Thursday, November 12, 2009

bila ada rakan yang hargai kita, jangan kita buang


Perasan tak makin hari I makin rajin update blog tapi dekat mukabuku(Facebook) I da jarang update gambar sebab bila semangat nak tayang kegembiraan baru, failed untuk dimuatnaik je.
Dahlah si vista tu tak ngam langsung dengan streamyx asyik terDC je. Geram tau sebab kena goyang goyang mouse untuk bagitau si streamyx tu kita ada depan lappie supaya dia tak putuskan hubungan. Kalau sejam tak apalah bolehlah tahan goyang goyang tapi sampai sehari. Lepastu keluar kenyataan upload faileddddd. Penat tahu!


Isnin dan Selasa lepas I cuti. I tak kerja. Tengok tengok hari Sabtu, Enna hantar mesej kat FB dia turun Ipoh untuk melawat nenek dia yang sakit hari Selasa. OK!bila nenek kau sakitlah baru kau nak turun Ipoh kan? Ingatkan nak beli kek then cucuk lilin 3 batang untuk meraikan kedatangan dia kat Ipoh. Kenapa 3 batang, kenapa tak sepoloh?? Sebab dia dah tak lawat IPoh selama 3tahun.



Enna! Sapa Enna? Enna batang pisang? Enna makaroni? Enna Banana? Enna Mariana?
Dia budak sesat dari Pahang yang datang sekolah I waktu kami umur Form 5. Semua dah bz nak SPM dia pula boleh datang menumpang dekat sekolah kami(MGS) sebab dia telah membunuh 3orang pelajar lelaki kat sekolah lama dulu. Tengok!Punyalah samseng kawan I yang sowang ni. Dalam setahun tu je kami da jadi rapat, bukan kami tapi semua kawan-kawan yang lain sebab dia pandai amik hati bawa sandwich yang dia buat dari rumah bagi semua kawan makan. Dan terima kasih kepada Tom sebab wujudkan Myspace so dat kami boleh berinteraksi tanpa sempadan. OK!Tapi kini selamat tinggal MYSPACE(say bubbly bai ramai ramai) sebab kami da ada Facebook.


I BANGGA SEKEJAP SEBAB I MACAM TAU TAU JE DIA NAK DATANG IPOH SEBAB TU APPLY CUTI HARI SELASA. OK, poyo!



Tengok bangunan biru tu. Itulah COSMOPOINT. Sumpah malu nak mengaku tapi tak apa it's my last sem. YAHOO!!


Seperti biasa mesti I yang akan jadi driver pungut semua rakan-rakan kalau nak pergi berhibur. Jadi perkara pertama kena pungut Apek then baru pungut si Enna. Then, otak jem tak tau nak pergi mana. Biasalah kata Ipoh, jadi nak tak nak kena pergi Jusco je larhh. Tujuan nak main bowling tapi ungkus pula tak cukup jadi makan je larr jawabnya.



weyhh bukti untuk mengatakan memang Enna ada di Ipoh ketika ini. TAK TIPU!



Untuk menguatkan kenyataan yang Enna sememangnya berada di Ipoh, mengambil gambar dalam tandas adalah satu KEWAJIPAN


tidak dapat disangkal lagi lighting dalam tandas cuntik


tengok!Enna punya kasut warna stunning gila. Dia bangga kot beli sandal tu dengan harga RM10


ok! Yang tengah mati dulu<=kepercayaan karut


Lepas tu memang da tak ada tujuan sangat, kami pon bercadang nak pergi dermakan suara dekat karaoke at Greentown Mall. Sucks Weyhh! I tak suka tempat tu. Dahlah orang jaga tua asyik lalu lalang tempat kiterowang, apa ingat kami nak beromen ke? Then lampu tak boleh malapkan lagi, suara orang sebelah yang sumbang pon kami boleh dengar then speaker pecah pecah. WTH! Buat I punya suara yang lunak ni tak dapat dibanggakan depan Enna sebab terkeluar suara bapuk.



