Saturday, July 24, 2010

I terasa sangat pemurah hari ini!





I don't tell anyone about the way you hold my hand
I don't tell anyone about the things that we have planned
I won't tell anybody
Won't tell anybody
They want to push me down
They want to see you fall

Won't tell anybody how you turn my world around
I won't tell anyone how your voice is my favourite sound
I won't tell anybody
Won't tell anybody
They want to see us fall
They want to see us fall

I don't need a parachute
Baby, if I've got you
Baby, if I've got you
I don't need a parachute
You're gonna catch me
You're gonna catch if I fall
Down, down, down

I don't need a parachute
Baby, if I've got you
Baby, if I've got you
I don't need a parachute
You're gonna catch me
You're gonna catch if I fall
Down, down, down

Don't believe the things you tell yourself so late night and
You are your own worst enemy
You'll never win the fight
Just hold on to me
I'll hold on to you
It's you and me up against the world
It's you and me....(Love)

I don't need a parachute
Baby, if I've got you
Baby, if I've got you
I don't need a parachute
You're gonna catch me
You're gonna catch if I fall
Down, down, down

I don't need a parachute
Baby, if I've got you
Baby, if I've got you
I don't need a parachute
You're gonna catch me
You're gonna catch if I fall
Down, down, down

I won't fall out of love
I won't fall out of,
I won't fall out of love
I won't fall out of,
I won't fall out of love
I won't fall out of,
I won't fall out of love
I'll fall into you



Terus meroyan suka lagu ni lepas kawan I, enna banana post dekat Facebook. Dengar banyak kali pulak tu. Enna ni memang banyak lagu lagu best yang dia suka. Apa yang best dekat dia, mesti best dekat I juga tu yang I klik nak dengar jugak lagu ni. Memang bestlah kan! Suara si Cheryl ni dah lah best! KO TAU TAK BEST SUARA DIA???? Thanx my kawan rapat sebab publish dis song, biasalah I ni kan dengar radio pun waktu pergi kerja je. Itupun dalam kereta. Kat ofis tak dapat dengar sebab Iqa dah bawak radio pergi rumah sewa dia. Ni pun I nak kasi Iqa pinjam laptop I, printer I, kamera I sebab pelancongan best gila. Every week mesti pergi jalan-jalan. Ni entah pergi Penang lah apa pulak lepas ni. Memang best belajar macam tu. I pun nak! Tapi kena buat report dan banyak guna duit. Dahlah kalau print kat kedai mahal kan? Tu yang I bagi dia pinjam printer 3 in 1 I tu tapi nanti dia dah dapat duit PTPTN dia, dia pergi beli sendirilah kan semua benda tu. Sayang I kat kamera bling bling I tu lepas tu dalam laptop I banyak gambar ohh!!! Tak boleh buat harta terus, mau gila I.


I tak tahu kenapa bulan ni I sangat pemurah. I belanja adik I selimutlah, tong sampahlah lepas tu adalah lagi. Tak ingat dah I. Lepas tu sempena birthday Apek yang ke 21(auww! mudanya lagi) I hadiahkan dia sehelai sweater dan dan dan maxis broadband. Senang dia nak hantar design dia kat company yang dia buat part time. Siapa yang nak design kad ke banner ke apa, bolehlah email je kat dia (apek_amirul@yaoo.com). Insyallah dia akan buat yang terbaik dengan kadar yang sangat berpatutan.

Neway, HEPI BIRTDAY B! Sori tau, baget lari pulak nak hadiahkan U, Wacom Bamboo Fun Pen & Touch yang untuk lukislukis tu. Kalau I hadiahkan benda tu mesti u terlompat lompat kegirangan macam budak kecik dapat aiskrim kan?kan?Susah betul nak cari binatang tu kat Ipoh ni. Agak kena pergi KL kot kalau nak cari benda tu. Takpe B, hujung tahun ni kita pergi Lowyat cari ehhh.

Tata belog diary. I LOVE BELOG DIARI!

Friday, July 23, 2010

Nak kawin kat rumah ke dekat dewan?

