Thursday, August 27, 2009

dating itu bukan mudah seperti ABC episod 1


kadang-kadang bila kita dah couple atau kahwin lama sangat sure kita rasa macam "eee boringnya asyik buat benda sama je everyday. nak buat apa lagi erkk" ada tak rasa macam tu?

ye larrhh tiap-tiap kali keluar dating asyik tengok wayang je takpon keluar lepak minum dekat kedai mamak atau sekarang dah advance sikit lepak kopitiam.=D

almaklumlah dah kapel 3-5tahun, apa lagi tak pernah buat bersama?owh saya tau persetubuhan je tak pernah buat. bagus!masih tau batas-batas agama.
dah tak payah nak angguk kepala lagi. meh saya kasi idea dating sikit nak?



1. MAIN ROLLER BLADE
eee bila cakap pasal roller blade ni rindu zaman kecik kecik. berlumba dengan adik lelaki i, eddy dan adik perempuan i, iqa. seperti biasa yang hebat tentunya i.

HOT SPOT untuk warga ipoh : TAMAN D.R

kalau anda ada roller blade sarungkan aja di kaki anda then bergegaslah ke taman berdekatan. romantik apa. boleh pegang tangan sambil main rollerblade ataupon kalau nak aksi lebih comel berpura-pura nak jatuh sambil berharap si dia memeluk pinggang anda (WAU MACAM DALAM FILEM!). ceewahh padahal pakai roller blade yang 2 depan 2 belakang tu. saja mengada kan? tapi takpe even cardcaptor sakura pon nak bermanja dengan jejaka hati dia.





2. MEMETIK BUAH
mana lagi tempat yang sesuai kalau bukan CAMERON HIGHLANDS. boleh petik petik buah strawberry lepas tu ada satu tempat tu dia siap boleh suruh orang tolong buatkan ice cream untuk kita lagi. how sweet was that?


3. TENGOK BOLA
memang panas bila tengok bola tapi seriously it was damn fun. boleh jerit. boleh maki(OPSS JANGAN CONTOHI!).

then balik nanti boleh kutuk cakap "ee bodohlah player no.10 tu, senang gila nak goal tapi boleh pulak dia pass bola tu kat orang lain, kalau tak dah menang dah".
mengkritik orang memang semudah ABC





4. BOWLING
cakap pasal bowling sepanjang i kapel dengan apek tak pernah berbowling dengan dia. pernahlah but before couple.how sad was dat?

jadi anda semua cepatlah ke bowling center bersama pasangan anda dan jangan lupa rakam memori bersama. ececececehh!!kalau boleh jangan letak nama betul, letak nama samaran macam cupcakes baby ke, sarip dol kampung pisang ke. ewah!ewah! then siapa yang kalah sila turut apa sahaja permintaan yang pemenang mintak. what do u think?



5. FUNFAIR
hey gals, chill! funfair bukan untuk anak-anak kecil sahaja tapi untuk remaja dan orang dewasa macam kita. apa kata kita suruh dia menangkan hadiah untuk kita, kalau dia dapatkan kita teddy bear sure seronokkan?? then boleh beli cotton candy boleh share waktu naik ferris wheel.



6. TEST DRIVE
sound silly? yeah!memang gila tapi apa salahnya. kita tanya si dia apa kereta idaman dia then pergi dekat dealer yang berdekatan and then mintak nak test drive kereta paling mahal kat sana. i pon nak buatlah lepas ni tapi sure apek deny gila-gila.






7. MAIN LAYANG-LAYANG
eee sumpah sangat teringin nak main layang-layang. nak beli tapi apek cakap nak buatkan tapi until now tak ada pon. T_T

mesti best kan?awak naikkan saya tarik! then tulis hajat-terbangkan tinggi-tinggi-lepas!

HOT SPOT untuk warga ipoh : TAMAN POLO



8. BAKE COOKIES, MUFFIN O CAKES TOGETHER
must be fun for sure. lepas tu apa lagi ambillah kesempatan calit tepung kat muka dia. opss!tapi kalau kamu malas, sila hindari. nak kemas dapur itu memang satu kemalasan tahap gaban lagi-lagi kalau tepung bersepah sana sini


9. MENVOLUNTERKAN DIRI
macam pergi rumah anak yatim ke, rumah kanak-kanak istimewa ke. sambil dating leh buat amal jariah betol tak? tapi i rasa lagi seswai untuk pasangan yang sudah berkahwin sebab kalau couple ni macam kurang manis pulaks. ehh ye ke?OK saya masih naif



10. DAFTAR KELAS TARIAN
tak kiralah tarian ballet ke, salsa ke, chacha ke, janji kelas tarian. serius fun! sambil dating boleh belaja menari tapi duit terbanglah sikit. and boleh bisa bikin kita kurus juga! itu yang paling sempoi. (JANGAN TARIAN BOGEL SUDAH!)






dah lahh tu bulan-bulan puasa ni tak ada mood pulak nak berblogging cuma merayap melompat lompat tengok blog orang lain je. tapi korang rasa episod i ni akan bersambungan tak? ye larhh i ni da banyak episod berhenti setakat episod 1 je.=D

but then, harapnya idea ni dapatlah membantu u all yang dah kering idea tak tau nak buat apa selain tengok wayang. enjoy!!cheers!!



ohsopopup: esok enivesari yang ke-4 tahun. tak ada idea nak celebrate kat mana. u all ada idea?

