Thursday, January 29, 2015

Keracunan Makanan

Jangan buat main woooo keracunan makanan. Pertama kali I dengan Amirul kena. Umur 26 tahun kena keracunan makanan. Oh my!! Seksa gila.

1. Urat badan semua rasa lemah sangat
2. Cirit-birit (ni Amirul je kena. Nasib baik)
3. Minum je muntah. Makan je muntah. Muntah sampai benda kuning yang pahit tu tau. Sampai perut tak tinggal apa
4. Badan rasa dedar je nak demam

Up status kat facebook. Semua orang risau. Semua suruh pergi klinik. Belum lagi ibuku sayang lagi. Dia punya risau tu macam setiap jam dia nak telefon.

Kakak sedara kami doktor cakap tak payah pergi klinik. Dia akan sembuh sendiri. Sebab cirit birit tu dia nak keluarkan toksik dalam badan kita.

Apa yang kami buat untuk sembuhkan keracunan makanan ni ialah:-
1. Rehat banyak-banyak. Baring je.
2. Minum air sip sikit-sikit.
3. Minum 100plus atau apa apa air isotonik and yakult (no vitagen).
4. Pakai stokin kat kaki bagi elak angin masuk.
5. Minum air kopi pekat.

The next day alhamdulillah kami dah okay sepenuhnya. Tapi for me pengalaman perit muntah-muntah dan tak lalu nak makan waktu I pregnant 3-5 bulan tu lagi teruk dari keracunan makanan ni. So keracunan makanan ni masih lagi boleh handle. Amirul je lah susah nak handle sikit sebab dia tak pernah kena kan.

Katanya ni Allah nak tunjuk kat dia, "sayang pregnang ni sakit kat belikat, lenguh, kaki kebas". Alahaiii so sweet. Macamlah dia tak jaga kita elok-elok kata macam tu. Geget kang!!! He is such a wonderful husband.

GARANG MACAM SINGA, MANIS MACAM GULA.

okay itu je lah tips untuk ubat keracunan makanan secara semulajadilah sangat kononnya.

:)

Thursday, January 15, 2015

Ibuku Sayang

Semalam.
Ibu dengar aku batuk-batuk.
Kandungan aku sudah masuk 33minggu++.
Terus ibu cakap dia nak cari 'buah batuk'.
Suruh aku makan.
Aku macam what the thing is that??
Adakah buah itu mengeluarkan bunyi seperti batuk apabila kita pegang dia?
Atau buah itu beebentuk kecil seperti bola?

Memang aku batuk kuat batuk kering sejak minggu lepas.
Aku telan ubat batuk pun tak baik baik.
Asal malam je lagilah over batuk aku.

Pukul 3 lebih ibu dah ready nak keluar.
Katanya nak pergi pasar gunung rapat nak cari buah tu.
Pukul 5 ibu pesan dekat Ifa suruh siap nanti ibu hon je silalah keluar.
Ohhh.... Ifa ada tuition hari ni.
Aku macam apehal pergi pasar yang jauhnya 5 minit pun ambil masa 2 jam??
Ifa cakap ibu memang! Kalau keluar lupa diri.
Aku mengekek kecil.
Comelnya ibu aku ni.

Tepat pukul 5 petang.
Ibu tak balik lagi.
Aku cakap kat Ifa kalau ibu tak balik lagi akak boleh hantarkan pergi tuisyen.
5.05 petang aku pun hantar Ifa ke tuisyen Yoong Foong.
On the way nampak kereta ibu, aku tuju selatan dia tuju utara.
Pin! Pin!
Aku hon.

Settle dah hantar Ifa, aku balik rumah Ibu balik.
Kesian pula nanti kalau terus balik sebab dia dah pesan, "akak jangan balik lagi tau. Tunggu ibu".
Sampai rumah tanya ibu mana buahnya.
Ibu cakap tak ada jual kat pasar gunung rapat.
Malam nanti nak tengok dekat pasar malam rapat setia.
Ehh habis tu ibu keluar pergi mana 2 jam?
Ke salun katanya.
Gunting rambut.
Amirul cakap memang Atashinci sangat ibu ni.