I telah ambil keputusan untuk kahwin dekat rumah. Ramai orang cakap kahwin kat dewan bestlah, gempaklah, stylelah semua kan? I pun mula-mula memang! Memang nak buat kat dewan tapi ibu I nak buat kat rumah. I ni kan anak sulung, dah nama pun anak sulung kompem-kompemlah I yang kahwin dulu kan? Jadi yang sulung ni susah juga sebab I macam tengah-tengah tau antara impian sendiri dengan impian keluarga. Memanglah kahwin hanya sekali kan tapi parents I tu pun ada 2 tu je lah. Kalau tak penuhi impian dieowang siapa lagi nak penuhi kan? Ni pun tengah pujuk-pujuk ibu I ni sebab I nak buat resepsi waktu malam. Sebab ibu I risau tak ada orang datang katanya. Tapi I nak! I nak! I nak! I kalau boleh nak banyak-banyak lampu, nak banyak-banyak lilin lepas tu nak guna khemah clear. Tapi tu lah kat Ipoh ni sungguh tak banyak pilihan tapi kalau boleh I nak realisasikan juga my dream wedding. Ingat apa dream wedd I? Banyak-banyak lampu dan banyak-banyak lilin.Apa dia? Tak dengarlah! ULANG LAGI SEKALI? Banyak-banyak lampu dan banyak-banyak lilin.BAGUS! SAYANG KORANG! So siapa nak derma banyak banyak lilin dan banyak banyak lampu sebab I rasa mahal kos dia kan, I ni dahlah tak mampu, korang tak kesian ke kat I. Dream Wedd tu. Cuba ulang sekali lagi apa dream wedd I? Banyak-banyak lampu dan banyak-banyak lilin. Ok! Its getting annoying, please proceed. Ahahahahah!


1) Mana nak cari khemah clear seperti gambar di atas?? BANTU PATIK YANG HENSEM NI!

2) Mana nak cari kerusi kayu yang ala-ala konsep garden wedding. Tak kisahlah warna apa tapi kalau boleh nak warna putih. IN LOVE SANGAT!


Ok! Buat masa ni 2 persoalan ni je lah yang timbul dalam kepala I. Mana? Mana? Korang tahu tak? Serius, I nak sangat khemah clear tu. Mana tahu kalau ada bintang ke kan, mesti cantik dapat tengok bintang-bintang. Lepas tu boleh nyanyi lagu bintang di langit, kelip engkau di sana, memberikan cahaya di setiap insan. Malam yang dingin, ku harap engkau memberikan kerinduan di setiap mimpi-mimpinya.


Between apa kelebihan buat kat rumah?
1) Boleh snap-snap pic kat pelamin malam-malam kalau kat dewan kompem tak boleh sebab pelamin kat dewan
2) Meriah sebab bolehlah famili semua kita gulung-gulung sumbat dalam rumah jadi macam tin sardin
, boleh gotong royong touch up mana yang patut
3) Orang yang tak pernah datang rumah boleh tahu rumah kita kat mana, tak adalah sesat karang kalau nak buat kenduri akikah ke apa ke kan ke kenduri hari jadi ke atau kenduri ilangtahun perkahwinan ke.. Ecececceecehhh!

4) PALING PENTING SEKALI, JIMAT OHHHH!!! Tak caya? Cuba bandingkan harga pelamin pasang kat dewan dengan pasang kat rumah. Rumah lagi murah kan?kan?
5) Dan kalau buat kat rumah, tak tercapailah impian khemah clear I. ($_$)


OHH! TAK SABARNYA BULAN 8 TAHUN DEPAN!

Thursday, July 22, 2010

Mari tukar fesyen rambut sebab saya dah bosan dan rimas ehh!

Akhir-akhir ni penyakit malas saya ni makin menjadi-jadi. Sekarang ni saya suka bahasakan diri saya instead of aku atau I. Macam ohh sugguh innocent awak ni ainee bila cakap saya awak. OHH INNOCENTNYA SAYA! Dahlah innocent lepas tu suka gila tengok iklan cadbury tu. Rasa nak cabut kening dieowang.

Dalam malas-malas saya ni ada rajinnya tau, saya rajin sangat tengok apa benda yang baru dekat wall yahoo.com tu. Dan hari ni saya jumpa topik yang memang saya suka suka suka ehhh sukalah sangat tau. SANGATTT!! Apa lagi kan kalau bukan pasal rambut. Yahoo ni pandai betul, tau-tau je saya nak tukar fesyen rambut kan?kan? Ehh sayanglah kat yahoo macam ni, saya janji tak sayang hotmail ke google ke apa tau. Saya sayang awak je tau, yahoo.

