Sunday, January 31, 2010

Haiwan tak ada bulu kulit warna pink.

Weyh! I da hantar mesej dekat kakak promoter tu cakap tak jadi kerja. Alasan I, parents tak kasi. Busuk betul! Memang pun, ye larhh tak ada sebab cari penyakit. Buat apa I nak kerja part time pun tak tahu. Makanya jadilah I pau aunty uncle nenek atuk Cina I tu. Heh! Haaa Korang jangan gatal nak tuntut cenderahati dengan I yerh tapi kalau nak pesan barang boleh saja dong! Nak pesan amoi barang baik punya pun no hal, I pack dia dalam kotak balut cantik cantik kasi posman stripper hensem hantar depan rumah. 2 IN 1 ok! Haaa jangan nak ingat lucah. Bayangkan dalam bentuk DVD je tengah nyanyi lagu Thailand. Tak! Tak! Aini, please stop it now! **gelak sendiri. terasa bodoh!heh!

Hamster I dah menelurkan 9 ekor anak. Haaa sekarang siapa nak adopt sila bagitahu tapi tunggu dia besar sikit. Sekarang ni masih kecil dan suci. Warna kulit pink pink lagi dah macam anak piggy I tengok.

Sejak dah ada wireless ni rajin sungguh I nak update belog I ni. Snap gambar boleh je terus update tak payah nak beratur dan ambil nombor giliran, lepas tu duduk sebelah pc tunggu adik rasa rimas baru dapat online. Sesekarang ni ada yang guna laptop ada yang guna handphone, poyo betul orang-orang dalam rumah I ni. Adik I si Eddie tu siap bawa kawan lagi untuk guna wireless kat rumah ni. Amboi! OK! Tak nak cakap banyak, gambar pun telah dimuatnaik. (lambat betul!)(^-")


Ini maknya. Sampai sekarang tak ada nama. Ohh lupa nak bagitahu hamster yang I bela dulu dua dua ekor dah mati. Ni hamster adik I. Adik laki I ni muka je gaya gangster tapi dalam hati ada taman. Jiwa penyayang walaupun dulu pernah lenyek kucing I. Ok dia tak sengaja! Tapi sedih juga.I gila sayang dekat Ngek. T_T


Tengok! Bukan sahaja berjiwa penyayang kepada haiwan tapi ikut cakap kakak. Ahahahaha! I suruh dia buat rawr dia pun buat rawr rawr romama gaga ohh lala. Gila sayang betul dengan famili I ni.


Inilah haiwan pink tu. Macam alien pun ada! Kulit warna pink ok! Tak berbulu. Rasa nak picit bagi mati. Geram!


Lepas si isteri dah selamat melahirkan baby baby yang tak berbulu ni, dengan kejamnya kiterorang memisahkan tempat tidur laki bini tu. Habislah sangap si jantan tu. Tapi kiterowang dah kasi dia duduk hotel mewah taraf 5 bintang ok mesti dia tak kecil hati.



Hotel Si Jantan. Ok apa! Mewah apa. Dua tingkat lagi.


Tengok sangkar Si Betina. Dah macam rumah tumpangan yang tak layak dapat 1 bintang pun. Dengan udara masuk kiri kanan depan belakang. Jadi, Si Jantan tak layak nak complain apa apa. Nanti I carikan madu untuk u ok!

Amacam ada rasa nak adopt tak? Banyak tu! Rasanya dua dua hotel ni tak cukup nak tampung anak beranak ni. Hey guys! Lupa nak cakap my new tv obsession is 90210! =D

Saturday, January 30, 2010

Singapura atau Kerja Sambilan?

Ini Saza. Mari jemput makan.

Layan juga hari ni pergi buat facial and cari kerja part time dengan Konisak dan Apek. Eeee I pun tak tahu kenapa I nak buat kerja part-time. Alasan boring tapi iye ke boring? Tah! Memang dah dapat tapi tahan ke I sampai 2-3 hari? Tadi adik I baru je inform perancangan nak pergi Singapore this CNY jadi. Pergi hari Sabtu lagi tu. I NAK SANGAT PERGI! Bukanlah tak pernah pergi tapi dulu pergi pun waktu baru kenal ABC apalah rasa kan? Ni time dah kenal betul ABC siap boleh baca ABC terbalik lagi jadi CBA takkan lah tak nak pergi kan? Boleh kongsi gambar dengan korang kan? Korang pun suka gambar. Itu nenek tahu. Heh!