Ibu cakap dia demam.
Badan panas.
Aku suruh baring. Rehat. Jangan penat sangat.
Dia cakap dia ohkayy!! Nak carikan akak buah batuk tu jugak hari ni.
Tengok! Sendiri sakit pun masih ingat anak.
I love you sangat ibu.
You are the best mother Allah gave to us.

Iqa pun pulang dari kerja.
Terus dia ajak pergi pasar malam.
Aku nak ikut juga.
Tapi aku teman Iqa.
Duduk dalam kereta.
Nak teman ibu, ibu suruh tunggu dalam kereta.
Lama tu ibu pun balik dengan mengendong buah kiri kanan tangan.
Katanya habis RM100.
Mahal betul nilai nak ke pasar malam sekarang.

Hari ini Iqa bagitahu ibu tak larat.
Iqa yang kena hantar Ifa ke sekolah pagi ini.
Kasihan ibu.
Besarnya pengorbananmu Ibu.
Sakit kau sakit anak lagi diutamakan.
Semoga ibuku cepat sembuh.
Sakit itukan penghapus dosa.

Wednesday, January 14, 2015

Azam selepas pantang... Tetttt...

Orang cakap kalau kita ada azam kita kena tulis.
Barulah kita ingat dan orang lain akan ingatkan kita bila kita lupa maka kita akan malu kat diri sendiri kalau tak buat.

I plan to be a better Muslimah. To be a good example to my son. InsyaAllah. So planning memang kena ada sebab I work with plan. With schedule. Suka teratur je. Ada jadual dengan masa lagi baguihhh.

Azam schedule selepas pantang ialah:-

6.00am - mandi dan solat Subuh. Baca Al-quran.
7.00am - turun bawah. Prepare brekfes for husband. Nasi goreng ke, telur goreng ke, roti dengan mushroum soup ke. Janji ada dan prepare. Sebelum tu iron baju kerja dia dulu.
8.00am - sapu ruang tamu dan dapur. Jemur kain yang telah dibasuh semalam.
9.00am - mula hari dengan senyuman dan mula bekerja dengan hati riang dan gembira settlekan appointment.
1.00pm - lunch dengan kesayangan hati dan perform solat Zuhur.
2.00pm - settle kerja mana yang kena settle. Buat appointment untuk the next day.
4.00pm - balik rumah angkat kain di jemuran. Terus lipat kain. Siram pokok bunga. Solat Asar.
5.30pm - sudah start masak. Husband sudah mau sampai rumah lagi satu jam
6.30pm - dinner is serve. Lepas dinner boleh tengok drama kejap dengar azan terus solat Maghrib lepas tu baca Al Quran atau hadis-hadis nabi sambil tunggu Isyak masuk.
9.00pm - tengok tv. Scrool handphone kaaa amik tau sikit pasal perkembangan dunia. Baca buku ilmiah
10.00pm - have my quality sleep untuk bangun pagi dengan segar bugar esoknya.

Semua schedule ni ditulis berdasarkan anak tak nangis. Anak tak meragam. Maknya tak meroyan. Semua tip top. Which is memang harapanlah kan. Tapi kalau tak cuba lagi manalah tahu.

Okay. Print. Gam. Tampal kat board.

SET ASAS PENGURUSAN URI pun boleh buat duit weyh sekarang. NOTHING IS IMPOSSIBLE YOO!!


Apakah?? Apakah benar yang aku terjumpa dekat PERMATA HATI SHOP ini.
SET ASAS PENGURUSAN URI.
Harga?
Harga RM35.00
Bahan-bahan dia adalah barang yang kau boleh dapat dekat semua orang yang ada dapur termasuk dapur restoran.

* Garam - okay siapa tak ada garam kat rumah sah-sah dapur tu pun tak pernah berasap kan?
* Asam - come on!! Beli RM2 pu dah dapat berkeping keping
* Bekas tanah liat bertutup (ada lubang di bahagian bawah) - Okay yang ini tak ada tapi apakah perlu?? Tempurung kelapa sudah.
* Kain putih - kita nak warna pink boleh tak? 
* Sarung tangan latex - alah ni rembat je doktor punya kalau geli beno nak pegang uri anak tu haaaa

Kini Ainee Cumi Joe nak jual dengan harga RM20 je. Siapa nak beli?? Meh kontek makcik okay.