Saya cadang nak iron je rambut saya ni memandangkan saya dah bohsan dan sangat sangat malas hari-hari nak pump rambut. Kalau tak pump nanti dia kembang. Bila dia kembang, dia boleh membunuh sebab bila orang usha macam saya ni macam hodoh sangat, terasa macam nak bunuh diri. Dan saya rasa, bukan setakat tekstur rambut je saya nak tukar, saya nak tukar warna rambut sekali. Blonde, Brunnete or Red? Warna-warna biru atau pink sungguh tak sesuai dengan saya sebab saya dah bekerja maka tak dapat nak kaler rambut dengan warna-warna gila seperti dahulu dan saya sudah berumur 21tahun maka kena sedar diri dah tua jangan nak perasan diri muda dan boleh try macam-macam dan ahh apa-apa je lah!



OK MARI KITA MULAKAN



'THE TOP CELEBRITY HAIRSTYLE TRENDS RIGHT NOW!'

1) BRONDE
-Selalu kita dengar Blonde atau Brunnette kan? Tapi sekarang tak laku dah weyh colour tu, skrang dieowang ada kaler baru campuran brunnete+blonde maka jadilah bronde. HUH?APA? TAK PAHAM KALER TU MACAM MANA? Ok! OK! Mari saya muntahkan awak semua dengan gambar bronde.


Jennifer Lopez(J.LO)
Asal dia ni gila cantik ehh? Tengok mata dia, hidung dia, badan dia, senyuman dia, pipi dia. Perghh! OK Ainee, fokus! Fokus! Fokus pada rambut ya!

J.LO lagi sebab I cant take my eyes off her, boleh? Bukan lesbianlah tapi kagum dengan kecantikan dia. BISEKSUAL BOLEH?

Sarah Jessica Parker
Oh Mai, cantik gila sanggul dia.

Natalie Portman
Serius! Saya suka lagi dia rambut pendek. Comel gila!

Julia Roberts

Nicole Richie
Keciknya dia ni. Comel nak mampos kan?kan?

Ok! Dah faham dah konsep bronde ni? Kiranya, ada 2 kaler kot. Rasanyalah. Sebab saya tengok, kalau warna dia blonde tak semua blonde, dia ada campur sikit coklat. Kalau brown pun, tak semua brown ada sikit campur blonde. Macam tu lah konsepnya kot. Kotlah! Tapi yahoo cakap dia lebih ke arah blonde, brown tu sikit sikit je, so paling tepat kat sini ialah rambut Julia Roberts. Sangat betul konsep dia.




2. Braids
-Uishh dulu waktu kecik selalu sangat buat braids ni. Saya suka gila kalau mood mak saya rajin tolong ikatkan saya dandan ni waktu pergi sekolah. Tapi saya kalau dandan saya retilah sebab senang kan, ini mak saya selalu ikatkan apatah namanya. Lipan? Lipan? Haa I pun tak tahu tapi ada lah lipan lipan dalam nama ikatan tu. Cantik! Saya suka tapi sampai sekarang tak reti buat oohhh! Nak harapkan mak je tapi dah besar sekarang maka tak dapat nak bermanja-manja seperti dahulu. ;((


Vanessa Hudgens

Jessica Alba
Cantiknya alahai. Saya ada sorang kawan, muka dia kan sebijik macam Jessica Alba. Nama dia kan Kak Wa. Dahlah pandai menari, memang klon habislah. Umur dia dah 26tahun tapi muka awet muda je. Macam kanak-kanak ribena je. Comel! Tapi dia dah ada boyfriend ya.

Emma Watson

Penelope Cruz

Isla Fisher

Nicole Richie
Haa dia ni lah yang paling paling paling banyak buat fesyen braids ni. Banyak gila gambar dia dengan fesyen braids ni dari page 1 sampai habis mesti ada gambar dia. Thums up! Kalau saya lah buat, dah macam minah kampung mana tah. Ehh cakap innocent kan?


3. Lob, The Long Bob

Salma Hayek
Sungguh saya tak minat lagipun saya mana boleh chop chop rambut saya dah sebab Apek cakap takkan nak kahwin nanti rambut pendek. Tapi saya rindu rambut pendek saya.

Heidi Klum
Between Lob stand for rambut paras bahu. Boleh pulak cakap macam rojak kan?