Apek cakap macam orang tengah baca paper padahal tengah pilih lagu apa nak nyanyi



tengok betapa girangnya kami


Lepas tu tah apasal si Enna ni boleh plaks dia teringin nak makan Mee Rebus jadi I dengan Apek pun bawalah dia pergi Megoplex. Kesian kan nanti mampos pula anak dia. Anak tekaklah!


menikmati mee rebus


BIla nak balik semua pakat buat muka sedih. Serius sedih OK sebab bila nak melepaskan Enna pergi tu tiba-tiba tak terngiang lagu Innuendo-Jangan Kau Pergi kat telinga. Untuk mengurangkan kerinduan, I dengan Enna saling tukar hadiah. Tengok! Mana nak cari rakan yang baru 5bulan tak jumpa bila jumpa kasi hadiah. Sedangkan birthday pun liat nak kasi hadiah inikan sekadar suka-suka nak jumpa. Susahkan??


ENNA kasi bantal handmade ok!Dia jahit sendiri. Bentuk L.O.V.E lagi so amat terharu.


sebelah tulis ENNI


sebelah lagi tulis ENNA


TAPI



I hanya kasi selendang je. Tak handmade pun. T_T


ENNA! I HARGAI SANGAT TO HAVE FRENZ LIKE U walaupun kita dipisahkan dengan jauh(kau di Kuantan, aku di Ipoh) tapi kita tetap maintain KAWAN. Kau akan contact aku untuk bertanyakan khabar sihat ke atau dah mati ke aku ni, bukannya contact aku sebab nak mintak aku amik kau dari Medan Gopeng untuk jumpa bf kau mahupun hanya contact bila kau nak jadikan aku driver. Gilalah kan kalau aku tak hargai? So dari sini aku terbangkan hugs n kisses. Ko rasa tak?

Tuesday, November 10, 2009

Jalan-Jalan

hari AHAD hari tu pergi jalan jalan tengok rumah contoh dengan apek.
memang dah tak ada kerja sangat. Hari ni lagilah bosan, dah 2 hari cuti tanpa sebab. Melangutlah kat rumah ni tak tau nak buat apa. On Facebook, main Pet Society. Itulah aktiviti harian I sejak akhir-akhir ni. CIS!!Padahal kalau kerja pun aktivitinya sama je.

Sejak akhir-akhir ni angan-angan nak beli rumah pada umur 20tahun tinggi sangat. OK tak apa kita up sikit jadi 21.


Sunday, November 8, 2009

yang lama tetap tak dilupakan

Korang semua mesti asyik dengan GOSISIPI GIRL kan? Tiap tiap hari Selasa 10.30malam terpacak depan TV. Kadang-kadang berebut rimot dengan nenek, ayah, adik semua sebab gian sangat dengan Ed Westwick yang kewl gila tu. ME TOO!*wink*wink

owhh comelnya! I pon nak snap pic macam ni dengan apek


Tapi bila cerita baru datang, I masih tak lupakan cerita lama. I masih gian dengan One Tree Hill. Dari zaman sekolah menengah sampailah dah masuk kolej gian lagi macam DADAH.


SEASON 1


SEASON 2

SEASON 3


SEASON 4


SEASON 5
Kenapa badan kau comel sangat Sophia Bush. Very Petite! I pon nak badan petite macam U. Comel je!

SEASON 6

Sekarang kat TV, season 6. EEEe kenapalah Brooke tak dengan Lucas? Kenapa Lucas pilih Peyton?? Kenapa?KENAPA?Hei mr.ex, I lepaskan U untuk U pergi dekat Brooke bukan dekat Peyton. Now, she pregnant your child. CEPAT GUGURKAN! U and Brooke look so sweet together, please please pergi balik dengan Brooke sebelum tamat cerita ni!!


tengok! So sweet! Lepas ni kalau I kawin, I pun nak bakal husband I tengok Tv dengan I sama-sama pakai selimut busuk I. OK! Lepas ni I kena kuruskan ponggong supaya muat duduk satu kerusi bersama.

