Sunday, July 18, 2010

Memang Durian Runtuh untuk perempuan-perempuan Ipoh

Sorilah, lambat betul I nak kecoh-kecoh pasal benda ni kat korang sebab I pun baru je pergi malam semalam. Itupun lagi sejam nak tutup baru I pergi. Ni, korang dah baca ni cepatlah pergi, kalau tak gerenti menyesal wohhh.

APA BENDA YANG DURIAN RUNTUH SANGAT TU KAN? Kalau korang suka pakai barang Loreal ke Garnier ke dengan Maybelline, memang-memang kau janganlah lepaskan peluang ni. Ada jualan gudang. Harga memang super murahlah kan. Murah yang macam kalau ada RM1 juta dalam tangan semua kau nak beli. Semua kau nak borong. Tapi hiperbola sangatlah kan nak beli barang murah bawak RM1 juta kan? Macam tu habislah, orang lain tak ada chance, nanti habis orang lain dengki kat korang lepas tu dia bomoh-bomohkan korang.


JOM TARIK BOYFRIEND KORANG PERGI RITZ HOTEL. Kenapa harus boyfriend? Bukan mak bapak bukan husband semua bukan kawan? I pun tak ada sebab untuk itu. I ni siap bawak boyfriend dan adik-adik I lagi. Korang pun suka hatilah nak bawak siapa pun ok! Dia kat tingkat 7. Tapi sori tau sebab event tu habis hari ni. Tapi takpe, banyak masa lagi sebab dia bukak sampai pukul 10malam. Itupun dah banyak barang dah habis dah. Dambaan I terhadap gel eyeliner maybelline berkecai hampa terus sebab harga dia memang murah gila tapi sayang ada warna biru je. I nak warna hitam baru nampak mafia bila pakai celak tebal-tebal.


**kesat air mata (baget sedih macam mati anak kucing)



COMELNYA SI ATIK DAN SI CHERRY NI! Kasih adik-beradik yang tidak berbelah bagi.(*";)


OK! Apa yang I beli dekat Jualan Gudang tu.

Semua ni harga dia RM67 sahaja. Dia tak ada ehh 90sen 90sen kat belakang tu. Semua harga dia kasi bulat-bulat sampai boleh nyanyi lagu bulat kecil bulat kecil, bulatlah besar bila tengah pilih-pilih barang tu.


Memandangkan toner I pun dah habis, I belilah toner ni. Memang toner yang I selalu pakailah. Harga sebenar dia I lupalah sebab kan ke I tukar pergi Clinique kejap. Tapi Clinique tak sesuai dengan kulit I lah so I pergi balik dekat cinta lama I ni. I rasa harga ori dia adala RM20++.


Weyh! Tak tahulah nak cakap murah macam mana. I nak beli conditioner warna pink juga tapi sayangnya tak ada so I beli je lah yang repair hair damage ni memandangkan rambut I pun dah damage kan? Harga dia RM12 je, kalau harga sebenar memang tak dapatlah kan? Lepas tu shampoo dia I beli RM8 je instead of RM19++. WAHH!! Tiba-tiba terasa nak pergi lagi hari ni, nak beli shampoo stock setahun. JImat woh!


OK! Yang ni paling feberet. Mascara yang boleh buat bulu mata cecah kening punya, tak payah nak pakai bulu mata palsu ke extension ke, pakai dia je dah cukup. Terbaik dari ladang. Iqa pun beli satu untuk diri sendiri. Kalau harga sebenar RM30++. Perghh! Memang murahlah.



APA KORANG TUNGGU LAGI? CEPATLAH MANDI, PI SANA! JARANG TAU IPOH ADA EVENT-EVENT MACAM NI! Kalau kat KL ke Penang ke JB ke selalulah kan? IPoh? Hemmmm!! Memang jarang sangat. Kat sana, kita boleh bagi email kat dia and dia akan hantar email kat kita bila ada event-event best macam ni. I like!

4 comments:

Ainna Jalil said...

Sygku
i need to tell u sumthing important
loreal, garnier and many more kn barangan israel..
why u still sokong mereka syg?
ohhh!! ini sebab jualan murah kn?
adeh..sila control diri anda ainee

Pije. said...

arghhhh.kenapa i tak duduk ipoh ni?hahha

Ainee Cumi said...

enna: errr enna, dulu I kan pernah boikot mcd semua and then u all tak support pun.. I boikot sorang-sorang je. SEdih!;((

and muka I dah rosak sebab tukar jenama lain. Ni bukan sebab jualan murah sayang oii. Kulit I ni sebati dengan loreal je.

Btw, KFC pun keluaran ISrael jugak sayangku enna mucuk-mucuk

Ainee Cumi said...

pije: alah! u duduk mana babe? nanti mesti dia sergah tempat u pulak

Kedai Runcit Online

I ni jenis pemalas betul nak keluar dari rumah. Kalau boleh semua nak orang belikan buatkan hantarkan and etc. Masak bolehlah rajin jugak ...