Taksub ke apa entah aku ni tiba-tiba rasa nak menulis menulis menaip menaip menaip. Nak tahu tak sebenarnya aku ni dulu tak tahu aku nak jadi apa. Kejap nak jadi doktor tapi result SPM tak lepas nak ambil jurusan kedoktoran tu lepas tu aku rasa aku ni macam ada otak business sikit-sikit. Lepas tu aku main belasahlah sambung dalam jurusan E-Business. Legalah sikit. Lepas tu dah time aku ambil business tu tiba-tiba aku nak jadi nurse, nak jadi chef, nak jadi fashion designer. Aku pun tak faham dengan diri aku sendiri. Krisis identiti ke? Ke korang pun ada rasa macam ni. Tak tahu nak jadi apa. Tak macam Barack Obama lahir-lahir dah pasang impian nak jadi presiden Amerika. Eh?
Dah sekarang ni pulak aku sambung dalam bidang Sumber Manusia. Tiba-tiba aku rasa aku tersalah ambil bidang. Pada masa aku nak pilih apa aku nak letak kat 2 pilihan subjek tu aku letak pilihan pertama Sumber Manusia dan pilihan kedua ialah Pemasaran. Aku tahu aku lebih suka pemasaran tapi aku tetap letak Sumber Manusia pilihan pertama dan padanlah muka aku dapat apa yang aku letak untuk pilihan pertama sampai sepanjang semester pertama tu hati aku ni tak habis-habis fikir nak tukar ke tak nak, kalau tukar macam mana proses dia. Tapi akhirnya benda tu berhenti macam tu je. Aku teruskan juga bidang Sumber Manusia tu dan dah nak masuk 3rd year dah pun. Setahun lebih lagi aku ada untuk dapatkan segulung Ijazah. Orang putih cakap, "There is no turning back".
Aku pasti 2-3 tahun nanti aku mesti ada masalah berkaitan dengan subjek Master aku pulak.
Dulu masa sekolah aku berangan nak jadi penulis novel. Kononlah kan. Ambil buku latihan yang tebal ada 60 pages tu lepas tu tulis cerita pendek dengan tulisan tangan yang entah hape-hape lah. Entah orang boleh baca ke tak. Aku create watak-watak cinta terutamanya. Plot jalan cerita yang aku pun tak tahu betul ke tak. Rasanya aku ni suka benda-benda yang romantik kot. Ye lah suka berangankan. Buku tu meliar dari satu tangan ke satu tangan dari kelas aku ke kelas-kelas lain. Siap suruh komen lagi. Ada kawan pertikaikan kenapa nama dia Isdaniel instead of Daniel sahaja. Well! Aku pun tak tahu dieowang masih ingat ke tak buku latihan karya cerita-cerita pendek aku tu. Kelakar pun ada. Dan aku pun tak tahu mana pergi buku cerpen pendek aku tu. Siapa simpan? Bak balik! Aku nak propose dengan director drama-drama TV3. Sekarang kan asal drama je based on novel. Mana tau cerita pendek aku boleh jadi hit.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOURIST SPOT IN KYOTO
ARAHIYAMA 1. ARASHIYAMA Jangan lupa singgah dan duduk santai-santai di tepi sungai berhampiran Togetsu-Kyo Bridge. Serius mendamaikan...
-
Jangan buat main woooo keracunan makanan. Pertama kali I dengan Amirul kena. Umur 26 tahun kena keracunan makanan. Oh my!! Seksa gila. 1. U...
-
Assalamualaikum. OK! Sebelum kemalasan melanda jiwa baik terus update iternary dan budget untuk rujukan teman-teman. Hope it ...
-
Assalamualaikum. Bertemu kita lagi di entri #TravelDiary. Kali ni Aini dan Amirul pergi Langkawi selama 4 hari 3 malam dengan menaiki pen...
No comments:
Post a Comment