Thursday, November 12, 2009

bila ada rakan yang hargai kita, jangan kita buang


Perasan tak makin hari I makin rajin update blog tapi dekat mukabuku(Facebook) I da jarang update gambar sebab bila semangat nak tayang kegembiraan baru, failed untuk dimuatnaik je.
Dahlah si vista tu tak ngam langsung dengan streamyx asyik terDC je. Geram tau sebab kena goyang goyang mouse untuk bagitau si streamyx tu kita ada depan lappie supaya dia tak putuskan hubungan. Kalau sejam tak apalah bolehlah tahan goyang goyang tapi sampai sehari. Lepastu keluar kenyataan upload faileddddd. Penat tahu!


Isnin dan Selasa lepas I cuti. I tak kerja. Tengok tengok hari Sabtu, Enna hantar mesej kat FB dia turun Ipoh untuk melawat nenek dia yang sakit hari Selasa. OK!bila nenek kau sakitlah baru kau nak turun Ipoh kan? Ingatkan nak beli kek then cucuk lilin 3 batang untuk meraikan kedatangan dia kat Ipoh. Kenapa 3 batang, kenapa tak sepoloh?? Sebab dia dah tak lawat IPoh selama 3tahun.



Enna! Sapa Enna? Enna batang pisang? Enna makaroni? Enna Banana? Enna Mariana?
Dia budak sesat dari Pahang yang datang sekolah I waktu kami umur Form 5. Semua dah bz nak SPM dia pula boleh datang menumpang dekat sekolah kami(MGS) sebab dia telah membunuh 3orang pelajar lelaki kat sekolah lama dulu. Tengok!Punyalah samseng kawan I yang sowang ni. Dalam setahun tu je kami da jadi rapat, bukan kami tapi semua kawan-kawan yang lain sebab dia pandai amik hati bawa sandwich yang dia buat dari rumah bagi semua kawan makan. Dan terima kasih kepada Tom sebab wujudkan Myspace so dat kami boleh berinteraksi tanpa sempadan. OK!Tapi kini selamat tinggal MYSPACE(say bubbly bai ramai ramai) sebab kami da ada Facebook.


I BANGGA SEKEJAP SEBAB I MACAM TAU TAU JE DIA NAK DATANG IPOH SEBAB TU APPLY CUTI HARI SELASA. OK, poyo!



Tengok bangunan biru tu. Itulah COSMOPOINT. Sumpah malu nak mengaku tapi tak apa it's my last sem. YAHOO!!


Seperti biasa mesti I yang akan jadi driver pungut semua rakan-rakan kalau nak pergi berhibur. Jadi perkara pertama kena pungut Apek then baru pungut si Enna. Then, otak jem tak tau nak pergi mana. Biasalah kata Ipoh, jadi nak tak nak kena pergi Jusco je larhh. Tujuan nak main bowling tapi ungkus pula tak cukup jadi makan je larr jawabnya.



weyhh bukti untuk mengatakan memang Enna ada di Ipoh ketika ini. TAK TIPU!



Untuk menguatkan kenyataan yang Enna sememangnya berada di Ipoh, mengambil gambar dalam tandas adalah satu KEWAJIPAN


tidak dapat disangkal lagi lighting dalam tandas cuntik


tengok!Enna punya kasut warna stunning gila. Dia bangga kot beli sandal tu dengan harga RM10


ok! Yang tengah mati dulu<=kepercayaan karut


Lepas tu memang da tak ada tujuan sangat, kami pon bercadang nak pergi dermakan suara dekat karaoke at Greentown Mall. Sucks Weyhh! I tak suka tempat tu. Dahlah orang jaga tua asyik lalu lalang tempat kiterowang, apa ingat kami nak beromen ke? Then lampu tak boleh malapkan lagi, suara orang sebelah yang sumbang pon kami boleh dengar then speaker pecah pecah. WTH! Buat I punya suara yang lunak ni tak dapat dibanggakan depan Enna sebab terkeluar suara bapuk.



