Monday, August 29, 2011

6 Tahun Couple!

Hai hai hari ni genap 6 tahun I dengan Apek kapel. Sepatutnya nak nikah tarikh ni tapi dia jatuh bulan puasa pulak. Kalau tak dah pung pang pung pang bunyi kompang dah weyh.

Ok sempena 6 tahun kapel, kena celeb wohh. So we choose to dinner at Dubliner's Cafe. Thanx Shima sebab suggest this place. Dah tak tahu dah nak makan kat mana. Tapi sebab hari ni last dieowang open so we dont have much choice to choose what to eat. Yang ada steak dengan chicken chop je so kiterowang pun sebat je 2 benda tu. Kalau nak pun ada buffet tapi weyh buffet RM22 kot lepas tu macam dah tak ada apa pun lauknya sebab mungkin makanan kat situ sedap makanya habis licin semua orang sebat.

Food ok, environment ok, owner ok. Everything was great! Siapa-siapa tak pernah try makan kat sini, should give a try. Price pun okay.


Order food dulu.

Ok tiba-tiba tudung I pakai warna lain kan. Sebabnya mula-mula konon nak style mcam Hana Tajimalah sangat kan sekali jadi Hana Taji Kat Kepala. Nampak serabut. Eee tak reti nak style style ni, last last pakai macam biasa je lah. Simple! Kena belajar for my sifu, Huda Luna ahh pasni.

Nampak tak handbag tu? Haaa tu dah lama beli dah. 3 years back tapi dah lama tak pakai. Entah kenapa hari ni rasa macam nak pakai je sebab before dis rasa macam seksi sangat kalau pakai bag ni. Apek cakap I dah bertudung lagi ahh tak boleh pakai handbag macam tu. Lucah!
Bra semua. Ehh apa pulak. Kira macam seimbang apa, kalau dua dua seksi kang tak fair ahh. Ni satu seksi satu tak seksi kira macam seimbang apa.


Minuman dah sampai. Woohaaa!


Apek minum White Coffee Blended

Ainee minum Cappuccino Ice Blended. Sedap gila! Terbaik...


Ok dah minum minum minum slurp slur slurp datang dia punya makanan.


Sebelum makan, kasi pose sikit dulu. I choose chicken chop.


Apek makan beef. Mushroom sauce. Apek ni kalau dapat makanan memang tak pandang kiri kanan depan belakang dah.

Tak lama sangat lah lepak kat sini sebab sampai pun dah nak dekat pukul 9 lepas tu kedai ni tutup pukul 10.30. So kiterowang lepak sejam je. Lepas tu dah tau nak pergi mana so pergi JJ jalankejap kejap lepas tu balik. Tu je! Celebrate simple-simple je. Tak ada cake takde hadiah. Makan makan je kerja kiterowang.



Wah! Tahun ni last celebrate as couple/tunang. Tahun depan celeb as hubby and wiffy pulak. 2 months to go.

Daaaa...

Thursday, August 25, 2011

Inilah Kisahku... Ainee Cumi


Assalamualaikum korang-koring semua.

Ok finelah, tak boleh berselindung lagi dah. Yeah! Memang betul tekaan-tekaan korang, 23 Ramadhan petang I dah start berhijab. Ok bila nak tulis berhijab ni apehal sebak tiba tiba ni?

Ceritanya bermula..............

Actually I memang dah lama. Dah lama sangat berhajat nak pakai tudung. Adalah dalam 2-3 years back. Selalu ni main test test pakai tudung depan cermin rumah tu tapi test test test, pakainya tak juga. Sampailah dah tetapkan masa dah bulatkan hati nak pakai tudung on the 02/02/2011. Kenapa pilih tarikh tu? Sebab kononnya nak lah ingat bila tarikh pakai tudung. Lepas tu konon-konon dapatlah catit dalam buku sejarah genap umur 22 tahun, AINI BERHIJAB. Dah siap cakap kat kawan lagi iaitu HudaLuna & Kak HannaMaruku kita. Tapi tup tup bila sampai je date tu tak pakai pun. Alasan macam biasa ahh belum ready lagi. Memang serius weyh tak ready lagi. Lepas tu lagi sekali tetapkan tarikh 02/02/2012 konon-kononnya berhijrah bila umur genap 23 tahun.