4. Retro Hair Glam
-Ala ala Marilyn Monroe gitu

Christina Aquilera

Katy Perry


5. Bang
-Wahh I sangat suka pada bangs tapi rambut saya yang tak lurus secara tegar ni membuatkan saya sangat rimas bila simpan bangs sebab dia herot berot sebab rambut original saya adalah seperti rambut retro hair glam yang saya tunjuk seperti di atas. Dan saya suka bangs sebab dia buat saya nampak muda lebih-lebih. Maka buat bangs ni mestilah termasuk dalam check list saya. Teehee!

Jennifer Lopez
Sungguh kelihatan muda ya dia!

Zooey Deschanel
Ain't she such a cutie? I minat dia sejak tengok dvd 500 days of summer.



6. Beachy Waves
-Jangan jadi bitch sudah erkk? I rasa rambut ni macam rambut I sekaranglah. Such a perasan kan?

Haaa segala macam jenis contoh ada kat sini. Amik je dan tempek atas kepala korang.



7. Red Hair
- I suka rambut merah. Dulu I pernah kaler warna merah masa rambut pendek. Suka sangat tapi dia tahan seminggu je. Sedih betul! Dengar cerita, my fashion icon si Riri tu pun dah rambut merah. Meletup nyah! Kawan saya suruh saya kaler rambut merah, dia cabar saya ohh! Tapi im so in love with bronde. Saya tengok dululah macam mana ehh Zaza.


Jasmin Hamid

Scarlet Johanson

8. Extensions
-Alah rambut sambung-sambung tu! Sumpah sampai sini I dah malas gila nak cari gambar dah.


9. Wigs
-Orang Korea sukalah pakai wig. Comel je I tengok dieowang tu. Kalau I ni pakai mau orang ingat pondan mana sesat jalan-jalan kat mall. Siapa nak bertanggungjawap?


Katy Perry

Lady Gaga


10. The Jennifer Aniston
-Gila trend setter dia ni, sampai ada jenis potongan rambut orang panggil The Jennifer Aniston. Terbaiklah awak ni Jen. Haaa cadangnya I nak buat rambut macam ni je sebab its so simple, senang nak jaga, nampak sleek je.


Jennifer Aniston
Dah nama pun The Jennifer Aniston kan mesti dia je lah yang I tempek kat sini.


Haaa kalau siapa yang rambut dia punya fesyen tak ada kat atas, boleh pergi sembam muka kat tanah. PERLI DIRI SENDIRI, SUNGGUH TAK BOLEH BLAH!!

So, rambut mana ehh saya nak buat? Tak sabar ni nak tunggu bulan depan nak pergi pau Apek untuk buat rambut baru. Kompem kena sediakan RM300. Ye lah colour lagi, rebonding lagi, treatment lagi. Macam-macam!

Wednesday, July 21, 2010

Penyakit Malas

Hari ni saya malas sangat. Malas nak pergi kerja, malas nak bangun dari katil, malas nak berFB, malas nak update belog(tapi update juga untuk mengingati hari malas saya ini).


DAN YEAH! HARI INI SAYA MALAS SEKALI! SUNGGUH BUSUK YA PERANGAI INI. JANGAN CONTOHI!

Monday, July 19, 2010

Selamat Hari Jadi Apek. EHH BETUL KE HARI JADI AWAK HARI NI?



Saya kini sedang berada di Paris. Percaya tak?
Saya saja je kasi emphasize warna kat Eiffel Tower tu, kasi korang nganga!


Tiba-tiba bila ada kat Paris ni terasa nak hadiah ini untuk hari jadi boleh? Naklah! Naklah! Dah lah comel rasa nak makan. Patutlah nama cookie. PANDAI KAU YE LG MAIN MINDA I! Notty! Babab kang!!


OH! OH! OH OH OOHHHHH!!


Rupanya hari ni hari jadi Apek. Ehh Apek, betul ke hari ni hari jadi awak? Kalau betul, kenalah ye saya wish kat awak SELAMAT HARI JADI-JADI. Kenapa awal keluar lambat dari saya ehh? Tak machoo lah macam ni saya lagi tua beberapa bulan dari awak. Cisss! Malulah saya macam ni. Double Cisss! Hadiah hari jadi awak, hemmm macam mana ehh? Oklah macam ni, memandangkan saya pun ada kat Paris ni kan dan kekurangan pitih, boleh tak saya postpone hari lain? Next Day? Next week? Next year? or maybe Next Life? Boleh tak my dearie chocolate boo, memandangkan kulit awak coklat kan so saya panggil awak my chocolate boo lah.


