OK sambung balik part suspen!
**

**

**

**

**

OK AINEE! PLEASE STOP IT!~ITS GETTING ANNOYING! *&^%^%$#$%&


AND HERE IT IS THE UGLY THING ABOUT AINEE

Haa nampak tak apa yang ugly kat gambar ni? Alah lambatlah korang ni, tu haa kat perut tu. Ahahahah! Dah buncit macam mengandung je gayanya. Ehh kalau pregnant perut macam ni comellah kan? PROUDLY WANT TO ANNOUNCE THAT AINEE IS A BUNCIT GIRL! OK! Tak proud pun sebenarnya, kena jalani aktiviti pengurusan(bukan urus ladang ok tapi urus perut sendiri).



OK! BYEEE!!

TOURIST SPOT IN KYOTO

ARAHIYAMA 1. ARASHIYAMA Jangan lupa singgah dan duduk santai-santai di tepi sungai berhampiran Togetsu-Kyo Bridge. Serius mendamaikan...