Tetapi...................

Tak disangka sangka hari ke-23 orang Islam berpuasa menjadi tarikh berkeramat buat I. I pun tak tahu nak terangkan perasaan tu macam mana. Tau-tau lepas balik kerja terus sarung tudung sementara tunggu tunang yang bernama Apek datang ambil. Amboihh dah macam ada banyak tunang je gayanya. Haaa I ni boleh dikatakan masuk dalam kategori, "Tak pakai tudung tapi solat" tu pun banyak terbabas tapi at least dalam sehari ada ahh solat. Tambah-tambah bulan puasa ni, syaitan kena ikat kan, memang jaranglah nak terbabas. So bila jarum tepat je tunjuk pukul 5 petang, terus sarung tudung pergi masjid. Ye lah masjid dekat je kan dengan ofis.

Dulu waktu zaman tak matang (tahun ni juga), pergi masjid tak pakai tudung. Siap bangga lagi sebab tak hipokrit lepas tu beransur ansur sedar diri yang kita pergi masjid kena pakai tudung walaupun kat luar tak pakai tudung sebab bukan nak hipokrit tapi menghormati suasana majlis. Itu ayat I. Ayat orang lain, kira macam menghormati rumah ibadah kita. Tak hormat diri sendiri, hormatlah Dia yang satu. Tapi pelan-pelan I berubah, pergi masjid pakai tudung daripada pergi masjid tak pakai tudung. Ada sekali tu pernah pergi masjid pakai skirt dengan stoking kaki lagi. Malunya bila ingat ingat balik. Tak malu dengan orang tapi malu dengan Allah. T___T

Tapi hari tu hujan makanya tak pergi masjid, solat kat ofis je so suruh Apek ambil kat ofis je lah sebab biasanya kalau I solat dekat masjid I akan suruh Apek ambil dekat bank dekat situ je dan I bila keluar dari masjid tu mestilah pakai tudung juga sampailah I balik dah masuk dalam kereta baru buka. Tapi hari tu, paham-pahamlah kalau I solat dekat ofis je memang tak pakai tudunglah tapi hari tu I pakai tudung. Tudung dekat atas tu. Warna dia soft je. Tudung tu pun Apek belikan sebab nak pakai time pergi interview government hari tu. Tak tahu kenapa kali ni macam nekad. Betul-betul nekad. Dah tak kisah dah apa orang ofis nak kata, apa pandangan orang dan semuanya. Bukan tak kisah tau, tapi dia rasa kosong. Hati dan minda rasa kosong. Tak fikir apa-apa pun. Tak terlintas apa-apa pun. Tau nak pakai je. Bukan untuk hari ni sahaja tetapi untuk hari hari yang akan datang.

Apek pun terkejut. Tak sempat dia nak tengok rambut I buat kali terakhir. Kali terkahir dia tengok pagi yang dia hantar I pergi kerja tu lah. Tapi dia memang happy sangat. Ye lah, laki mana yang tak nak kan awek/tunang/isteri dia pakai tudung. Manis je muka. Mulai dari hari tu terus no holding hands. Kononnya no touching ah. Tapi over ahh kan kalau tak touch langsung sebab dah biasa kan. Macam Apek ni dia suka cuit hidung ah, cubit pipi lah, belai rambutlah. Nasib baik lagi 2 bulan je nak jadi halal. Tapi pegang tangan memang tak ada dah dalam kamus. Biasa kalau lintas jalan ada orang pegang tangan ittew tapi kali ni lintas jalan sorang soranglah.

I kalau boleh bila pakai tudung ni memang pakai betul-betul. Tutup dada kalau boleh. Tang baju tu mungkinlah ada tersendat sikit ke apa tapi akan diperbaiki dari semasa ke semasa sebab nak kahwin weyh mana ada duit nak beli baju. Ni pun Apek dah belanja 6 tudung sempenan penghijrahan ni. Terima kasih kekasih.