"Padahal ada je kerusi 2, gedik nak duduk sama sama dekat kerusi satu kan?"


lepas tu kalau I ada anak, I nak anak yang active gila macam budak ni. Dahlah chomel, pandai pulak tu. Bukan pandai dari segi pelajaran tapi pandai dari segi bercakap. Ehh!Kalau anak I mestilah I nak dia pandai dari segi semua. Kalau boleh hari pertama lahir dia da pandai pergi tandas berak semua supaya jimat duit I tak payah beli lampin pakai buang tu.


Oklah nak pergi main PET SOCIETY lepas tu nak besila depan TV tengok 1 Tree Hill pukul 10malam dan berdoa agar Lucas kembali kat Brooke.=) Gedik kan aini?


And I rindu sangat dengan cerita Charmed, Angel..The O.C.
Papa Director, tak ada season baru ke? Im ur BIG FAN IN MALAYSIA. I tau u tengah baca blog I and ada transalator kat sebelah u tengah translatekan apa yang I sampaikan. Dah!Dah!Jangan nak bangga, cepat tulis skrip sementara I pergi main Pet Society.

Saturday, November 7, 2009

terimalah akibat kalau berparti pada malam hari

p/s: abaikan garis garis hijau bawah gambar, I update kat rumah. Lappie I allergic dengan gambar jadi terhasillah line hijau tu.

Semalam pergi berKARA-O.K dengan teman-teman office sempena habisnya intern K.Nor dekat E-box Ipoh Garden. Tengok betapa bagusnya company I. Dahlah kalau boleh
tiap tiap hari JUmaat asyik buat parti. Tak payah I keluar duit pergi lunch sebab company asyik buat makan-makan je. I da cakap company I TERBAIK sampai orang bank yang tiap tiap hari call pun jeles sebab orang cina pun boss kasi ehat 2 jam. Mana nak cari weyhh bos sebaik itu? Tengok even budak praktikal yang keje baru 4 bulan je pun diraikan tahu. So ada tak sesiapa nak praktikal kat tempat I.


YANG DIRAIKAN.
I panggil wanita ini K.Nor. Cehh!Padahal baru tahu semalam umur dia tua setahun je dari I. I baget i muda sangat kan nak panggil dia kakak. Takpee!Takpe! Cakap respek.


Tengok muka cashier ni berbesar hati sangat dapat layan kami sampai senyum lebarlah.


OK!kenapa tiba tiba cashier ni tak duduk dalam kandang dia?OHH nak bergambar dengan I, dia cakap I ni muka macam artis jadi tak tahan nak bergambar dengan I. OK FINE!


tengoklah even si waiter ni pon excited melayan kami sampai dia cakap BELI SATU MIKE DAPAT PERCUMA SATU MICKEY MOUSE!!

pelapik perut kami pada hari itu but FOR AINI NO KACANG SEBAB NANTI BULU BULU TUMBUH DEKAT MUKA BANYAK BANYAK BOLEH BELAKON JADI ORANG UTAN


ehh kenapa si budak cashier ni ada lagi dekat sini??
Larhh! I lupa dia ni my aunty sebenarnya. AUNTY OK!not kakak mahupon nenek! Dah ada 2 anak lagi. OK!sebenarnya dia nenek I. Umur da 80. Kewl kan?


SEMENJAK I JADI ARTIS NI SEMUA ORANG NAK BERDUET DENGAN I! NASIB BADAN!NASIB BADAN! Inilah dugaannya kalau dah jadi artis.

Ms. Chan merayu rayu nak berduet dengan I jadi I layan je lah


TAPI.....

TAPI PAling gemilang dan meriah bila menyanyi SOLO. Feel tu lain macam kot. Itu pasal larrr terjadinya gambar tak senonoh ni dengan mulut nganga besar besar then mata tutup baget feel habis.


waktu ni tengah nyanyi lagu GOYANG INUL. Haaa jangan main. I pandai gelek oK! Sape nak dengar suara i yang lunak merdu ni silalah jangan segan belanja i KARAOKE. I tak nak karaoke jamban, I demand punya orang.=D


MARI I KENALKAN SORANG SORANG RAKAN SEKERJA I


Ini Kak Aelin. I selalu tegur dia nampak cantik comel dan sesuai dengan kaler pink. Nampak so suitable with her. Dia masuk kerja after I masuk kerja sebulan. Sangat rajin melayan I bersembang.