Ok! Sekarang ni I dah confirm dapat part time. Start kerja dari pukul 6.30 pagi sampai 10.30 malam. Gilalah kan Nuraini ni! Lepas habis kerja terus shoot pergi part-time. Gila punya kerja! Tapi untuk 2minggu je. I dah kira kalau 2 minggu je kerja dapatlah 200 lebih. Oklah tu kan? Siapa nak bagi? Tapi masalahnya sekarang I tak tahu nak pilih nak pergi Singapore ke nak pergi part-time? Kalau I tak pergi part-time kesian pula kakak promoter tu sebab dia macam excited je bila tahu I nak kerja part time. Tapi kalau I tak pergi Singapore terlepas lah peluang I nak dapat angpau dari pakcik makcik nenek atuk cina I. And kalau pergi Singapore tak payah buat part time pun, kompem dapat rm200 lebih. Apa pendapat korang?


SINGAPORE or PART TIME?

Thursday, January 28, 2010

Im so in love with this sexy charming adorable Stella Stud

This will gonna be a really really short update. I promise myself to make it less than 10 minutes so I have to type really fast. I mean REALLY REALLY FAST. Welllll, I have to get my beauty sleep ASAP as the clock ticks faster than I'm typing here. Juz wanna to thanx my baby boo who is so kindly busted his money for me. For my birthday present some more. Thanx boo, u are really sweet to get me an early bday present.

There! The studded sling bag that I put it under my wishlist on the right side bar. Now its in my hand. OMG! Im so fucking excited when Apek asked me do I really want it as much as I want his money? Of course I do. U dont have to asked larr dear, absolutely my answer is a big YES with unstoppable nodding. Then Apek quickly took the bag and ask for a new stock. After I have check the chain and clip, I just cannot stop myself from smiling and jumping like a kiddo.


Sorry the picture kinda blur. Yeah! I do really need a camera(pink please) so that I can take better picture next time. Ohh! U are absolutely right, Im using my fucking old crap webcam plus I took it at myspace webcam picture uploader. LMAO! What the hell Im thinking?


The part that I love the most is the chain. Its heavy, full and I feel secured to carry this type of sling bag. Stylish yet comfy! OK! kenapa sekarang I macam promoter bag ni?

Only my friends knew how much I obsessed with this bag. Everytime I pass the store, I cant stop myself to step into the Vincci Shop and at least try the bag although Im not buying it. Of courselah I cant buy, no money maaaa. But now yeah bebeh, I can sleep with u, eat with u, shop with u coz u are MINE now. 100% mine! Now, I have 3 sling bag. More to come. But this is really my favorite for now so u dont get urself vomited if u saw me wearing this adorable sexy sling bag everywhere. I even give it a name which is Stella Stud. Call me silly, who cares! Im so in love right now.

Tuesday, January 26, 2010

ketinggian bukan penghalang untuk bersahabat


Hi! Nama saya Aini Cumi2. Saya suka minum air. Titik




Masuk hari ni rasanya dah 2 bulan jugalah I tak pakai remote yang boleh call and receive mesej tu. Jangan nak buat muka pelik, I memang sangat boleh hidup kalau tak pakai alat yang suka habiskan duit I tu. Heh! Serius! Tapi..tapi..yang mangsa memang rakan-rakan dan boyfriend tersayanglah kan. Parents tak mangsa sebab I memang everyday mengalami rutin harian yang sama. Pagi-bangun-pergi kerja-petang-balik kerja-pulang ke rumah. Bosan kan? Tapi bilamana kawan dari kejauhan datang mestilah aktiviti harian bertukar menjadi extra happening sikit. Mestilah kan?kan? Melampaulah kalau tak seronok. Ditambah pula keesokan harinya birthday salah seorang sahabat tu lagilah happening! Tapi rakan-rakan tu lah pening tak tau nak kontek I macam mana tapi mereka tak perlu risau sebab I ada instict yang sangat tinggi makanya tak perlu kontek pun I terus je shoot pergi rumah yang berkenaan. Malas cakap banyak-banyak nanti bil letrik naik maka jom layan gambar.