Ok! Pagi esoknya I pergi kerja I pakai tudung dengan tanpa berfikir 2 kali. Sebab dulu, niat tahan nak pakai tudung sebab takut orang orang ofis tak boleh terima sebab I kan duduk depan. Receptionist gitu. Bayangan I, mereka ambil I kerja sebab I freehair tapi bila dah tanya my rakan sekerja dia cakap pernah je ada sorang receptionist pakai tudung terus hati I bunga-bunga. Pagi semalam memang hepi sangat. Ramai sangat orang puji comel. Ramai sangat memanjatkan kesyukuran. Tambah tambah office boy dari bank, dari syarikat courier yang selalu datang sini. Yang tak menahan tu buka je pintu ofis terus tangan macam berdoa lepas tu cakap AMIN. Ada yang dulu datang tak bagi salam sekarang asyik bagi salam je. Ko tahu tak hepi dia macam mana? Sangat tau! Rasa macam dihargai sangat.


RASA MACAM BARU LAHIR!


Makanya dari hari itu, I bertekad nak menjadi muslimah yang baik. Nak memperbaiki diri dari semasa. Nak memperbaiki solat, nak mendalami lagi ilmu agama, nak hafal maksud di dalam setiap bacaan solat kita. Ni semua berkat doa dari tunang, keluarga, kawan-kawan dan sesiapa sahaja yang I tak kenal tapi mendoakan supaya I akan berubah suatu hari nanti. Paling-paling I bersyukur, Allah tak pernah tutup pintu hati I nak berhijab. Yeah, I memang sembahyang, I memang bersedekah, I baca Al-Quran time free hair tapi tu semua tak lengkap. Bila I buat benda-benda tu I selalu fikir semua suruhan yang Dia suruh buat ni, diredhai ke sedangkan I tak buat benda paling wajib sekali iaitu menutup aurat. Menutup rambutku, menutup betisku, menutup dadaku. Tapi tu lah selalu pujuk hati sendiri, "Tak apa janji dah buat, terima tak terima biar Allah yang tentukan". Tapi sekarang ni bila fikir-fikir balik I memang selalu buat dosa lepas tu sembahyang minta ampun lepas tu bukak balik tudung-dapat dosa-sembahyang balik. Macam bulatan yang tiada hujungnya.

Anyway banyak sebenarnya nak share tapi rasanya kalau taip boleh jadi karangan 1juta patah perkataan nanti so I berhenti sampai sini je lah ya.

Salam sayang dari ittew. Ittew pun sentiasa doakan kalian.

Wednesday, August 24, 2011

23 Ramadhan

Berhijrah ke sesuatu yang lebih baik. Memperbaiki diri dari hari ke hari.
23 Ramadhan (malam) adalah salah satu detik bersejarah dalam hidupku. Dia datang tanpa paksaan. Dia datang secara tiba-tiba. Makanya ku turutkan sahaja kata hati itu kerana ku tahu saat-saat macam ni datang hanya sekali. Datangnya tanpa dipinta. Orang kata kalau ikut kata hati mati tapi aku pasti kata hati ini kalau diikutkan, hidup akan menjadi lebih diredhai. Terima kasih kerana memilih aku.

>.<

Friday, August 19, 2011

CURRENT PROJECT: SOLEMNIZATION DRESS BEADING



Ni tak jahit lagi. Main letak je ni. Nak tengok outcome dia. Cun! Saya suka.
Baju nikah I warna kelabu. Simple je. Kurung moden. Design agak lain ahh dari yang I suruh buat tapi disebabkan kawan-kawan cakap cantik. Tunang pun cakap cantik. Adik-adik pun cakap cantik, I pun on je lah dengan design yang telah ditukar ni. Paling gembira bila ibu pun cakap cantik. Lega rasanya.


Entah-entah dieowang ni nak sedapkan hati je kot. Nanti dah nikah nanti, korang komen okay.


Warna pilihan beads ni mula mula ada pasang undi dekat FB.
1) Grey + Purple
2) Grey + Pink

Ternyata Grey + Pink is the winner. So here we go, sesi menjahit beads di baju bermula.

Harga beads sahaja dah RM90++. Hopefully cukuplah kalau tak mampus nak menambah duit lagi nak beli beads. Itupun nasib baik ada diskaun.


