Friday, May 25, 2012

Euro Fun Park (Station 18)

  

Sejak menumpang balik rumah ibu sementara nak masuk rumah sewa baru hujung bulan ni sebab rumah sewa lama punya syiling dah roboh kena makan anai-anai ni rasa best sangat. Sebab pukul 7 malam je kiterowang adik beradik akan lepak sama-sama tengok cerita Seindah Sakura lepas tu hari-hari ada je benda lawak nak gelak. Yang paling baru sekali lagu Cosmpoint KK tu dengan KLMU. Rasa nak suruh semua media ban KLMU dengan Cosmopint KK tu. Sampai ke wayang pun nak letak iklan tu apehal??

Semalam dok gelak pasai Apek dengan bearbearnya, Iqa tiba-tiba ajak pergi Euro Fun Park dekat Station 18. Ngade tau adik aku yang ketiga ni, kunun semua impian dia dia nak tunaikan. Contohnya spagheti, samsung galaxy note then tahape hape lagilah. Ok finelah Iqa, akak tunaikanlah permintaan kau memandangkan akak dapat bonus yang alhamdulillah sangat kan. Habis semua adik beradik I angkut tak tinggal sorang pun. Eddie, Iqa & Ifa. Ohh dan semestinya suami tersayang si Apek mana boleh tinggal weyh. Sentiasa melekat kat hati, kaki, tangan semua. Tak baik kedekut dengan adik beradik kalau duit tengah ada. Kalau tak ada duit then nak kedekut tak apa. Hihihihi! Aku lah tu.


Harga tiket sebaik saja nak melangkah masuk Park.

Saja buat xtra large bagi korang nampak harga nak main game game kat sini. Satu token RM2. Haaa pandai pandailah korang darabkan eh. ^__^
Lepas dah enjoy enjoy sakan I ajak pergi makan KFC semata-mata nak rasa Pokkits. Memang kecik je saiznya patutlah murahnya pun. Tapi sedapp wooo.
2 orang manusia ni memang gila melantak. Dah 12 pagi kot boleh pergi order dinner plate dengan snack plate. I, Iqa dengan Ifa je makan light light comel comel je.
Aini & Iqa dengan rambut barunya. Ingat Hanis Zalikha je tukar warna rambut, Iqa pun tukar wooo.

Aini, Iqa dan Ifa. The Joe's daughters. ^_^
And we throw a suprise cake for our ibu.Her birthday hari ni. 25/05/12. Selamat hari jadi ibu kami yang tersayang yang demam pada hari jadinya. We love you. ^__^

So siapa siapa tak pergi lagi Euro Park Station 18 silalah pergi ya. Ni bukan funfair yang cabuk cabuk tu, ni funfair baik punya. Ada top gun ada challenger ada macam-macam lah yang thriller thriller. Tak adalah the boring funfair yang cuma ada buaian yang pusing pusing tu, rumah hantu yang budus dan kereta langgar langgar tu.

YESTERDAY IS ONE OF OUR AWESOME DAY!

3 comments:

Ateyn Bella said...

pehh, dah lame kempunan nk naik challenger! x sabaq nak p! ;D

oshinz said...

happy belated birthday aunty.. =)

pempuan kena jaga badan sebab tu makan sikit je.

Ainee Cumi said...

ATEYN: Dah pi ke belum ateyn??? SYiok wooo. Meriah!

OSHINZ: Tu ahh pasai. Hari tu aini dah naik sampai 53kg skang dha turun jadi 51kg. Nak kena turun lagi..