BERANGAN!
Beranganlah selagi mampu berangan.
Beranganlah pakai kereta mewah kalau nak pakai kereta mewah
Beranganlah duduk rumah besar kalau nak rumah besar.
Beranganlah APA-APA PUN. PERCUMA!!
Beranganlah segala apa yang kau nak angankan selagi boleh.
Selagi tak koma. Selagi nyawa tak ditarik Allah.
Aku? Aku sangat suka berangan. Kalau aku cakap suka aku memang betul-betul suka. Angan-angan aku selalu bermula dengan kalau........
Berangan kalau banyak duit boleh bawa ibu ayah melancong.
Berangan kalau banyak duit boleh belikan rumah besar untuk ibu ayah duduk.
Berangan kalau banyak duit boleh belikan ayah motor besar.
Berangan kalau banyak duit boleh hantar ayah ibu pergi HAJI.
Kebanyakan angan-angan aku lebih ke arah ayah dan ibu aku. Aku nak mereka bahagia. Bukanlah maksud aku sekarang ni mereka tak bahagia tapi aku tak nak susah-susah tengok ayah kerja berat-berat untuk cari nafkah yang halal. Ayah memang suka kerja daripada duduk rumah tapi aku nak Ayah tak payah terikat dengan kerja. Dia nak kerja dia kerja, dia tak nak kerja dia rehat duduk rumah sebab duit sentiasa ada. Ayah semakin hari semakin bertambah umurnya. Kederat pun mestilah dah lain. Mesti dah kurang berbanding masa muda-muda dulu. Dulu aku tengok ayah macam awet muda je sekarang ni dah boleh nampak wajahnya makin dimamah usia. Kesian ayah. Lambat kan nak tunggu kakak jadi banyak duit. Sabar ayah ibu. Allah dah buka jalan. Alhamdulillah! Sikit je lagi angan-angan akak nak sampai.
;)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOURIST SPOT IN KYOTO
ARAHIYAMA 1. ARASHIYAMA Jangan lupa singgah dan duduk santai-santai di tepi sungai berhampiran Togetsu-Kyo Bridge. Serius mendamaikan...
-
Jangan buat main woooo keracunan makanan. Pertama kali I dengan Amirul kena. Umur 26 tahun kena keracunan makanan. Oh my!! Seksa gila. 1. U...
-
Assalamualaikum. OK! Sebelum kemalasan melanda jiwa baik terus update iternary dan budget untuk rujukan teman-teman. Hope it ...
-
Assalamualaikum. Bertemu kita lagi di entri #TravelDiary. Kali ni Aini dan Amirul pergi Langkawi selama 4 hari 3 malam dengan menaiki pen...
No comments:
Post a Comment