Special thanx to my three awesome gorjes meletop lady and one Mr. Smile yang temankan pergi beli beads ni. Tak cukup dengan teman, siap bagi pendapat lagi. Bukan tu je, siap pilihkan lagi. Kak Iqa lah paling banyak membantu. Ok ni tak cantik. ok ni cantik, ehh tu tak cantik, pearl ni cantik. Terharu gila weyh. Siap kira berapa daun berapa bunga. Mak aihh!! Mana nak dapat kawan kawan ikhlas macam ni? Cakap! Cakap! i tak payah nak pikir apa. Just ambil dan bayar je sebab orang dah pilihkan. Hari tu terasa macam ada 3 personal assistants. Lepas kahwin ni kompem belanja McD. Kowang ingatkan tau!! Mr. Smile lah yang kena belanja sebab dia tak payah pening pening kepala layan I sebab ada dis 3 awesome ladies.


3 awesome ladies
1. Kak Iqa yang super kreatif and comel dan cantik.
2. Syera yang comel petite, Eva Longoria Ipoh.
3. Zaza yang memang diva habis. Super sweet

Mr. Smile = Apek tunang tersayang yang super baik, super sweet. Segalanya super di mata I

I heart this 4 persons. SANGAT!!

Tuesday, August 16, 2011

TEASER: INVITATION CARD (NOT SO YOUNG GUEST)


This time punya design, Apek tak pening sangat sebab I tak banyak kerenah.
Kad ni khas untuk pasangan yang kurang muda. Kali ni ada bismillah, ada doa and ada nama parents I.

Now, Apek dah boleh fokus on his wedding card pulak.
>.<

Friday, August 12, 2011

CURRENT DIY PROJECT : FABRIC FLOWER HANDBOUQUET

Hai hai.


Kain beli kat Kamdar. RM1.80 je semeter. Murah gila kan? Makanya beli 6 colour untuk buat bunga kain ni. Total RM10.80 sahaja, beli peralatan menjahit macam gunting, benang baru RM10 so modal baru je RM20.80. Yang paling I suka semua pastel nok.


First day beli kain terus buat. Semangat gila! Dengan bantuan #FutureHubby, #FutureMotherInLaw & #FutureSisInLaw. Lepas tu kalau nak siapkan dalam sehari memang takkan sempatlah kan. Lagipun I ni cerewet gila, nak iron bagi kemas so dat kelopak dia cantik je. Ni #FutureHubby yang tolong ironkan first day tu, memang tak kemas lah tapi takpe, dia siap semangat nak tolong jahit lagi tapi I dengan Kak Ida tak bagi makanya dia hanya menjadi pemotong kain dan tukang iron je lah. Happy dapat in laws yang sudi menolong tanpa meminta ni.

Tapi ada separuh tak siap lagi, sebab I tak nak menyusahkan orang sangat maka I bawa balik rumah dan jahit di rumah sambil dibantu oleh adik kesayangan, Ifa. Ifa ni walaupun paling kecil, paling muda, pendek kata si bongsu ah tapi kalau bab wedding gila best share dengan dia. Rajin tolong and rajin dengar.



Separuh yang dah siap ada dalam kotak. Yang ni hari ni bawa pergi ofis, rehat 2 jam tak keluar tak makan sangatlah membazir kalau tak buat kerja-kerja DIY ni sebabnya Sabtu Ahad mesti busy buat benda lain. Esok nak settlekan kad kahwin belah I untuk orang tua. Orang muda punya yang hari tu I tunjuk teaser tu. So kad kawin I kiranya ada 2 jenis ah. Satu untuk orang muda, satu untuk orang tua. Lepas tu esok kalau boleh nak jumpa teman tersayang, Ain Salleh sebab dah lama gila tak jumpa dia. Rindu nak marah dia. =D


Tutorial boleh dapat di sini. Buatlah! Tak susah pun. Tapi kakak kawan I buat lagi super cantik kot. Nampak vintage je. Nanti lepas dia kahwin 24.09.11, I post dekat belog ok. Mesti kowang pun suka. Dia guna cotton bunga-bunga. Sweet sangat!

Ok, bai!

Thursday, August 11, 2011

Grand wedding kau nyah!

Olla Olli semua.