Kesimpulannya, sekarang ni zaman buat duit. 
Yang kena ada keazaman, rajin, jujur, kerja kena pantas dan semangat yang padu jitu tak kuat putus asa.
Kan?
Powerlah idea jual set uri ni.

Monday, January 12, 2015

#TRAVELDIARY - Singapore 3 Days 2 Nights

**entri ni dah dikarang pada tahun 2013 tapi tahun 2015 baru sambung balik menaip. Boleh? Mood malas gila nak menaip mengarang sebab dah lama sangat.

Alhamdulillah. Tahun lepas (2012) berangan je nak pergi Universal Studio Singapore dalam bulan 6-7 sekali tercapai. And yes! We're planning to go again.

Ada orang tau yang I ada exam in the morning on the 5th of July. Malam 4th of July tu dah bergerak pergi KL tidur rumah kawan yang baik, Chong. Chong ni kawan adik I. Memang baik sangat-sangat tau budaknya. I tidur pukul 3 pagi punyalah nak habiskan baca semua 12 chapter International Business tu. Orang lain semua dah tidur nyenyak diulit mimpi. Hebat pulak tu mata I tak mengantuk. Esok pagi bangun pukul 6 pagi terus bersiap pukul 7 pagi bertolak ke Shah Alam. Nasiblah adik yang drive so boleh tidur nyenyak kat belakang ya. Sampai dewan dalam pukul 8 lebih. Paper start pukul 8.30 pagi. Target nak kena habis jawab semua soalan dalam masa satu jam. Pukul 9.30 pagi dah kena keluar dewan sebab nak kejar pergi Subang Airport. Flight pukul 10.30 pagi. Alhamdulillah! Berjaya jawab semua soalan dengan gigih dan lancar dalam masa sejam. Memang pecutlah kan pergi airport. Sampai dalam pukul 10.10 pagi. Terus lari-lari anak cakap thank you to my sister and Chong. Nasiblah fireflyz boleh check in dalam masa 10 minit kalau tidak melepas.

Alahai comel gila Fireflyz. Tangga pun tak payah tinggi-tinggi. Besar lagi bas persiaran. Comel gila. Lepas tu dapat muffin yang oh mai sedap sangat. Dah lah pagi tu Chong belikan nasi lemak tapi I tak ada selera nak makan. Tekanan kot.

Naik flight pukul 10.30 pagi sampai kat Senai Airport, Johor pukul 11.25 pagi. Memang cut time betul. Harga tiket RM60 je seorang. Memang berbaloi. Kawan I dari Kl pun baru sampai pukul 11 pagi. Bertolak dari KL pukul 6 pagi. Bayangkan keras bontot berapa lama dalam bus tu?


5/7/13
11.30 - 12.30 - Melepak dekat JPO. Hermm tak ada apa yang best pun.
1.30 - 2.30 - Makan tengah hari di ............ Serius makanan dia memang the best food ever.
3.30 - Check in Selesa Hotel. Janganlah tinggal hotel ni. Tak best langsung. Dah lah mahal. RM250/- satu malam. Tak berbaloi.
5 petang - Jenjalan Legoland then pergi hotel nak dinner malam tu
7 malam - 11 malam - Dinner. Makanan super sedap super gemok.

6/7/13
6.30 pagi - Dah kena bangun nak pi breakfast.
11.00 pagi - barulah sampai USS. Gilalah imigration dia lembap gila. Mengundang kesabaran betul. Better naik flight. Naik bus ni susah sikit. First stop turun scan passport. Second stop kena turun bawa luggage semua then naik bus. Tapi yang bestnya bus ada laluan dia sendiri so cepat je tak payah nak beratur panjang macam kereta
5.30 petang - Check in Hard Rock Hotel. Memang sepoloh star bagi. Best gila. Selesa.

