Friday, August 19, 2011

CURRENT PROJECT: SOLEMNIZATION DRESS BEADING



Ni tak jahit lagi. Main letak je ni. Nak tengok outcome dia. Cun! Saya suka.
Baju nikah I warna kelabu. Simple je. Kurung moden. Design agak lain ahh dari yang I suruh buat tapi disebabkan kawan-kawan cakap cantik. Tunang pun cakap cantik. Adik-adik pun cakap cantik, I pun on je lah dengan design yang telah ditukar ni. Paling gembira bila ibu pun cakap cantik. Lega rasanya.


Entah-entah dieowang ni nak sedapkan hati je kot. Nanti dah nikah nanti, korang komen okay.


Warna pilihan beads ni mula mula ada pasang undi dekat FB.
1) Grey + Purple
2) Grey + Pink

Ternyata Grey + Pink is the winner. So here we go, sesi menjahit beads di baju bermula.

Harga beads sahaja dah RM90++. Hopefully cukuplah kalau tak mampus nak menambah duit lagi nak beli beads. Itupun nasib baik ada diskaun.


Special thanx to my three awesome gorjes meletop lady and one Mr. Smile yang temankan pergi beli beads ni. Tak cukup dengan teman, siap bagi pendapat lagi. Bukan tu je, siap pilihkan lagi. Kak Iqa lah paling banyak membantu. Ok ni tak cantik. ok ni cantik, ehh tu tak cantik, pearl ni cantik. Terharu gila weyh. Siap kira berapa daun berapa bunga. Mak aihh!! Mana nak dapat kawan kawan ikhlas macam ni? Cakap! Cakap! i tak payah nak pikir apa. Just ambil dan bayar je sebab orang dah pilihkan. Hari tu terasa macam ada 3 personal assistants. Lepas kahwin ni kompem belanja McD. Kowang ingatkan tau!! Mr. Smile lah yang kena belanja sebab dia tak payah pening pening kepala layan I sebab ada dis 3 awesome ladies.


3 awesome ladies
1. Kak Iqa yang super kreatif and comel dan cantik.
2. Syera yang comel petite, Eva Longoria Ipoh.
3. Zaza yang memang diva habis. Super sweet

Mr. Smile = Apek tunang tersayang yang super baik, super sweet. Segalanya super di mata I

I heart this 4 persons. SANGAT!!

4 comments:

zaza. said...

Aku pulak diva. Layannn .HAHA. Aku tak pandai sangat bab-bab ni. Enggak bisa membantu banyak lorh . ;P Kak Iqa punya baju dgn veil dah superb. Aku rasa kalau kak iqa ambik upah jahit manik mesti laku. Lawa weh bila dah susun macam tu. Jahit lah cepat.

oshinz said...

kawan yang betul-betul baik selalu buat kite rasa terharu.. =')

kalau grey dengan pink baru naik.. kalau dengan purple macam tak okeh la. happy sewing!!

Ainee Cumi said...

ZAZA: Ya ya! Aku tengah menjahit la ni. Ahahah! Nanti aku tunjuk ko resultnya ya. Tapi sempat ke? Sebab lepas raya aku terus nak hantar baju aku pi tailor tu balik kasii alter itu lengan

Ainee Cumi said...

OSHINZ: Tau takpe. Terharu sangat tau!

Grey + Purple jarang orang buat tu yang mula mula terasa nak buat tu. Grey dengan pink dah ramai sangat tapi final decision dah menang kan so ikut pemanang lah. Heheheh!

Kedai Runcit Online

I ni jenis pemalas betul nak keluar dari rumah. Kalau boleh semua nak orang belikan buatkan hantarkan and etc. Masak bolehlah rajin jugak ...