Naik naik je tangga I terus pergi suggestion box merah ni nak report pasal escalator rosak dekat wayang tu. Dahlah tu siap tulis "Old folks like us find it is difficult to step 1 by 1 to reach the cinema. We will die slowlyif u did not fix it immediately". Lebih kurang macam tu lah kan bunyi dia then kat bawah tu suruh tulis umur tapi I tulis 15tahun. Clever kan? Old folks sangat!




Semua muka suci


Lepas je kiterowang buat aduan tu kaki ni pun cepatlah kan melangkah menuju ke cinema. Tengok tengok escalator tu dah elok. Mak aihh cepatnya dia bagi feedback. Bagus! Bagus! Padahal nak memuaskan hati sendiri, buat malu je pergi report benda elok. Hahahaha!

Disebabkan pemikiran kiterorang ni sempit (ye ke?) kiterowang pun cadang nak tengok cerita Adnan Sempit . Kasi sokongan sikit dekat filem melayu. Tapi kiterorang tak terus pergi tengok, kiterorang pergi cari tempat memuaskan nafsu serakah makanan dulu. Tempat yang bertuah yang kiterorang pilih apa lagi kalau bukan Johny tambah tambah ada mamat hensem kat situ(padahal baru tau ada laki hensem bila makan kat situ. Tah tah mat bangla).



Yang merah menyala tu Diana namanya. Birthday dia baru lepas tapi sempat lagi kalau sesiapa nak bagi hadiah. Hadiah dia kena lalu I dulu. Lepas I dah guna baru I bagi dia. Yang tengah baget comel tu Rose. Inilah budak yang gedik dah duduk Ipoh then pindah Kedah tapi wajib datang Ipoh once a year untuk lepaskan rindu kat I and Konisak. Setahun sekali pun jadilah Rose dapat juga kita keluar sampai lebam kan sejak aku dah ada kereta sendiri ni kan?



Ni lah akibat kalau teruja sangat tunggu makanan.



Ohh yang berbaju ungu tu lah Konisak. Dulu minat warna pink, sejak tahu Fazura suka kaler ungu dia pun dan dan suku kaler ungu. Sampai ke bahagian dalam pun nak warna ungu. Husband ko kalau aku cat kaler ungu boleh?



Mee ni memang terbaik, korang kena cuba. Warna dia kalau nak tahu kaler hijau tapi dulu waktu Apek order I rasa tak sedap tapi bila Diana order sedap pula. Ke si chef tu pilih bulu.Nasi tu ala ala lah. Tak adalah sedap sangat. Macam nasi goreng biasa je.



Haaa perasan tak makanan yang I rasa tu semua dieorang dah pelahap? I ni sebenarnya pakar pemakan. Apa-apa makanan yang kawan I order mesti kena lalu I dulu. Kenapa? Haaa itu kalau korang nak tahu kenalah jadi kawan I dulu sebab kawan I je yang tahu kenapa.




Ini korang mesti mesti and very the mesti beli. Murah je. RM3.90 SAHAJA tapi kesedapan dia macam RM390.00. Melampau je kan perbandingan I. Ni namanya Honey Dew Special.

Walaupun I ada penyakit tapi I bagi kawan I rasa juga tapi lain lain sudulah mesti. I tak boleh sama sudu ni..... I allergic, takut dieowang terjangkit sama. Maka bila dieowang rasa je this Honey Dew Special terus dessert yang I sorang je order jadi....


***



****



...jadi 3. Ni semua pengaruh I. I ni ada pengaruh tau walaupun I bukan artis, jangan main-main!!