7/7/13
9 pagi - Breakfast kat Mcd.
10.00 pagi - Masuk sea aquarium. Tipsnya ialah dapat masuk terus je melulu masuk pergi Sea Aquarium tingkat bawah sebab nanti kalau leka tengok benda kat musium tu alamatnya kena beratur sampai sejam nak masuk sea aquiarium tu. Dan sila pergi bila tak ramai rang. Bila ramai orang tak best sebab kena berebut nak tengok ikan. :(

------------------------------------------------------------------------------------------------

Okay yang atas tu iternary I dengan Amirul.

Tips dia ada 2.
1. Nak pergi Singapore kalau dari Ipoh ni naik je lah kapal terbang. Tak ada lah kena beratur panjang dan penat dan lambat gila dekat Imigresen Singapore
2. Sila beli tiket EXPRESS untuk masuk USS. Why? Sebab ianya sangat berbaloi walaupun mahal. Sebab apa? Sebab dapat jimat wang dan tenaga
3. Tinggal dekat Hard Rock Hotel pun berbaloi. Boleh sumbat masuk smapai 10 orang rasanya tapi yang dapat tidur kat katil maybe 4-6 orang. Selebihnya tidur bawah lantai tapi serius berbaloi....
4. Kalau masuk Aquarium tu pergi je Aquarium pi tengok ikan-ikan tu dulu. Last nanti baru pergi tengok museum dia sebab kita akan lalau balik museum tu.
5. Make sure tak clash dengan musim cuti sekolah kat Singapore ya.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Kudap-kudap. RM60 je fly ni dari Subang ke Johor. Memang berbaloi. Jimat masa, tak adalah sakit pinggang dan of course muffin dia terbaik. Sodap!


Hotel Legoland yang waktu tu baru nak siap. Comel!! Tapi harga tiket nak masuk Legoland ni yang tak berapa nak affordable. Apalah mahal sangat. Baik masuk USS.


TRANSFORMERS. Nak menunggu barisan dia memang bercinta habis. Sejam nak dekat 2 jam jugaklah. Tu sebab cakap baik beli tiket exress tu lagi untung.


Takut dengan Joker ni. Dia suka kejar orang.



SHREK. Movie bergerak dia memang best. Okay yang ni beratur kejap je. I sebab penat sangat siap tertidur dalam panggung tu. Memang real ahh Shrek ni. Thumbs up!


SIAPA PERGI SINI TAK NAIK MUMMY RETURNS PUNYA RIDE SILA MENYESAL SEKARANG!! DIA LAGI BEST DARI TRANSFORMERS YANG ORANG CAKAP BEST BEST BEST TU!




Rasanya show ni ada waktu hri Sabtu dan Ahad sahaja. Kallau tak silap lah. Memang best! Memang fun! Memang havoc! Tak adalah macam kat Sunway Lagoon punya. KIhkihkih!



Hotel kami. SUPERB!! Satu malam dalam RM800-RM1,000. Berbaloi!


SEA AQUARIUM. Best sebab dapat tengok ikan-ikan. Dapat belajar sejarah Islam, Cina, India. Best! Kena masuk tau dah alang-alang sampai sini.


Akhir kata siaa yang tak sampai lagi USS silalah sampaikan diri ke sana. AWESOME RIDES!

-THE END-

Saturday, January 10, 2015

SEKILAS...

Sudah masuk 2015 dah.
Umur pun dah 26 tahun walaupun belum sambut ulang tahun kelahiran lagi.

Update?
Banyak sangat nak update.

Kalau bab travel ada banyak jugak aku tak update ni.
JAKARTA-BANDUNG, KOREA dan yang paling latest sekali MABUL, SABAH.
Tahun 2015 ni mungkin aku dengan Amirul cuti kat rumah je lah. Tak pergi mana-mana.
Sebab kami bakal menimang cahaya mata pertama kami setelah puas melancong ke sana ke mari.
Teeheee!!
Tapi mungkinlah.
Mana mungkin tak pergi mana-mana.
Plan nak ke Lombok. Tak pun Boracay. Tak pun Pulau Perhentian je.
Bagi aku pulau kat Malaysia memang WIN!

