Alhamdulillah. Dapat calon simpanan untuk jawatan penolong pegawai tadbir N27. Sebenarnya dah tahu result ni sehari sebelum Hari Raya. This is my 2nd interview for this position. Tak mengharapkan apa-apa sebab dah pernah interview SPA sampai 8-9 kali dan semuanya gagal. Sekali je pernah dapat calon simpanan untuk jawatan Pembantu Tadbir Undang Undang Gred N17 tapi calon simpanan tu terbatal sebab I tak boleh kemukakan bukti paper julai apa kebenda entah I dah tersilap isi. Mungkin selama ni Allah tangguhkan rezeki untuk gred N27 ni, itulah sebab tak dapat apa-apa jawatan gred N17. Sentiasa bersangka baik dengan Allah okay dan positif positif positif. Tak pernah berputus asa. That is just me. Selagi ada rezeki selagi tu kita buat yang terbaik dan berusaha.
I interview jawatan ni masa pilihan raya hari tu. Bulan 5. Seminggu sebelum.
INTERVIEW : 4000 orang 59,000 orang (update. Thanx Baby Saipon)
KEKOSONGAN JAWATAN : 67 orang
CALON SIMPANAN : 1000 orang
Daripada
Kelakarnya kalau ingat pertama kali dulu dapat panggil interview umur 18 tahun lepas SPM. Rambut warna ungu okayy. Apa lagi bila dapat interview government terus cari rambut palsu beli kat Yik Foong sampai RM90 sebab nak cover rambut purple sangat tu kan. Siap cerita dekat kakak-kakak yang ada kat situ rambut I warna ungu I pakai rambut palsu lepas tu dieowang gelak sebab rasa I ni minah lawak. Macam-macam pengalaman interview. Memang best dapat jumpa akak-akak.
Jawatan N17 yang pernah dipanggil ialah Pembantu Tadbir Perkeranian/ Operasi (4 kali) dan Pembantu Tadbir Undang-Undang sekali.
Jawatan N27 yang pernah kena panggil ialah Penolong Pegawai Masyarakat N27, Penolong Pegawai Penguatkuasa N27 dan Penolong Pegawai Tadbir (2 kali).
Tengok betapa banyak kalinya SPA panggil interview dan sabar menanti selama 7 tahun dari umur 18 tahun sampailah umur 24 tahun ni haa. Ni pun nasiblah kerajaan dah ubah calon simpanan daripada tempoh setahun sahaja dah jadi calon simpanan sampai adanya perlantikan tetap. Alhamdulillah. Kita tunggu je lah ya. Kalau ada bagus kalau tak ada pun tak apa. Allah kan baik.
TIPS?
1. Pakai makeup. Jangan tak pakai makeup. Biar muka tu nampak berseri. At least pakai lipstick. I pakai lipstick merah menyala mak jemah okay time interview ni mesti pegawai tu tengok je bibirku bak merah delima. Ate dah tak ada lipstick warna lain, merah je ada memang bantailah warna tu.
2. Pakai pakaian warna terang. I pakai baju warna hijau lumut time tu. Tak adalah terang tapi ni tips yang I dapat from my husband and kawan baik dia.
3. Be confident. Confident. Confident.
4. Jumpa orang yang bekerja dalam jawatan tu. Contoh kalau awak dapat interview jawatan penolong pegawai masyarakat pergi mana-mana jabatan yang ada jawatan tersebut jumpa pegawai tersebut interview dia dulu sebelum kita kena interview. Sama juga kalau kita dapat panggilan interview untuk jawatan pembantu tadbir perkeranian/operasi gred n17 pi jumpa pembantu tadbir tu tanya dia apa job scope dia semua. Insyallah. Lebih memudahkan dan anda pun yakin nak jawab bila pegawai tu tanya nanti. Sekurang-kurangnya dah ada afford kat situ.
5. Isu semasa dia tak adalah tanya I time tu tapi hampir kesemua interview yang I pernah pergi (almaklum ah sampai 7 kali kan interviewnya sampai tak boleh nak bilang banyaknya) memang akan tanya pasal isu semasa dan kementerian so be prepared.
6. Soalan yang dia tanya hari tu ialah "Ceritakan tentang diri anda", "Kenapa awak lebih layak dari calon-calon lain yang lebih profesional", "Apakah job scope jawatan yang awak apply ni", "Awak dah kahwin. Macam mana kalau awak ditempatkan di Johor Bahru. Sanggup ke?"
7. JUJUR! JUJUR! JUJUR!
Harap-harap dapatlah. Dah lah Jumaat ni hari terakhir kerja kat C H Williams setelah 4 tahun berkhidmat sebagai receptionist cum general clerk cum secretary kat sana. Lepas tu rehat 3 minggu. Then bermulalah episod ceria hidupku setelah mendapatkan pekerjaan impian as a Personal Financial Consultant at CIMB Bank, Jalan Tun Sambathan. Dekat depan Padang Ipoh. So siapa-siapa nak I consultkan dia punya personal saving ke personal loan ke housing loan ke dan apa-apa sahajalah yang melibatkan financial bolehlah jumpa I, Ms Nuraini Johari ya. Tak sabar sangat rasanya.
P/S: Siapa tak ambil lagi ASB LOAN? Meh ambil dengan I. Rugi kalau awak seorang Bumiputra tapi tak kaut peluang ni. Bolehlah halu halu saya ya di 05-2411355 selepas 9.9.2013. Waktu tu saya baru lapor diri. Doakan rezeki saya ya. Sama-sama majukan orang Islam kita. Bantu orang Islam kita. Ambil loan dengan orang Islam kita.