Ini Kelly. Bukan Kelly Clarkson ok tapi Kelly Cheah. EEE tak adil betol ada nama artis. I pon nak nama macam artis jugaks. OK FINE! I punya nama pun ada artis nak tiru. Alah siapa tak kenal SHARIFAH AINI. But I nak nama lagi glamour macam Menara Condong ke then pakai rantai menara condong baru ternganga mulut Paris Hilton tengok I.


Ini Ms.Chan. Dia ni lah yang rajin handle event event macam ni. Dari beli KFClah, makanan apa ke semua dia yang akan handle. Cakap Event Planner.


This is Mr.Khor. Dia punya gelak sangat chomel ok! Dia lembut sangat. Tak tahulah kalau dia marah muka dia macam mana.


Ini pula Ms. Chooi Leng. Dia ni suka cakap and I pon suka sangat cakap dengan dia pagi-pagi. Dia ni tak pernah mengeluh kalau ada client datang nak mintak indication or market value. Thats why I suka sangat nak panggil dia layan banker. Heheheheh!


Cukuplah I capapkan muka mereka ni je, lain kali i capapkan muka orang lain pula.


OLEH ITU, I NAK ISYTIHARKAN I TERLEPAS PAPER MUET(READING) SEBAB TAK DENGAR BUNYI ALARM PAGI TADI jadi hilanglah sudah 40markah secara FREE! sah sah dapat band 2 je. Jadi janganlah korang semua mengulangi kesilapan seperti budak yang bernama AINEE ni. Jangan jentik I please!


BYE! I SANGAT SEDIH SEKARANG!
sila doakan I pemeriksa semua baik hati kasi markah tinggi supaya I dapat band 4 walaupun terlepas ujian reading.

Wednesday, October 28, 2009

Pinjaman dengan kadar yang rendah

MANA NAK CARI PINJAMAN SEBANYAK 6K?
I nak beli rumah tapi tak cukup duit muka..BUKAN MLM OK!!;(
Siapa-siapa boleh bantu? Lepas je bank dah lulus I akan bayar lamsam..
Lamsam tu!! Mana nak dapat orang pinjam duit kita then bayar lamsam terus?
Ada!Ada! I lah orangnya. Ngeh!!



OK!Tabur janji manis, macam ni lah orang kalau nak pinjam duit. MENYAMPAH!



Staright to the point, korang tau tak siapa siapa yang suka menolong orang dan mengenakan bunga yang sikit? Tak mau ALONG please!! Nanti habislah I tak boleh berblogging da sebab tak ada tangan sudah kasi sama ALONG bukIt Beruntong.

Sekian, terima kasih
=)

Saturday, October 24, 2009

bagaimana perasaan berkawan dengan patung

feel tak kalau pegang tangan patung? cium patung? macam dalam video klip M2M-preety boy

semalam birthday ayah tapi tak dpat wish depan-depan pun. I bz! Ayah pon bz! Minggu lepas dia outstation sampai Pahang then minggu ni dekat Johor. Jauhnya ayah I melancong. Mengikut kiraan I dah seminggu tak cakap dengan dia sebab bila dia balik rumah I dah tidur pun then bila I bangun dia tengah tidur lagi. TSK!!Tapi sempatlah wish hepi bday sambil nyanyi lagu feberet dia.

Happy Birthday To U,
U live in the zoo,
U look like a monkey AND the monkey likes u..

Cadang nak bawa dia makan-makan dekat MP restoran. Restoran steambot. Beshh!! Kalau gaji masuk hari Rabu ni bolehlah belanja satu famili makan kat MP tu. I da baget kalau 6 orang total semua sekali RM180. OK larhh tu kan? Cakap buffet.