Apek cakap macam orang tengah baca paper padahal tengah pilih lagu apa nak nyanyi



tengok betapa girangnya kami


Lepas tu tah apasal si Enna ni boleh plaks dia teringin nak makan Mee Rebus jadi I dengan Apek pun bawalah dia pergi Megoplex. Kesian kan nanti mampos pula anak dia. Anak tekaklah!


menikmati mee rebus


BIla nak balik semua pakat buat muka sedih. Serius sedih OK sebab bila nak melepaskan Enna pergi tu tiba-tiba tak terngiang lagu Innuendo-Jangan Kau Pergi kat telinga. Untuk mengurangkan kerinduan, I dengan Enna saling tukar hadiah. Tengok! Mana nak cari rakan yang baru 5bulan tak jumpa bila jumpa kasi hadiah. Sedangkan birthday pun liat nak kasi hadiah inikan sekadar suka-suka nak jumpa. Susahkan??


ENNA kasi bantal handmade ok!Dia jahit sendiri. Bentuk L.O.V.E lagi so amat terharu.


sebelah tulis ENNI


sebelah lagi tulis ENNA


TAPI



I hanya kasi selendang je. Tak handmade pun. T_T


ENNA! I HARGAI SANGAT TO HAVE FRENZ LIKE U walaupun kita dipisahkan dengan jauh(kau di Kuantan, aku di Ipoh) tapi kita tetap maintain KAWAN. Kau akan contact aku untuk bertanyakan khabar sihat ke atau dah mati ke aku ni, bukannya contact aku sebab nak mintak aku amik kau dari Medan Gopeng untuk jumpa bf kau mahupun hanya contact bila kau nak jadikan aku driver. Gilalah kan kalau aku tak hargai? So dari sini aku terbangkan hugs n kisses. Ko rasa tak?

13 comments:

cha said...

ALAH SWEETNYA.AKAK SYG AINEE GAK.NAK SHAWL GAK PLEASE :P

siggplus said...

wiken ni aku balik ipoh..jom lepak2 weh

Ainee Cumi said...

k.sasha: tahun depan gerenti kita jumpa ok!aini belikan akak shawls..hemm akak suka corak mcm mana??meh aini post

Ainee Cumi said...

siggplus: aku kalau jumpa lelaki ni mmg payah r kan si apek nak lepas..kita jumpa dalam internet je r..ko tengok aku, aku tengok ko..bhahahha!tapi aku cadang nak lepak ngan huda sekali mggu depan, jom r join

Ainna Jalil said...

gila ah statement kau yg terahir tu..
mau sentap sape2 yang pernah buat kau macam tu..

ainee i love you so much..
aku pun x paham kenapa aku baik sgt ngn kau sdangkan kita jauh..
hahaha
x tau bila bleh p ipoh lagi =(

Natasha Rahman said...

kasut dia comel lol.
bila pulak turn i ni?
:P

Ainee Cumi said...

enna: bia r sentap ke apa..ye r itu maknanya bukan true frenz r kan..ko akui tak??

i love u to enna banana

Ainee Cumi said...

enna: bia r sentap ke apa..ye r itu maknanya bukan true frenz r kan..ko akui tak??

i love u to enna banana

Ainee Cumi said...

NR: ahahhahaha jangan puji...bangga kang dia...alah rm10 je gi r beli..=D

turn dapat shawls ke bantal??ke dapat kawan yang baik??

Ainna Jalil said...

peh..ada org puji kasut aku weh!
hahaha

zra TheRARA said...

aineeeeeeeeeeeeeeeeeee chumel gileeeeeeeeeeeeeeeeeee!!
so hawt! damn pwetty girl1
:D ngeeeee~

Ainee Cumi said...

enna: tak yah kau nak megah..dia pon buta macam kau kot..heh!

Ainee Cumi said...

zra: gambar tu menipu je

TOURIST SPOT IN KYOTO

ARAHIYAMA 1. ARASHIYAMA Jangan lupa singgah dan duduk santai-santai di tepi sungai berhampiran Togetsu-Kyo Bridge. Serius mendamaikan...