Ok! Apa nak tulis yer? Hemm.. Let me start with, I baru je lepas mandi after keluar date with my boyfriend. Euuwww sounds so lame. Mandi pun nak bagitahu ke? Mestilah untuk bagitahu semua orang I ni pembersih, mesti mandi sebelum tidur. Heh!
Hemm apa aktiviti yang I buat hari ni dan semalam ehh? Semalam I pergi keluar sehari suntuk dengan Apek. Aktiviti seperti biasalah kan. Kalau tak tengok wayang pergi keluar makan. Kalau ada duit lebih sikit boleh buat dua dua aktiviti so semalam ada duit lebih sikit so daripada benda biasa seperti tengok wayang dan makan kiterorang pergi shopping. Tapi sekarang ni nafsu shopping I dah boleh kawal sikit jadi barang yang I beli pun sikit je tak banyak. Ohh! And for my deary babes yang tengah baca belog I, haaa kebetulan.. Kebetulan sangatlah u baca this entri sebab I nak bagitau berita baik ni.
**tepuk dua dua belah tangan sambil tunjuk jari telunjuk
Ohh dear! dear! Dear! Siapa yang gila kasut macam I ni silalah pergi ke kedai mamak yang jual buku sekarang, I mean lepas baca apa yang I nak tulis ni. Kalau tak nak baca lepas I buat announcement ni pun tak apa, go ahead! Ohh! Tak! Tak! Mamak tu tak bagi kasut free sila jangan nak berangan tapi kalau kat kedai mamak tu ada jual majalah CLEO edisi March korang sangatlah beruntung. Bukan apa dalam magazine tu dia ada kupon 50% untuk korang beli kasut dekat NOSE. I dah aim dah nak beli 4 kasut dan 4 magazine CLEO tu. But mestilah ada terms terms dia, dia tulis kat situ untuk kasut yang terpilih je tapi I tak tahulah kan sebab I tak beli pun lagi kasutnya lagipun I tertinggal magazine tu kat ofis I hari Jumaat tu macam mana nak beli kasut. Haishh! Haaaa gembira tak berita I ni? **gila excited I bila nak bagitahu korang benda ni.
******
OK! Back to my stori. Maaf tadi iklan sebentar. Nenek I cakap kalau ada berita gembira harus dikongsi bersama jangan nak bolot sorang-sorang je sebab nenek I cakap
"If we bring happiness to others we will feel happy too".
Ahahaha! Tiba-tiba nenek I pandai cakap omputih.
Seriously I ada lagi satu berita baik. Orang KL semua memang tak perlulah terkejut kan sebab I nak bagitahu kat ipoh peeps ni, ada restoran baik punya yang korang kena lepak sekali seumur hidup sepanjang korang duduk kat Ipoh ni. KOrang kena jejak restoran 'AYAM PENYET' ni.I dengan Apek dah makan semalam, memang superb kenyang dan sangat lazat nyahh.Dahlah tu sambil makan boleh layan lagu indon lama-lama yang macam Kuda Hitam dengan Wirduri tu. Layan! I bangga depan Apek sebab boleh nyanyi lagu tu. Thanx to ayah sebab waktu I kecil dia semangat bagi I dengar lagu tu. Ahahahah! Padahal Apek pun tau lagu tu. Malu I! Ohh lupa nak bagitahu restoran Ayam Penyet tu dekat 'De Gardens'. Alah dekat sebelah Jusco tu.
Tengok! Punya excited sampai tangkap gambar dengan menu dia! Menu dia best sebab ada gamba-gambar makanan yang dia jual tu tak payah susah susah nak imagine.
Pakar pemakanan korang, Apek & Ainee. Gambar Apek gelap sikit untuk menimbulkan unsur misteri dekat situ.
Lauk-lauk yang kiterorang order. Terbaik! Murah pun murah. Serius tak tipu!
Ikan geli. Sambal dia superb nyah!
Gado-gado. First time I try and my opinion "hemm..not bad! sedap!"
Ayam Penyet. Memang penyetlah ayam tu I tengok. Ahahahahha! Tapi timun dia pahit. I dont like pahit-pahit ni tau!
Apek si baik hati tolong bagi I lauk. Sooo sweet! Tak payah I nak penat penat cedok lauk tu letak kat dalam pinggan I.
Muka kekenyangan. Tengok perut I dah buncit sikit. Haaa nak tahu ketinggian sebenar I kan? Tengoklah gambar ni memang terang-terang dah nampak I shorty so tak boleh dah nak tipu korang I ni "tinggi" sebenarnya. Dalam kurungan yer. Tengok! I dah cakap I mesti selalu bersama dengan si Stella Stud tu. Kesian beg lain dianak tirikan oleh I.
Dah habis hari semalam, hari ni keluar lagi untuk mengisi perut di Secret Recipe. Sebenarnya ada plan lain ehh tapi malaslah nak cerita kat sini. Panjang sangat!
Secret Recipe
HEPI ENIVESARI 4years 6 month honey. Moga u dimurahkan rezki. KOrang semua marilah doakan untuk kami agar kami dimurahkan rezki so dat kiterowang boleh mendirikan masjid. Ecececehh! Haaa korang juga untung nanti dapat makan free.
Lepas tu I beli buku ni. Yes! Sebenarnya I memang teringin sangat nak tutup kepala I ni tapi I macam kalau I pakai mesti I terasa nak buka balik. Keinginan nak show off rambut ni tinggi sangat then nak pakai baju itulah inilah macam tak sesuai lagi masanya untuk I tutup rambut I ni. Tak apa! At least I memang ada niat nak tutup rambut I ni one day. One day guys! One day! Cukup-cukuplah I membebel panjang kat sini, I nak pergi tengok episod akhir Merlin sambil baca buku I yang baru beli ni waktu iklan nanti. =))