Gambar ni I yang snap sebab I tengok orang kahwin, photographer dia kan mesti ada snap gambar sekali dengan handphone eee tah macam mana I nak terangkan. Yang I tau mesti ada HP then ada muka pengantin kat HP sekali Hp masuk dalam gambar. Faham ke tidak?



Lepas tu barulah kiterowang tengok wayang. Cerita 'Adnan Sempit' tu. Serius! Korang kena layan cerita ni. Tak rugi! Semalam pun Ain belanja I tengok cerita yang sama. I tak kisah nak tengok lagi sekali sebab serius kelakar. Wajib lihat dan gelak! Tengoklah muka I macam baru berparti liar je kan gayanya.



Kawan I memang semua baik baik. Kali ni Ros and Diana belanja I dengan Konisak. Walaupun popcorn tapi sungguh memberi erti bila poket kosong takde duit.


Aktiviti kiterowang dah habis dengan tengok wayang je. Mana cukup! Makanya kiterowang teman Diana cari baju untuk hadiah bday adik dia and untuk bf dia. Jangan terkejut dengan gambar gambar seterusnya. Kanak kanak bawah umur dan atas umur tak boleh tengok sebab semua gambar geli, syok sendiri. Bila ada cermin maka dapat amik gambar beramai ramai. Geli kan?








Kawan I semua tinggi tinggi baget model maka I pun terpaksalah meninggikan diri ini tapi tak apa I tak kisah sebab bila kawan-kawan I lagi tinggi dari I, I rasa selamat sebab dieowang sweet. Pelok I. Jaga I. Hehe! Ye larh memandangkan Apek ditinggalkan so kawan-kawan I lah kena jadi I punya bodyguard kan?



Jangan dok tiru aksi lucah ni. Patutnya kasi lagi rapat kan. Haishh! Silap betol.



Tak cup dengan aksi dekat cermin sengaja nak tangkap gambar konon kita tengah jalan shopping then tak sedar mamarazi ambil pic dari belakang macam artis hollywood. Tapi tersedar juga sebab mamarazzi guna kamera lama yang ada bunyi filem rolling tu.



Owhh mamarazzi tak puas hati ambil gambar belakang makanya dia ambil gambar dari depan supaya peminat tak kecil hati.



Ok lahh deal lah kalau mamarazzi dengan pembantunya pun nak masuk majalah.


Disebabkan si Diana. Saya ulangi Diana yang baju merah tu yer! Haa dia ni disebabkan menjalinkan perhubungan cinta jarak jauh, jumpa pun 20tahun sekali makanya I terpaksalah hantar dia pulang ke pangkuan keluarga sebab dia ada dinner makan udang dengan boyfriendnya. Padan muka kau diana, rugi tak join kiterowang karok sekali.



Menunggu Diana bersiap. Jadi lentoklah kat katil bujang kejap.


Bila tuan puteri tu dah siap, I keciwa betullah sebab dia tak pakai gown. Cakap dinner. Padahal dinner kat restoran 5bintang je kan, poyo je I nak buat harapan dia akan pakai gown. Lepas dah hantar Diana, I with all the makcik-makcik yang tercicir berhasrat nak sumbangkan suara kiterorang dekat E-Box. Lepas tu sampai tak ingat dunia sampai my mum and siblings I cari I. Hakikatnya I dah inform my dad tapi my dad outstation so tak dapat inform the other family members. Pergh! Terharu betul bila ada orang ambil berat ni.







Lepas karaoke suara pun dah hilang sebab semua stok nak ambil lagu pitching tinggi kan, konon nak uji kemampuan sendiri. Kiterorang sempat rakam video untuk kesayangan yang bernama Konisak. Then hari kami diakhiri dengan misi mencari jejaka kacak di Mcd tapi tak ada. Hampa betul! Tapi overall memang happening gila!
Ehh jap! jap! Last pic..Last pic I nak kongsi.



Kalau I dengan Konisak juling macam ni agak-agak korang ada tak orang nak mintak no. fon? Nak kasi duit lagi best! Mana tau orang kesian sebab kami juling kan then bagi duit suruh buat operation.