DAN...........


Memandangkan kita tak suka parti besar-besaran, apa kata kita sambut dua-dua orang je. Kan romantik gitu kan? Di samping dapat menjimatkan duit kan. Saya tahu awak tak kisah pun pasal sambut-sambut ni, tapi saya kisah wooo sebab saya sayang kat awak (geli tak ayat I?Geli kan?Janganlah geli! Bukan senang I nak melontarkan ayat jiwang macam ni). Tapi tak bolehlah berdua je sebab belum kahwin lagi kan, lepas tu nanti teringat kata-kata ustazah kat sekolah, kalau berdua nanti ada setan datang maka kena celebrate kat restoranlah tau di mana ada banyak-banyak orang. Tapi awak jangan risau, saya janji saya bawa awak makan tempat feberet awak tau! Tapi semua tu dirahsiakan dulu sebab konon nak buat suprise suprise suprise. Tutup mata! Tutup mata! Ada macam Eric tak?


Ehh dah lah, saya nak pergi dating dengan Ed Westwick jap dekat Eiffel Tower ni! Banyak cakap pula saya hari ni.

Sunday, July 18, 2010

Memang Durian Runtuh untuk perempuan-perempuan Ipoh

Sorilah, lambat betul I nak kecoh-kecoh pasal benda ni kat korang sebab I pun baru je pergi malam semalam. Itupun lagi sejam nak tutup baru I pergi. Ni, korang dah baca ni cepatlah pergi, kalau tak gerenti menyesal wohhh.

APA BENDA YANG DURIAN RUNTUH SANGAT TU KAN? Kalau korang suka pakai barang Loreal ke Garnier ke dengan Maybelline, memang-memang kau janganlah lepaskan peluang ni. Ada jualan gudang. Harga memang super murahlah kan. Murah yang macam kalau ada RM1 juta dalam tangan semua kau nak beli. Semua kau nak borong. Tapi hiperbola sangatlah kan nak beli barang murah bawak RM1 juta kan? Macam tu habislah, orang lain tak ada chance, nanti habis orang lain dengki kat korang lepas tu dia bomoh-bomohkan korang.


JOM TARIK BOYFRIEND KORANG PERGI RITZ HOTEL. Kenapa harus boyfriend? Bukan mak bapak bukan husband semua bukan kawan? I pun tak ada sebab untuk itu. I ni siap bawak boyfriend dan adik-adik I lagi. Korang pun suka hatilah nak bawak siapa pun ok! Dia kat tingkat 7. Tapi sori tau sebab event tu habis hari ni. Tapi takpe, banyak masa lagi sebab dia bukak sampai pukul 10malam. Itupun dah banyak barang dah habis dah. Dambaan I terhadap gel eyeliner maybelline berkecai hampa terus sebab harga dia memang murah gila tapi sayang ada warna biru je. I nak warna hitam baru nampak mafia bila pakai celak tebal-tebal.


**kesat air mata (baget sedih macam mati anak kucing)



COMELNYA SI ATIK DAN SI CHERRY NI! Kasih adik-beradik yang tidak berbelah bagi.(*";)


OK! Apa yang I beli dekat Jualan Gudang tu.

Semua ni harga dia RM67 sahaja. Dia tak ada ehh 90sen 90sen kat belakang tu. Semua harga dia kasi bulat-bulat sampai boleh nyanyi lagu bulat kecil bulat kecil, bulatlah besar bila tengah pilih-pilih barang tu.


Memandangkan toner I pun dah habis, I belilah toner ni. Memang toner yang I selalu pakailah. Harga sebenar dia I lupalah sebab kan ke I tukar pergi Clinique kejap. Tapi Clinique tak sesuai dengan kulit I lah so I pergi balik dekat cinta lama I ni. I rasa harga ori dia adala RM20++.


