Thursday, January 15, 2015

Ibuku Sayang

Semalam.
Ibu dengar aku batuk-batuk.
Kandungan aku sudah masuk 33minggu++.
Terus ibu cakap dia nak cari 'buah batuk'.
Suruh aku makan.
Aku macam what the thing is that??
Adakah buah itu mengeluarkan bunyi seperti batuk apabila kita pegang dia?
Atau buah itu beebentuk kecil seperti bola?

Memang aku batuk kuat batuk kering sejak minggu lepas.
Aku telan ubat batuk pun tak baik baik.
Asal malam je lagilah over batuk aku.

Pukul 3 lebih ibu dah ready nak keluar.
Katanya nak pergi pasar gunung rapat nak cari buah tu.
Pukul 5 ibu pesan dekat Ifa suruh siap nanti ibu hon je silalah keluar.
Ohhh.... Ifa ada tuition hari ni.
Aku macam apehal pergi pasar yang jauhnya 5 minit pun ambil masa 2 jam??
Ifa cakap ibu memang! Kalau keluar lupa diri.
Aku mengekek kecil.
Comelnya ibu aku ni.

Tepat pukul 5 petang.
Ibu tak balik lagi.
Aku cakap kat Ifa kalau ibu tak balik lagi akak boleh hantarkan pergi tuisyen.
5.05 petang aku pun hantar Ifa ke tuisyen Yoong Foong.
On the way nampak kereta ibu, aku tuju selatan dia tuju utara.
Pin! Pin!
Aku hon.

Settle dah hantar Ifa, aku balik rumah Ibu balik.
Kesian pula nanti kalau terus balik sebab dia dah pesan, "akak jangan balik lagi tau. Tunggu ibu".
Sampai rumah tanya ibu mana buahnya.
Ibu cakap tak ada jual kat pasar gunung rapat.
Malam nanti nak tengok dekat pasar malam rapat setia.
Ehh habis tu ibu keluar pergi mana 2 jam?
Ke salun katanya.
Gunting rambut.
Amirul cakap memang Atashinci sangat ibu ni.

Ibu cakap dia demam.
Badan panas.
Aku suruh baring. Rehat. Jangan penat sangat.
Dia cakap dia ohkayy!! Nak carikan akak buah batuk tu jugak hari ni.
Tengok! Sendiri sakit pun masih ingat anak.
I love you sangat ibu.
You are the best mother Allah gave to us.

Iqa pun pulang dari kerja.
Terus dia ajak pergi pasar malam.
Aku nak ikut juga.
Tapi aku teman Iqa.
Duduk dalam kereta.
Nak teman ibu, ibu suruh tunggu dalam kereta.
Lama tu ibu pun balik dengan mengendong buah kiri kanan tangan.
Katanya habis RM100.
Mahal betul nilai nak ke pasar malam sekarang.

Hari ini Iqa bagitahu ibu tak larat.
Iqa yang kena hantar Ifa ke sekolah pagi ini.
Kasihan ibu.
Besarnya pengorbananmu Ibu.
Sakit kau sakit anak lagi diutamakan.
Semoga ibuku cepat sembuh.
Sakit itukan penghapus dosa.

No comments:

Kedai Runcit Online

I ni jenis pemalas betul nak keluar dari rumah. Kalau boleh semua nak orang belikan buatkan hantarkan and etc. Masak bolehlah rajin jugak ...