Lagi nak update pasal apa?

Pasal life.
Sekarang ni aku dah nak masuk 33 minggu mengendong nyawa kecil dalam rahim aku.
Kadang tu aku pun lupa ada mengandung.
Dah masuk 33 minggu ni buat aku jadi malas dan cepat penat.
Ye lah perut dah  boyot kan.
Tadi siang ayam pun terus surrender minta suami yang sambung masak.
Aku sediakan bahan then dia potong potong masuk je.
Masak ayam paprik. Nyums!
Kadang aku rasa husband aku ni ada magic ke.
Semua yang dia masak mesti sedap.
Agak dia pun rasa aku macam tu tak?
Hehehehe!
Ohhh lupa nak bagitahu.
Aku sekarang ni AGENT TAKAFUL.
Maka siapa yang tak berTAKAFUL lagi tu mohonlah roger aku kat 012.413.2346
Alhamdulillah! Aku bahagia kerja ni. Bagi aku kerja ni mulia.
Tolong orang.
Tolong orang yang memerlukan dan si pencarum pun tolong orang lain.
Pendek kata semua pun bawak kebaikan dalam circle TAKAFUL ni.

Hermmm lagi ehh??

Haaaaa nak komplen.
Aku nak komplen kenapa teknologi kita ni cepat sangat?
Aku rasa macam baru semalam je aku pakai telefon yang hanya boleh call dan sms.
Cepat sangat teknologi kejar kita.
Dulu kalau nak update belog kena bukak komputer dan update.
Sekarang ni kat henpon pun boleh update.
Ohh tapi aku tetap malas.
Aku suka lagi buka komputer dan update.
Aku rasa zaman kita ni zaman HAMBA KEPADA TEKNOLOGI.
24 jam kita pegang henpon.
Aku baru je selesai baca 'BUKU CATATATAN MAT LUTHFI'.
Aku ambil masa 2 hari je habiskan bacaan.
Lepas habis baca aku cuba pejamkan mata tapi tak boleh.
Aku lagi sikit je nak capai HENPON SAMSUNG GALAXY NOTE 3 aku tu.
Nasib. Nasib aku tahan.
Sebab dah lama sangat aku hambakan diri aku kat henpon tu scrool scrool scrool si FACEBOOK tu, dah lepas tu INSTAGRAM pulak lepas tu paling aku suka tengok PINTEREST. Berangan.
Dari pagi sampai ke petang.
Nasib Twitter dah tak ada kalau tidak semua apa benda kau rasa aku rasa apa aku buat aku bermonolog kat Twitter.
Ishh gilalah!
Cukup-cukuplah.
Kadang aku rasa bagus juga ada teknologi. Memudahkan.
Kadang aku rasa eeee teruklah teknologi ni. Mudah sangat sampai hubungan yang dekat pun boleh jadi jauh.
Tapi hubungan yang jauh boleh jadi dekat wooo.
Mesej pun free je. Ada whatsapp. Ada whatsapp group.
Aku cuba nak jadi macam dulu.
Simple life.
Nak online kena pergi kat komputer.
Takat mana kita lalu nak menghadap komputer sebab gila kau screen dia besaq gila kot, tak privacy lah.
TAPI......
MIMPILAH KAU!!

Haishh panjang pulak aku type pepagi buta ni.
Sambil pakai spek  mata gitu.
Duduk atas katil.
Perghhh aku rasa macam seorang blogger terkenal full time, hidup dengan duit berblogging je tak payah buat kerja apa dah. Blog je kerja kau siang pagi petang malam.
Malangnya MIMPILAH KAUUU!!
Your life is not that easy, AINI!!

Doakanlah aku lebih rajin berblog daripada aku dok scrool scrool scrool henpon tu.
Tak ada korje ehhh tengok Facebook je.
Curse you Facebook.


Nah gambar terbaru aku dan suami. Dah 26 tahun oiii.

TOURIST SPOT IN KYOTO

ARAHIYAMA 1. ARASHIYAMA Jangan lupa singgah dan duduk santai-santai di tepi sungai berhampiran Togetsu-Kyo Bridge. Serius mendamaikan...