Wednesday, March 31, 2010

Belilah klinik kalau nak hilang jerawat

Gila lama tak update. Kalau time I rajin kalau boleh tiap-tiap hari nak tempek apa jadi apa terjadi segala tapi bila dah busy sangat terus tak ada masa. Serius! I sangat bz dis few days. Ada gaya macam dapat naik gaji tak? Yelah, kan ke I nak mintak up gaji ni lepas habis praktikal. Hehehe!

Memandangkan I dah dapat gaji I dapatlah menunaikan hasrat dan cita-cita I dari sekolah lagi untuk pakai produk Cliniqie. And yeah baby! I telah berjaya mempurchasekannya tanpa I berfikir panjang ke pendek ke I terus pergi kaunter dia dekat Ipoh Parade tu lepas tu terus je beli. Siap ada orang tu usha-usha muka cam tak puas hati pun habis kena sound dengan I. Ehh tak! I tak sound macam "KO ASAL PANDANG-PANDANG AKU CHIA". Uishh idak lah begitu, ganas betul! I just bagi jelingan manja lagi tajam je.

Haaa ada gaya muka beria tak??=))))))

MEH I PERKENALKAN SATU SATU PRODUK DIA!
Padahal tiga je kan jenis yang I beli. Basic punya je puhn, tak mampu nak beli semua! Heheheh!

Ini cleanser yer tuan tuan dan puan puan. Pagi tadi I baru pakai. Oklah! Bau dia tak harum langsung. Bila I press kelaur buih buih gitu. Orang tu suruh pump 2-3 kali tapi I pump sekali je. Mahal nok nak pam banyak-banyak kali. Sekali sudah!


Lepas cuci muka haruslah pakai TOner kan untuk merapatkan silaturahim pori-pori kat muka I yang bersaiz besar tu. Best pakai sebab dia sangat cepat kering ok! Tak payah I nak tunggu sampai 3minit ke untuk bagi dia kering. Biasanya sementara I nak tunggu toner kering I letak gel kat rambut dulu kasi pam-pam lepas tu baru pakai pelembap. Tapi dengan toner clinique ni. Ehh sebut lagi sekali! Haa dengan toner clinique ni I tak perlu tunggu lagi. (Ada gaya iklan tak?)

Yang terakhir yer anak-anak, I habiskan dia dengan pelembap untuk melembapkan kulit I yang selalu dahagakan kasih sayang sejenis pelembap. Pelembap dia pun tak harum. Hemm no wonderlah nama dia klinik rupanya bau pun dah macam ubat klinik. Tapi tak melekit. Best sangat! U all patut cuba.

JENIS PRODUK YANG I BELI NI JENIS ANTI BLEMISH.
Maksudnya untuk hilangkan jerawatlah kiranya. Bukan kira tapi memang untuk hilangkan jerawat. Harap menjadi. Dia cakap bagi tempoh 8minggu iaitu bersamaan 2bulan.

HARGA?
Jangan risau! Harga untuk tiga-tiga botol ni hanya RM289 sahaja (ehh ke RM280 I pun dah lupa!Korang gi lah tengok sendiri) Memang berbaloi-baloi.

Siapa cakap I tak ada jerawat? Haa tu apa dia. OK!Yang sebelah tu adik I. Eee dada banyak bulu. Orang hutan! And yes I tengah potong kek hari jadi I. =D

So kita nantikan resultnya awal bulan 6 nanti ok!

4 comments:

enyheartsdiamond said...

lepas ni muka ainee berseri-seri lah!jeles!

Unknown said...

hehe..mahalnye...isk3..tak mampu lagi la ainee...

Ainee Cumi said...

eny: berseri apanya. Ahahaha! Kalau tak menjadi memang habis lingkup i kutuk produk ni..=D

Ainee Cumi said...

k.nazatul: nanti mesti mampu..aini pun macam tak mampu je tapi aini mampukan juga..heheheh! atau pau je bf k.nazatul

TOURIST SPOT IN KYOTO

ARAHIYAMA 1. ARASHIYAMA Jangan lupa singgah dan duduk santai-santai di tepi sungai berhampiran Togetsu-Kyo Bridge. Serius mendamaikan...