Tuesday, January 19, 2010

kita ketatkan mana yang longgar

Fuishh! Tajuk dah macam iklan "kopi janda". Ikut kiraan jari dah lama jugalah tak keluar satu famili keluar dari Ipoh ni. Ahad lepas ayah cakap nak kutip sewa dekat Pantai Remis. Mula-mula macam malaslah juga nak ikut tapi terasa nak ikut bila adik-adik semua excited nak join. Rugilah kalau tak join tapi mangsa yang memang mangsa I lah sebab bila I dah ada lesen kereta ayah pun macam anggap lesen diri dia dah mati jadi I lah kena drive pergi dan balik serta balik dan pergi. Dahlah semua berat BADAN berlebihan yang melampau. Heh! Termasuk I.


Walk walk fashion baby. U want a bad romance bebeh?



Seluar biru tu ibu beli untuk I. Dia cakap hadiah sebab I drive. Apalah punya reason.



I tak tau kenapa dengan budak terencat ni.



Perasan tak ada bunga raya kat telinga I. Haaa nampak sangat semangat pantai I kan?







***silent




penat jadi berhenti menaip sekejap.




Lama kan tak tengok air gas dalam botol kaca ni. I ingat lagi waktu kecik kecik dulu masa ayah buka restoran I selalu ambil air soya botol kaca lepas tu letak dalam freezer yang buat ais tu. Ayah selalu marah sebab ayah cakap nanti botol tu pecah masa ais jatuh. Tapi I dengan adik lelaki I degil kami buat juga. Ahahaha! Ye larh itu lah satu-satunya cara nak bagi air cepat sejuk dengan cara yang natural sebab tak feel lah minum air dalam gelas, lagi syiok letak straw lepas tu terus sedut slurp slurp mee maggi.




Sedap je kan tengok kiterowang makan? Wait until u see the next picture. Ngeh!






**tumpukan perhatian! tumpukan perhatian!














Nice right? adik I yang paling kecil sekali terjatuh lepas balik mengaji.
Motif, I sengaja nak kasi korang geli. Ahahahaha!




Lepas tu, I nak lah menampakkan ayah I macam ala-ala semangat pantai gitu tapi dia perasan plaks. Thanx to Ifa sebab dia berjaya candid my picture. Nampak macam orang gila. Cis!




Scene 1
*Im like crazy monkey jumping & laughing around


Scene 2
*opss he noticed something


Scene 3
*kantoi! tak boleh buat apa dah.




Tak mandi tapi main pasir. Sebabnya si Ifa tu boleh lupa bawak towel. Apalah! Makanya kami tengok je lar orang mandi manda. Sangap macam mana pun tak boleh buat apa sebab tak bawa towel. I memang tak naklah kan sebab dalam mind dah set 'dekat laut mesti ada orang kencing' then kita terminum air tu bila main siapa dapat tahan nafas paling lama dalam air. Euwww!



Gambar syok sendiri mestilah ada seketul kan? kan?


Kalau ternampak gerai macam ni siapa yang tak nak singgah betul tak?
Makanya........



habislah duit beli roti aiskrim ni. Susah tau nak cari dekat Ipoh jadi sanggup pusing satu teluk batik tu semata-mata nak cari roti aiskrim.




**lumut



teruja gila bila rambut terbang terbang.


OK! dah!dah! Sumpah I tak larat gila nak tunggu blog ni upload pic, lambat sangat hari ni. And..and..I akhiri penceritaan hari ini dengan gambar yang hebat ini. Sungguh indah ciptaan Allah S.W.T. Kalau dah kawin nanti nak lepak tepi pantai then suruh apek pakai bikini sambil tengok matahari terbenam. Ohh so sweet!








CEPATLAH PLAN PERCUTIAN BERSAMA KELUARGA UNTUK MERAPATKAN MANA-MANA YANG LONGGAR!

TOURIST SPOT IN KYOTO

ARAHIYAMA 1. ARASHIYAMA Jangan lupa singgah dan duduk santai-santai di tepi sungai berhampiran Togetsu-Kyo Bridge. Serius mendamaikan...