Monday, August 17, 2009

gossip girl text me saying dat JUSCO IPOH also got H1N1

gossip mengatakan 4orang dah terkena penyakit H1N1

mula-mula peniaga food court yang kena kemudian diikuti dengan 3 orang yang berkunjung ke JJ Ipoh.


sejauh mana kebenarannya, saya pon tak tahu


no wonderlah saya tengok ramai orang tanpa segan silu memasang mask yang da macam purdah tu sambil hati kecil kawan saya berkata "baik takyah datang Jusco kalau takut sangat"

sekali kita dah kena baru tahu cik kak oii. macam saya ni haa dah 3hari tersiksa.


pengajaran untuk aini, SILA PAKAI TOPENG WALAU DI MANA SAJA ANDA BERADA WALAUPON KETIKA DI DALAM TANDAS. sambil mencegah penyakit H1N1 boleh cegah bau busuk.


LEBIH BAIK MENCEGAH DARI MENGUBATI, sekali kena memang seksa wooo




p/s: trima kasih sangat sebab concern terhadap saya kawan-kawan. suhu badan saya dah menurun dan saya sudah kembali bekerja sebab tak mau cuti lama-lama nanti ada orang dengki.

Saturday, August 15, 2009

Tentang SAYA semalam!

semalam sehingga hari ini saya sakit

ingatkan kalau jadi ketua pari-pari takkan sakit, tapi rupanya sakit juga.
eee nak letak jawatan larr macam ni

suhu badan saya 39.7
lagi tinggi dari apek

kemungkinan besar penghidap jadi nak minta maaf pada semua orang jikalau pernah mengguris perasaan korang selama saya berkawan dan menjadi musuh di mata kau orang

T_T

Thursday, August 13, 2009

Musim Sakit Ke SEKARANG?

masuk ni dah 4hari saya keseorangan bila tiba waktu lunch sebab apek tak sihat. T_T

1) demam
2) selsema
3) batuk
4) asthma


MyEm0.Com
saya baca dalam paper sekarang ni si penyakit H1N1 tu dah membunuh 41 orang
woiii!! 41 orang tu dalam masa beberapa hari je.T_T
ganas btol penyakit ni kan??

wahai khinzir-khinzir pergilah bunuh diri korang sendiri dari bunuh orang.


tapi apek memang baik hati sebab sanggup keluar sakit-sakit untuk teman saya pergi tengok wayang cerita setem.


IKLAN
citer setem memang beshh!!kelakar sangat. tak rugi duit mak bapak korang kasi. tak adalah macam cerita senario episod 1. LAWAK BODOH! dalam setem lawak dia pandai.

OK!IKLAN TAMAT!!




masa pusing-pusing dekat JJ,
apek cakap "sayang, kalau i pengsan tiba-tiba, u angkat yer!".

anda pon tau kan saya ni kejam so saya cakap, "alah kalau u nak pengsan janganlah pengsan depan i. pengsan larr dalam tandas ke apa then i balik rumah terus tidur mengharapkan ada orang lain tolong u. hehe!!"


shhhh!!!korang jangan nak mula mengumpat cakap saya jahat segala.babab kang!


tapi lebih kasihan bila saya tak ada kat sisi nak bawa dia pergi klinik sebab ada kerja jadi dia kena drive sorang-sorang dalam keadaan sakit pergi klinik kesihatan sebelah HILLCITY HOTEL tu sebab hari Isnin lepas dia dah pergi klinik swasta tapi takde perubahan pon. risau jugak dia kena virus BAB tu.


SUHU: 38.7
LAIN-LAIN: doktor sumbat pam pernafasan untuk memberi lebih oksigen
PESANAN doktor: jangan pergi tempat ramai orang. BAHAYA!


padahal saya dah beli tiket pergi KL 30/8 ni..bhahhaah!!
takpe kan b, lagi beshh dapat cuti seminggu.


ok!kenapa sekarang ni saya pula yang sakit tekak dan pening?

