Thursday, March 25, 2010

Tak Ada Kerja Pun Stress

Eeee stress betul tak ada kerja. Ye lah I kan Receptionist, so kerja I duduk kat depan lepas tu bila orang lalu lalang mesti nampak monitor I. I ni biasalah kalau tak online FB pergi main game kalau tak main game I pergi usha-usha belog orang lain. I jadi stress tau bila orang lalu-lalang ni. Ye lah kalau lalu-lalang mata tu tak gedik nak tengok I tengah buat apa semua tak apalah ini semua nak menyibuk.

I bukannya tak nak buat kerja tapi masalahnya I memang tak ada kerja. Ye lah receptionist apa sangatlah kerjanya. Angkat telefon je lepas tu adalah taip surat sikit-sikit. Itu pun kadang-kadang je ada surat kalau tak ada surat melangutlah I. Dieowang expect I nak buat apa kalau tak ada call? Itu pun nasib baiklah bos I baik hati bagi Internet untuk I surf apa-apa je I suka kan untuk mengelakkan kebosanan. Haa nampak! Bos I sendiri yang provide Internet ni untuk I, dieowang nak jeles apa? I jadi stress tau sampai I minta bos I tambah kerja I. Jadi kuli pencacai najis ke tak apalah janji dieowang tak adalah nak pandang slack dengan I. Tapi boss I tak ada pun nak bagi I kerja banyak-banyak. Sayang kat I lah tu. Hehehehe!

Gaji I bukannya banyak pun so standarlah kalau I tak ada kerja. Sepadanlah dengan kerja I. Lainlah gaji I RM5000 tapi kerja I angkat telefon je memanglah patut kan u all bising. Tapi bila I tanya ada benda nak tolong ke tak, tak ada pula korang nak kasi I kerja. Macam-macamlah dalam dunia pekerjaan ni. Banyak kerja stress, tak ada kerja pun stress. Ingat tak buhsan ke duduk depan ni sorang-sorang asyik main Internet. Entahlah yang pasti I bersabar ni untuk habiskan praktikal I je lepas tu I nak mintak boss I kerja banyak-banyak, gaji banyak-banyak. Kalau tak nak bagi I merajuk cari makan tempat lain. Tapi serius I sayang sangat tempat I kerja sekarang ni sebab orang dia semua baik-baik. Boss baik! Eeee semualah baik cuma satu dua orang je yang suka mencari kesalahan I.

;((

1 comment:

Firol said...

biasalah mana-mana pun sama,

Kedai Runcit Online

I ni jenis pemalas betul nak keluar dari rumah. Kalau boleh semua nak orang belikan buatkan hantarkan and etc. Masak bolehlah rajin jugak ...