Weyh! Tak tahulah nak cakap murah macam mana. I nak beli conditioner warna pink juga tapi sayangnya tak ada so I beli je lah yang repair hair damage ni memandangkan rambut I pun dah damage kan? Harga dia RM12 je, kalau harga sebenar memang tak dapatlah kan? Lepas tu shampoo dia I beli RM8 je instead of RM19++. WAHH!! Tiba-tiba terasa nak pergi lagi hari ni, nak beli shampoo stock setahun. JImat woh!


OK! Yang ni paling feberet. Mascara yang boleh buat bulu mata cecah kening punya, tak payah nak pakai bulu mata palsu ke extension ke, pakai dia je dah cukup. Terbaik dari ladang. Iqa pun beli satu untuk diri sendiri. Kalau harga sebenar RM30++. Perghh! Memang murahlah.



APA KORANG TUNGGU LAGI? CEPATLAH MANDI, PI SANA! JARANG TAU IPOH ADA EVENT-EVENT MACAM NI! Kalau kat KL ke Penang ke JB ke selalulah kan? IPoh? Hemmmm!! Memang jarang sangat. Kat sana, kita boleh bagi email kat dia and dia akan hantar email kat kita bila ada event-event best macam ni. I like!

Saturday, July 17, 2010

Review: Laila Asyikin

Dalam banyak-banyak drama yang pukul 10.30 malam dekat TV3 tu I paling suka cerita Iris yang Rosyam Noor dengan Rita Rudaini berlakon. Tapi sekarang I dah ada feberet baru iaitu Laila Asyikin. Yang lain tu semua I kurang minat. Cerita ni kalau I terlepas sanggup tu I duduk depan pc tengok kat tv3.com walaupun satu episod 24minit. Kalau korang tak sempat nak tengok boleh pi tengok kat web TV3 sebab dia tak ada iklan. Best sangat! Buffer pun laju je.


Tau apa maksud nama Laila Asyikin? Maksud dia malam yang mengasyikkan. Kalau orang nama Laila Asyikin malam-malam mesti nyanyi lagu Asyik-Asyik-Amalina tu lah kan dah cakap malam mengasyikkan. Habis tu apa yang mengasyikkan lagi?


Kenapa I suka tengok cerita ni? Sebab plot cerita dia best. Yes! Typical malay drama lah kan, ada konflik keluargalah, lepas tu mesti kaya lepas tu suami komalah tapi selamat dari koma. Haish macam-macamlah. Tapi I suka betul tengok si Laila Asyikin(Nur Fathia) tu. Manis gila muka dia pakai tudung. Kalau freehair lagilah cun meletop. Lepas tu I suka kat Mikhail(Irfan) tu sebab muka dia bersih gila, lepas tu slang dia cakap. Tapi sekarang dah tak suka dekat Mikhail sebab dia jahat. Dia curang. Nampak je bahagia dengan Laila tapi kat belakang kahwin lain. Uishh laki memang tak boleh dipercayai lah kalau macam tu kan? Sekarang ni dah masuk episod 7. Tak sabar nak tunggu episod 8 sebab time episod 8 ni lah kebenaran terbongkar. Laila baru tau Mikhail ada orang lain. Uish! GILA HOWTT!!

Yang buat cerita ni pengarah yang sama buat cerita Embun Mutiara. Cerita tu pun best juga. I like! And kalau korang tak perasan, Nur Fathia tu berlakon jadi kawan baik Nur(Tiz Zaqyah) dalam cerita Nur Kasih. Kalau korang tak perasanlah kan.



PELAKON-PELAKON LAILA ASYIKIN

NUR FATHIA
Sweet gila Nur Fathia pakai tudung

Kalau freehair, wah memang meletup habis!



FAHRIN AHMAD
Gila boleh jatuh cinta macam ni sebab laki pakai baju melayu ohh kelihatan sungguh kacak sekali. Dah lah tu warna pink. Auwww! Ayu lah u ni, Fahrin.



REBECCA NUR AL-ISLAM
I dah lama anggap majalah Mangga ni majalah lucah dulu, kini dan selamanya.


DIANA AMIR
Tengok! I dah cakap, Mangga memang majalah separuh ogel. Kain nipis gila. Mangga ni kalau tak kain nipis-nipis tak cukup kain mesti kat kolam renanglah, baring-baringlah. Ada tak majalah durian? Kalau ada, mesti dia lagi dasyat kan? Alhamdulillah! Diana Amir dah berhijab so I dah remove gambar dia. =)

#REVIEW Baju nikah