Ehhh kalau Hari Raya kita celebrate sampai sebulan, Deepavali pula sampai berapa bulan?4 ke 5? Dengar cerita deepavali siggplus dengan paraxixth meriah ada parti buih lagi TAPI korang celeb berdua je mana larrhh puas. I ni dikelilingi rakanrakan keling yang keluar masuk kedai sambil pakai sari sebab nak cari dress untuk prom nite mereka. Memang meriah sangat! MAcam buat rombongan sampai 3 kereta wa cakap! Boleh buat well well.


I da cakap da memang meriah!


Hari tu saza larhh paling semangat bangun awal. Janji pukul 9.30 tapi I keluar rumah pukul 9.40. MEMANDANGKAN HARI TU RAYA KELING MAKA I PON BUAT JANJI KELING..I kasi alasan jalan jem. Jem tang mana pun tak tau sebab hari tu dah larhh hari sabtu then jalan nak pergi Tambun tu pun da besar. Korang da pergi petting zoo? I nak pergilah untuk celeb enivesari ke 4tahun 2bulan ni. Tambun sekarang dah maju, MCD pun nak bina dah dekat situ. Dulu saza selalu kena hina sebab dulu kat Ulu sekarang dia da POYO dia tak cakap dia duduk kat Tambun dah dia cakap dia duduk Sunway. CEHH!Kau ingat maju sangat ke tempat kau tu saza??


Seperti biasa bila saza melangkah masuk je dalam kereta I sure perkataan mencarut semua keluar. Vavi lahh, Gampreng lahh. Kiterowang memang macam ni larr kalau tak jumpa 6bulan. Itu belum ditambah lagi dengan cik nadh gigi besi.
BILA KAMI BETIGA, KELAKUAN TAK SENONOH SELALU TERJADI =))
tengok patung tu takda perasaan pun kami pegang dia punya tutttt


OWHH ADA penambahan ahli pula kali ni. Itu Fana, kawan lama.

Yang tak boleh blah, nadh bising-bising suruh datang rumah dia tepat pukul 10 tapi dia boleh pula tidur baik punya lentok pelok pasangan lesbian dia. Memang kena sekeh larrr. Lepas ni kalau kau cakap pukul 10 aku tetap nak datang lambat pukul 11 ok?


mereka yang sibuk nak bershopping tapi kami yang dapat barang dulu. TERBAIKlah!


ehh tadi cakap 3 kereta ini macam punya manusia satu kereta pun muat. OK!mereka semua pakai sari jadi kami segan nak masuk sekali so amik keputusan bawa tujuan masing-masing nanti jumpa kat IPOH PARADE.


CUBA KORANG TEKA saza ngan adeq tengah tengok apa?



**tenuk??


**manusia sedang bermadu kasih


**nenek teraniaya??


JAWAPANNYA IALAH









haiwan chomel ini. Sebiji macam anak patung. Tuan kedai pun pening kepala sebab kiterowang bukan tengok baju tapi tengok anjing tu. Nama dia JUNIOR. Haaa tengok!Sampai nama dia pun kiterowang interview tahu.

Nadh cuba 3 dress. Dress pertama yang I jadi fashion designer tu. That is really her feberet tapi oleh sebab badan dia terlampau tak ada isi jadi dress tu longgar dan harga tak berbaloi ok?? SANGAT MAHAL!

This is the 2nd dress. cantik juga kan? Tapi tak sesuai lahh untuk prom nite. Kenalah gila glam sikit baju untuk prom nite. Apa salahnya sekali sekala? Dah korang tak payah tengok lama-lama. Dia da ada boyfie.


dan inilah dress yang dipilih oleh kami bertiga sepakat sehati berjiwa berdansa. Mesti warna hitam kan? Takpe takpe its a must have in girls wardrobe. Nadh kenapa kau nampak tinggi pula? Bukan ko tinggi sikit je ke dari ak??



Tengok teruja sangat sampai jadi macam ni. SPOT SOMETHING YANG MENCACATKAN GAMBAR TAK?posing da maut habis da..kalau korang baring kat tempat sampah tu mesti lagi STYLE kan?


