Ok lepas!
Macam ni, tadi I dapatlah cheque tau. Jangan jeles I dah dapat gaji. Lepas tu dengan gagahnya I capai je lah my Assistant Manager punya payung. Take Note! Dengan gagah tau I amik payung tu. Kenapa dalam banyak-banyak payung yang ada depan amta I, I pilih Mr. Lee which is my Assistant Manager punya payung. Ini kerana payung dia warna merah lepas tu ada rambu-rambu. Comel sangat! Nama je laki tapi payungnya mak aihh jambu betul.
OK! Lepas dah gagah ambil payung tu kan I pun jalanlah kaki nak pergi bank untuk masukkan cheque tu. Ye lah kalau masuk lambat-lambat nanti gaji I lambat masuk pulak tak dapat nak shopping. Ofis I dekat pekan lama makanya dekat situ banyak sangat bank so I bolehlah buat pilihan nak pergi Maybank ke CIMB ke RHB ke dengan hanya berjalan kaki sahaja. Haaa jimat petrol kereta I. Tapi I nak masukkan cheque I dekat bank HSBC yang memaksa I supaya lintas jalan ke seberang sebab bank tu terletak depan Padang Ipoh. I pun bukalah payung tu masa nak ke bank. Ye lah bayangkan waktu tu pukul 1petang. 1 petang ok! Cuaca sangat panas. Yeah I do love sunshine but I do love my skin too baby so kenalah pakai payung.
Dahlah waktu tu I muka bangga riak semua ada kan sebab tengah pegang cheque beribu kan, habis semua orang kat kiri kanan I tak pandang. Jalan pun ala-ala model bekerjaya gitu. Sampai je seberang jalan I terus campak payung rambu-rambu tu atas lantai. Nak tahu kenapa? Nak tahu kenapa? OH MY G!!! I MACAM TAK SANGGUP NAK BAGITAHU! OK AINEE, TAKE A DEEP BREATH LAGI SEKALI.
OK! Lepas!
NAK TAHU APA YANG ADA ATAS PAYUNG I??
LIPAS TAHU. LIPAS!
Haa tengok perkataan lipas tu semua I guna huruf besar sebab eeee tah lah tragic betul kejadian tu. LIPAS TU TENGGAH BERSENANG LENGGANG BERJALAN JALAN ATAS PAYUNG TU. Cuba bayangkan kalau lipas tu senang lenang jalan atas kepala I macam mana? Nasib baik I pandai mengawal kemachoan I kalau tak terlompat lompat I kegeliaan depan bank tu. Tapi kena cover weyh banyak pegawai bank kat situ. Mana tahu ada lelaki kacak lagi hensem ke kan lalu depan I malulah I kalau dia nampak I terlompat-lompat sebab takut lipas.
Bukan! Bukan! Bukan lipas cartoon ni. Kalau lipas cartoon ni dah lama I hantar Ogy je hapuskan dia!
Haaa tapi lipas ni. Eeee geli I tak boleh tengok lama lama!Naik bulu roma.
Haa tengok perkataan lipas tu semua I guna huruf besar sebab eeee tah lah tragic betul kejadian tu. LIPAS TU TENGGAH BERSENANG LENGGANG BERJALAN JALAN ATAS PAYUNG TU. Cuba bayangkan kalau lipas tu senang lenang jalan atas kepala I macam mana? Nasib baik I pandai mengawal kemachoan I kalau tak terlompat lompat I kegeliaan depan bank tu. Tapi kena cover weyh banyak pegawai bank kat situ. Mana tahu ada lelaki kacak lagi hensem ke kan lalu depan I malulah I kalau dia nampak I terlompat-lompat sebab takut lipas.
Impian tak tercapai. Tak ada jejaka hensem. Tapi ada sorang uncle India ni tegur I. "Ehhh! Why u throw the payung? U don't want the payung huh?"
Apo gilo ke I tak nak payung tu. Ingat payung pakai buang apa lepas dah guna habis lintas jalan sesuka hati I nak buang payung tu. Dahlah hak milik orang lain.
Lepas tu I cakaplah kat uncle tu, " ADA LIPAS!!". Uncle tu gelak sambil cakap "Owhhhh!!".
Nasib baik dia tak cakap Owhh lepas tu berlalu pergi sambil gelak guling-guling sebab I takut lipas kalau tak I hentak pale dia. Nasib baiklah uncle tu ada lepas tu dia lah yang tolong buangkan lipas tu. I ni kenang jasa dia sampai bila-bila tau tapi I lupa muka uncle tu tapi I sangat pasti uncle tu dan rakan-rakan sekerja dia ingat muka I. Malu betul!
Balik tu terus I pergi basuh tangan I dengan sabun dan nekad balik rumah nak shampoo rambut. Mana tahu dia sempat melepaskan telur atas rambut I ke kan. Euuuwwww! SO PENGAJARANNYA, SEBELUM PINJAMI PAYUNG ORANG MAKE SURE PAYUNG TU BEBAS LIPAS!
8 comments:
hahaha..
sakit perut i ketawakan u..
so funny!!!!
anis: tak funny tahu! geli! eeeuuwww! kang kena dekat u baru padan muka..hehhehe!
ahahahaha...
saya pon geli sgt2...
ewwwwwwwwww~ bygkan ia merayap atas bdan saya masa tido. memang trauma sekejap.
kerja kat mana?
mrs camillo: eeee janganlah cakap mcm tu...tgh i dah terbayang.. i kerja dekat syarikat hartanah dekat pekan lama..betul betul belakang CIMB bank..u kerja dekat situ gaks ke?
hahaha.,..lipas pon takot ke ainee??hehehe..
nazatul: bukan takut..geli..eeee!
ainee: eceh, dah buat macam komen kat belog sendiri pulak. hahaha. i tak praktikal lagi. nex sem baru start tapi tak dapat2 lagi tempat intern. :'( nak kerja kat perak...area ipoh, batu gajah, lahat menglembu, tapi sema i try call semua taknak praktikal student. :'( petronas ada call, tapi hantar kat kuching ngan kulim. tak mahu~ nak perak jugak. :'( tapi kalau takde company nak, macam mana..
cik ainee kenal sapa2 tak? yang bule tolong rekemen zai.
zai: ok! nanti aini tolong..but! nak intern jadi apa ni? ye lah admin ke, kuli pencacai najis ke?
Post a Comment