Sunday, August 9, 2009

bila rakan sekerja berkahwin....

maka kita haruslah HADIR(konon macam sambung ayat..tak boleh belah!!)

si PENYAMBUT TETAMU!!

sebaik menjejakkan kaki ke pintu pagar, kelihatan ramai sungguh manusia meratah pelbagai jenis juadah makan

tapi apa pasat semua orang yang makan ini CHINESE punya olang?
haiyaaa ini semua rakan sekerja GUA, saja mau kasi interframe muka DIA OLANG. =D


PELAMIN PENGANTIN!!
serba COKLAT..cantik!!
nasib baik tak chocolate..ermm nyum!NYUM!!NYUM!!
ye larrhh sambil bersanding, sambil makan pelamin sendiri, memang glam larr weiii. renjis pon tak guna daun pandan dah tapi guna choclate cadbury. bila orang renjis pengantin buka mulut ngap terus itu chocolate. CLASS GITU!!!


bunga telur ni. kreatif!!<333


ADRENALIN TERUJA TERHASIL secara berlebihan APABILA LIHAT PENGANTINNYA SAMA JANTINA




MARI LIHAT PENGANTINNYA!!































PENGANTIN SEKARANG DAH MODEN, BAJU TAK PAYAH SEDONDON, JANTINA TAK PERLU BERLAINAN..







HARAM weii!!!
jangan contohi kami. sila contohi pasangan di bawah.

inilah pengantin sebenar. berdiri tak sama tinggi sebab pengantin lakinya tinggi sangat!
makan tiang eletrik kot. tapi sama cantik, sama hensem, sama baju, sama PADAN!!
k.wanie sangat cantik!!



fuiyooo!!!perihal dalam bilik pon kami nak menyibok. perasan tak gambar kurang menyerlah

KERANA.......


gambar lebih menawan menusuk hati para kalbu dengan kehadiran kami. cecececewahhh!!


tapi paling saya gemar gambar ni. KAWIN MEMANG ROCKK WEIII!!
nantikan perkahwinan saya pula pada 28/08

kisah pengantin diakhiri dengan gambar bersama rakan-rakan sekerja. saya baru je kerja 2bulan tapi terasa sangat bahagia bersama MEREKA-MEREKA ini.
alah tapi muka ms. chooi leng kena potong pulak.kesian!!!


lastly, SELAMAT PENGANTIN BARU EN.ISA & K.WANIE.
SEMOGA PERKAHWINAN KALIAN DIBERKATI TUHAN & BAHAGIA DUNIA AKHIRAT.
AMIN!!!

Wednesday, August 5, 2009

SEHEBAT MIKAELA BANES

Badan megan fox cantik kan??
Apek selalu cakap badan dia cantik!! Busuk punya apek.
Tak apa, tak jeles pon sebab saya pun nak badan macam dia.
Para kaum adam kat luar sana sure dambakan girlfriend macam dia dalam TRANSFORMERS.


BAGI SAYA PEREMPUAN PANDAI REPAIR KERETA, MOTOR, LORI ITU SEKSI!!


Kan cantik kalau gambar passport saya secun gambar passport dia, sure ramai orang nak ambil saya bekerja kan??

1) muka cun
2) bibir mengiurkan
3) badan tip top
4) mata cantik..dari mata menusuk ke hati..perghh!!


APA LAGI KORANG NAK??


Tapi ada satu kecacatan pada jari. Tapi takpe!! Apa nak kisah, jari je!!


*envy!*envy*envy!
kenapa badan aku tak setiptop kau??



JANGAN NAK TERLIUR!!













Saya ingat saya boleh pegang watak mikaela banes sebab buat pertama kalinya berjaya menukar minyak hitam skuter sendiri tanpa pertolongan sesiapa. Weyhh!!Okie apa. Lepas ni saya tukar minyak hitam kereta pula, cara-cara dah tau dah. Belajar dari my yayah dan yadik. Lepas tu belajar macam mana nak hidupkan kenderaan menggunakan wayar kat bawah tu. Terasa seperti memegang watak mikaela lar pulak.
T_T


Then bolehlah gantikan megan fox dalam transformers 3. Bayaran lumayan wei. SUMPAH BERANGAN CAMTU!!NAKKK!! Tapi dari sekarang usaha mentiptopkan body kena gigih larrr. Kaki dah kurus sikit, tunggu badan ponggong lengan pulaks.
Takpe bulan puasa nak datang dah!!


SHUH!SHUH!Jangan nak B.E.R.A.N.G.A.N

Tuesday, August 4, 2009

Kejadian yang akan diulangi setiap kali 4hb

sakit perut!!
itulah kejadian yang selalu terjadi kepadaku setiap kali menjelang 4haribulan
sakit yang amat sangat tau sampai kena berdiri waktu menaip entri ni

TOURIST SPOT IN KYOTO

ARAHIYAMA 1. ARASHIYAMA Jangan lupa singgah dan duduk santai-santai di tepi sungai berhampiran Togetsu-Kyo Bridge. Serius mendamaikan...