Nadh dah dapat baju, adeq tak dapat dapat lagi baju dia. Adeq tu adik kepada nadh dan merangkap kawan I juga. Sampailah satu kedai tu spot baju yang cantik sangat. Leopard punya corak pula tu. IN!IN! cantik sangat tapi tak sepadan dengan tema but who cares!!ok!!I care. Nanti kalau korang semua dijemput datang majlis kahwin I sila ikut dress code kalau ada ok??hehehe!!


Ni haa bajunya, cantik kan adeq pakai
PESANAN UNTUK ADEQ: kalau ko tak beli, aku beli dulu weyhh!menangis larr kau jangan harap aku nak kasi kau pinjam.=P


Lepas da puas test semua baju idaman, kiterowang keluarlah sebab nak pergi bawak saza tu jumpa dentist sebab gigi dia dah berulat. Dah xsanggup tengok ulat-ulat dalam gigi dia tu, dah berlubang lubang dah gigi dia. Sambil tunggu saza, adeq belanja I tau fu fah terbaik at IPOH. Korang kena pergi sana makan kalau datang Ipoh, kalau korang malas nak angkat ponggong dari kereta tak apa sebab dieowang ada drive thru ok macam MCD. Tengok!TERBAIK KAN??

adeq dengan TAUfuFa terbaik datang dari ladang ipoh


Lepas tu pergi IPOH PARDE makan semua. U all tau tak I ada satu penyakit yang kawan-kawan rapat je tahu. Then kawan-kawan baru I ni bahan I sampai balik UITM terutama sekali si kecik Ijin tu. Tolak sekali mampos terus. Dah!KOrang tak payah berteka teki apa penyakit I tu, kalau nak tahu sila keluar dan belanja saya makan gerenti korang akan tahu penyakit I tu. THANX KAWAN-KAWAN SEBAB PAHAM PENYAKIT I NI. terharu ok!

Lepas tu semua bawak hala tuju masing-masing, adeq I campak dekat KOPITIAM, nadh dan rakan-rakan balik rumah sendiri then I dengan Saza pergi rumah KOnisak konon nak beraya tapi hampeh Konisaknya tak ada. Then dapat call nadh mintak tolong hantar dia dan rakan-rakan balik UITM. Hampeh punya nadh! I dengan Saza dah jauh kot.

Tapi disebabkan Saza pun tak ada aktiviti and dia nak menghiburkan diri dia before test minggu depan berserta sifat I yang baik hati ni jadi I pon cakap OK!! Dahlah rumah Nadh tu pedalaman.

Tengok! Semua muka da macam budak 3tahun baru lepas pantang. Mana tak keluar dari pukul 10pagi sampai malam. Korang tengok je budak baju hitam tu kecik tapi mulut dia boleh tahanlah. Ijin bila nak jumpa lagi, jom perang mulut(padahal baru je kenal kan da kamceng semacam..=)


dahlah nak masuk kolej gabra tak lepas pakcik guard sebab I ngan Saza orang luar tapi nasib baik I dengan Saza pandai berpura-pura jadi kami lepas. Pakcik guard tu tak periksa pon terus suruh jalan, siap angkat tangan lagi. Kami jerit gila vavi tau. HEBAT OK! Tapi past paling sedey kereta I sagat calar baik punya panjang kat bawah sebab I bengap pergi langgar PEMBAHAGI JALAN. Nasib baik I bawa wira je kalau I bawa FERRARI bapak I mahu kena maki dengan dia.


tengok! Nadh sedih dah I dengan Saza nak tinggalkan dia.
tak apa Nadh!! Aku dengan Saza dah jumpa bomoh tadi then dia da hadiahkan ko hantu raya untuk teman kau malam-malam. Lepas ni kalau ko mandi ada orang tolong ko amik cebok semua ko jangan terkejut pulaks.


BYE BYE NADHIRAH ZAKUAN dan UITM SRI ISKANDAR


EHHH oklah ayah I da balik jadi nak pergi ketuk kapla dia sambil nyanyi lagu birthday kat dia..TEHHEE!!=D

INGAT!jangan kawan dengan patung sebab patung tak ada perasaan so carilah kawan yang ada ketika susah senang bersama.

#REVIEW Baju nikah