Saturday, January 10, 2015

SEKILAS...

Sudah masuk 2015 dah.
Umur pun dah 26 tahun walaupun belum sambut ulang tahun kelahiran lagi.

Update?
Banyak sangat nak update.

Kalau bab travel ada banyak jugak aku tak update ni.
JAKARTA-BANDUNG, KOREA dan yang paling latest sekali MABUL, SABAH.
Tahun 2015 ni mungkin aku dengan Amirul cuti kat rumah je lah. Tak pergi mana-mana.
Sebab kami bakal menimang cahaya mata pertama kami setelah puas melancong ke sana ke mari.
Teeheee!!
Tapi mungkinlah.
Mana mungkin tak pergi mana-mana.
Plan nak ke Lombok. Tak pun Boracay. Tak pun Pulau Perhentian je.
Bagi aku pulau kat Malaysia memang WIN!

Lagi nak update pasal apa?

Pasal life.
Sekarang ni aku dah nak masuk 33 minggu mengendong nyawa kecil dalam rahim aku.
Kadang tu aku pun lupa ada mengandung.
Dah masuk 33 minggu ni buat aku jadi malas dan cepat penat.
Ye lah perut dah  boyot kan.
Tadi siang ayam pun terus surrender minta suami yang sambung masak.
Aku sediakan bahan then dia potong potong masuk je.
Masak ayam paprik. Nyums!
Kadang aku rasa husband aku ni ada magic ke.
Semua yang dia masak mesti sedap.
Agak dia pun rasa aku macam tu tak?
Hehehehe!
Ohhh lupa nak bagitahu.
Aku sekarang ni AGENT TAKAFUL.
Maka siapa yang tak berTAKAFUL lagi tu mohonlah roger aku kat 012.413.2346
Alhamdulillah! Aku bahagia kerja ni. Bagi aku kerja ni mulia.
Tolong orang.
Tolong orang yang memerlukan dan si pencarum pun tolong orang lain.
Pendek kata semua pun bawak kebaikan dalam circle TAKAFUL ni.

Hermmm lagi ehh??

Haaaaa nak komplen.
Aku nak komplen kenapa teknologi kita ni cepat sangat?
Aku rasa macam baru semalam je aku pakai telefon yang hanya boleh call dan sms.
Cepat sangat teknologi kejar kita.
Dulu kalau nak update belog kena bukak komputer dan update.
Sekarang ni kat henpon pun boleh update.
Ohh tapi aku tetap malas.
Aku suka lagi buka komputer dan update.
Aku rasa zaman kita ni zaman HAMBA KEPADA TEKNOLOGI.
24 jam kita pegang henpon.
Aku baru je selesai baca 'BUKU CATATATAN MAT LUTHFI'.
Aku ambil masa 2 hari je habiskan bacaan.
Lepas habis baca aku cuba pejamkan mata tapi tak boleh.
Aku lagi sikit je nak capai HENPON SAMSUNG GALAXY NOTE 3 aku tu.
Nasib. Nasib aku tahan.
Sebab dah lama sangat aku hambakan diri aku kat henpon tu scrool scrool scrool si FACEBOOK tu, dah lepas tu INSTAGRAM pulak lepas tu paling aku suka tengok PINTEREST. Berangan.
Dari pagi sampai ke petang.
Nasib Twitter dah tak ada kalau tidak semua apa benda kau rasa aku rasa apa aku buat aku bermonolog kat Twitter.
Ishh gilalah!
Cukup-cukuplah.
Kadang aku rasa bagus juga ada teknologi. Memudahkan.
Kadang aku rasa eeee teruklah teknologi ni. Mudah sangat sampai hubungan yang dekat pun boleh jadi jauh.
Tapi hubungan yang jauh boleh jadi dekat wooo.
Mesej pun free je. Ada whatsapp. Ada whatsapp group.
Aku cuba nak jadi macam dulu.
Simple life.
Nak online kena pergi kat komputer.
Takat mana kita lalu nak menghadap komputer sebab gila kau screen dia besaq gila kot, tak privacy lah.
TAPI......
MIMPILAH KAU!!

Haishh panjang pulak aku type pepagi buta ni.
Sambil pakai spek  mata gitu.
Duduk atas katil.
Perghhh aku rasa macam seorang blogger terkenal full time, hidup dengan duit berblogging je tak payah buat kerja apa dah. Blog je kerja kau siang pagi petang malam.
Malangnya MIMPILAH KAUUU!!
Your life is not that easy, AINI!!

Doakanlah aku lebih rajin berblog daripada aku dok scrool scrool scrool henpon tu.
Tak ada korje ehhh tengok Facebook je.
Curse you Facebook.


Nah gambar terbaru aku dan suami. Dah 26 tahun oiii.

2 comments:

Huda Luna said...

update blog lagi best ekekeke

Ainee Cumi said...

Amboih Huda. hehehhehh!