Saturday, February 20, 2010

tiba tiba rindu datang

Bukan rindu dekat kekasih hati ke arjuna pria pujaan ke apa tapi rindu dekat rambut lurus I tu. Gedik nak mampus kan? Padahal rambut kerintinglah sexy. I ni kononnya nak re-decorate balik bilik I ni. Lepas tu nak buat satu wall yang penuh dengan gambar I dengan kawan-kawan, famili and lelaki istimewa tapi bila tengah cari cari gambar apa yang nak letak tercross over lah gambar-gambar lama waku I rambut lurus. Maksud I rambut raya I tahun lepas. Tak sabar betul I nak tunggu raya tahun ni sebab excited betul I nak luruskan rambut I balik and hopefully rambut I dah panjang waktu tu. I serius tengah menahan diri I dari godaan untuk potong rambut macam Rihanna yang sloppppp tepi tu. Ni semua sebab dah tekad nak simpan rambut panjang setelah 2 tahun asyik rambut pendek je. Hishhh! Dugaan besar tahu untuk orang macam I ni.



Rindu sampai tengok semua gambar waktu rambut lurus. But what do u guys think? Straight or curl?

14 comments:

♥Huda Luna™ said...

dua2 cun sbb ko cantik

yg curl nmpk sexy n noti!
yg straight nmpk comel n sweet.


weh aku bas malam nanti kul 1015mlm
time bile nk dpt lepak?
ke next time je?

yna bliss said...

awak jangan nak mengada-ngada potong rambut awak lagi ok...
(:

fezaL Mohd said...

mana mana saahaja
bila nk lepak dgn gua .

nak juga

lepak dgn dak market ipoh ni .

ainee cumi2 said...

huda: noti erkkk kamu?? ahahaaahha! next timelah kalau mcm tu..tak nak ko rushing rushing..aku pun tak recover lagi penat gi singapore johor semua hari tu..

ainee cumi2 said...

yna: awak jangan risau..saya akan memelihara rambut saya ini dengan tegar..;((

ainee cumi2 said...

fezal: malu lahh nak jumpa dengan jejaka kacak seperti u..

Ainna Jalil said...

ermm..
curl kot
kalau lurus cam mati je rambut kau yunk
yang penting
JANGAN EXTEND RAMBUT ANDA!

Pije. said...

luruss kot!
nampak ayu.
pastu biar panjang jee.
i sampai sekarang tak abis nyesal potong rambut pendek.auuuuw

ainee cumi2 said...

ainna: ahahahhaha!curl erkk?? auwww! ye makcik aku takkan extend rambut aku..membazir + ko dengan apek tak bagi + haram.. pdahal ak ni teringin sgt nak pakai bulu mata palsu kan?

ainee cumi2 said...

pije: alah kenapa nyesal?? rmbt pendek yang pendek gila kan style..potonglah macam pixie cut.. takpe rambut boleh panjang dear..nanti rmbt u panjanglah tu..u letak minyak kelapa tiap tiap malam tau.=))

leadleedeea said...

straight kat atas n curl kat bawah..bleh tak mcm tu? hehhehee~!!

Oh my..I miss u girl..u look hot in that skirt..cayalah~!!

take care~!

Ainna Jalil said...

bulu mata palsu pun jangan pakai
kalau boleh aku nak sgt kau pakai tudung tau mak cik

ainee cumi2 said...

k.lead: i miss u too like hell!mana pergi huh??? lama gila tau menghilang...

cantik kan dat skirt? terasa macam dalam gossip girls lak..heheheh!

ainee cumi2 said...

enna: hemm itu aku kena pikir ribuan kali..
pakai tudung? ko ni tak serik serik ke tgk aku pakai tudung waktu kelas agama dulu..hehehehe!

Kedai Runcit Online

I ni jenis pemalas betul nak keluar dari rumah. Kalau boleh semua nak orang belikan buatkan hantarkan and etc. Masak bolehlah rajin jugak ...