Orang cakap kalau kita ada azam kita kena tulis.
Barulah kita ingat dan orang lain akan ingatkan kita bila kita lupa maka kita akan malu kat diri sendiri kalau tak buat.
I plan to be a better Muslimah. To be a good example to my son. InsyaAllah. So planning memang kena ada sebab I work with plan. With schedule. Suka teratur je. Ada jadual dengan masa lagi baguihhh.
Azam schedule selepas pantang ialah:-
6.00am - mandi dan solat Subuh. Baca Al-quran.
7.00am - turun bawah. Prepare brekfes for husband. Nasi goreng ke, telur goreng ke, roti dengan mushroum soup ke. Janji ada dan prepare. Sebelum tu iron baju kerja dia dulu.
8.00am - sapu ruang tamu dan dapur. Jemur kain yang telah dibasuh semalam.
9.00am - mula hari dengan senyuman dan mula bekerja dengan hati riang dan gembira settlekan appointment.
1.00pm - lunch dengan kesayangan hati dan perform solat Zuhur.
2.00pm - settle kerja mana yang kena settle. Buat appointment untuk the next day.
4.00pm - balik rumah angkat kain di jemuran. Terus lipat kain. Siram pokok bunga. Solat Asar.
5.30pm - sudah start masak. Husband sudah mau sampai rumah lagi satu jam
6.30pm - dinner is serve. Lepas dinner boleh tengok drama kejap dengar azan terus solat Maghrib lepas tu baca Al Quran atau hadis-hadis nabi sambil tunggu Isyak masuk.
9.00pm - tengok tv. Scrool handphone kaaa amik tau sikit pasal perkembangan dunia. Baca buku ilmiah
10.00pm - have my quality sleep untuk bangun pagi dengan segar bugar esoknya.
Semua schedule ni ditulis berdasarkan anak tak nangis. Anak tak meragam. Maknya tak meroyan. Semua tip top. Which is memang harapanlah kan. Tapi kalau tak cuba lagi manalah tahu.
Okay. Print. Gam. Tampal kat board.
1 comment:
hahahahahahaha all the best ainee
tp aku yakin akan ke laut
tambah2 tido kul 10
memang mustahil
T___________T
Post a Comment