Ni nak berceloteh pasal wedding nenek mana tah. Coming soon katanya. Hujung bulan 10 ni. Sibuk je nak ikut tarikh kahwin I tau. Lepas tu preparation wedding nampak je gempak padahal tak gempak mana pun. Macam manalah orang boleh fikir wedding dia grand. Tak class langsung okay. Biasa-biasa je I rasa wedding dia tu nanti. Simple je. Tetamu pun alahai separuh daripada 1000 orang kot. Kahwin kat dewan biasa je bukan hotel pun. Itupun dia dah malas malas sikit nak fikir pasal all the wedding stuff. Macam manalah korang boleh cakap wedding dia grand?? Over tau!


Ok fine, fine sebelum orang buat spekulasi I ni nak bergosip di bulan puasa ni baik I mengaku yang nenek tu I.



Hai. Nama saya nenek.

Sekarang ni I tengah risau sangat sebab ramai sangat cakap wedding I sure grand lah nanti semua padahal biasa je. Serius weyh, biasa je wedding I tu. Pelamin biasa, baju biasa, doorgift biasa, deco biasa. Semuanya biasa. Tak ada extravaganza punya effect pun. Maybelah sebab apa benda yang I post kat belog ni yang buat orang nampak macam "Wahhh sure gempak wedding Aini ni nanti", padahal tak ada benda pun yang gempak. Persembahan apa pun tak ada. Main music dengan video je nanti time orang makan-makan. Mana ada duit weyh nak hire penyanyi dengan penari semua. Silap-silap I yang jadi penari dengan penyanyi. Ni dress pun tak dapat lagi, risau gila kot macam manalah rupa dress I tu sebab chiffon dia lembut gila. Dah lah banyak duit burn kat deposit je. Sedih tau duit rugi macam tu je.



Kesimpulannya, please don't put so much expectation on my wedding day. It makes me stress. I'm scared I will disappoint all of you. Betul, I punya biasa biasa je. Apa-apa pun, HIDUP PASTEL! (okay, ini tiba-tiba)

Monday, August 8, 2011

TEASER: INVITATION CARD (YOUNG GUEST)



Design: Apek & Ainee
Tukang complaint (pandai cakap tak reti buat): Ainee
Tukang pening nak membuat/Illustrator: Apek

Gambar blur sikit. Saja nak kasi effect suprise lah konon. Gedik kan??
Well! I & Apek akan bagi kad ni personally by hand to the one we invite. Sebab I dengan Apek percaya bila kita invite orang tu personally, jumpa depan-depan baru feel the connection. The sincerity. Antara orang pertama yang dapat my invitation card is Zaza, Syera, Dottie & Yna sebab hari tu buka puasa sekali and hello!! Mereka tu bridesmaid I kot. Kebetulan kad siap time tu. The respond? They superb love it. Cakap kad tu uniklah, sweet semua ada, tak nak bagi baliklah (siapa suruh bagi balik?). We were so happy to hear that okay. Berbaloi penat lelah Apek kena tukar design sampai 15 kali sebab tunang dia ni cerewet gila. Gila punya cerewet okay! And the final result, perghh puas hati sangat.

Ni design untuk orang muda. Untuk orang tua bakal menyusul. Siapa rasa diri tua bolehlah request kad untuk orang tua sebabnya kad ni serius gila punya modern. No parents name, no doa-doa. Simple je.

Gyeah, we designed and printed it by ourselves.
MINI Design.
Will show you the full design after 28/09/11. Bila semua dah RSVP.
>.<

Tuesday, August 2, 2011

PHUKET (COMPANY TRIP)

**Sila tengok gambar dari bawah. No description. No mood. Apa apa pun Patong Island, nightlife dia memang best.
































160711-180711

Bulan 2 tahun depan kita jumpa lagi ya Phuket. Haaa time tu baru ahh boleh berseronok 100%. Cant wait. Phuket best cuma company trip ni schedule tight sangat tak dapat nak explore. Hotel tepi pantai tapi pantainya pun tak jejak.

TOURIST SPOT IN KYOTO

ARAHIYAMA 1. ARASHIYAMA Jangan lupa singgah dan duduk santai-santai di tepi sungai berhampiran Togetsu-Kyo Bridge. Serius mendamaikan...