Saturday, May 8, 2010

Cantik ke?

Uishh insan buruk macam I ni layak ke dapat award ni. Nak kena bagi ucapan ke bila dapat award ni ke nanti keluar lagu macam kat AIM tu kalau I cakap banyak nanti dia keluar lagu tanda-tanda I kena lajukan percakapan dan berambus dengan kadar segera?
TADAAA!! Haa den tak tipu woo den dapat erwod ni.


Terima kasih Fadxiexa sebab susah-susah cari tang mana cantiknya I ni. Mesti susah nak cari kan? Kalau perlakuan buruk tu senang je nak cari kat I ni. Heh! Sangat kan??

Ohh! Dia suruh I senaraikan 15orang yang I nak bagi award ni tapi I nak bagi kat semua orang yang sayang dekat I macam bila masuk je belog I terus rasa sayang. Haaa anda layak kalau ada perasaan macam tu ok. LAYAK SANGAT UNTUK AMIK AWARD NI!!!! Alah janganlah malu-malu, ambillah sayang, tak kena bayar pun. I janji!

Friday, May 7, 2010

Masalah komunikasi yang selalu berlaku tanpa kita sedar


It's like a habit u see! Kadang-kadang kita tak perasan pun this annoying habit. Macam I pun selalu tak perasan I dah memenyampahkan korang yang baca apa yang I merepek meraban kan? Tengok I dah start dah. Ok! Ok! Fine! Fine! Tolong jangan baling buah dekat I plishh!

Mari kita lihat apa benda yang paling kita menyampah bila kita nak cakap je ada je something wrong.

1. Menyampuk
OK! Ini paling pantang. Tengah kita dok sembang panas-panas tiba-tiba ada orang bikin hati kita lagi panas. OK! Cubalah bayangkan kita baru je habis buat lawak bodoh kan yang maybe tak disengajakan pun atau maybe disengajakan. Cuba kalau kita ceritalah something yang kita rasa lawaklah kan, RASALAH padahal tak lawak mana pun dekat kawan-kawan kita. KIta excited ni! Macam nak dapat 1juta bila jadi juara one in a million ni, tapi ada orang tu boleh laks cakap, "Ko ingat lawak sangat ke? Meh aku cerita benda yang lagi lawak weyh", sambil buat muka kerang busuk tak bersalah. Orang macam ni memang! Suka je ambil perhatian orang lain. Ohh kalau dia ada masalah dia suka je suruh orang dermakan telinga tapi bila orang lain ada masalah dia buat bodoh je macam apa-dia-ingat-halimunan-ke-apa. Bengang weyh dengan orang macam ni. Ye lah dia nak orang lain dengar cakap dia je, bila orang lain cakap dia menyampuk then ambil perhatian orang lain penyudahnya kita yang nak bercerita ni malu segan semua ada tapi perasaan paling tinggi mestilah bengang kan sebab cerita kita tergantung macam tu je.


2. I Kontek
Kadang-kadang bila orang tengah cakap dengan kita, jarang kita tengok mata dia. Sibuk buat benda lain. Orang yang sensitif suka assume yang kita tak beri perhatian dengan apa yang dia cakap so kita kenalah bagi sepenuh komitmen dekat orang yang tengah bercakap dengan kita. Ini tak! Waktu interview semangat je pandang mata penemuduga tu semua kalau boleh siap main mata lagi gitu kan. Sebabnya simpe je sebab kalau kita tak pandang mata dia nanti dia ingat kita menipu atau not interested in that job. Ewah kalau tang kawan kita sendiri tok sah nak pandang nak hidu pun malas. Apa burok beno ke muka den, ekau tak nak pandang! Muka ko pun aku tak hingin pandang.


3. Dengar tak dengar macam angin lalu je

OK! Ini perkara paling menyampah. Kesian Apek sebab selalu kena macam ni bila cakap dengan I. Tapi betul I memang tak dengar. Mana nak dengar weyh kalau radio tu cecah volume 100. Pelik tau bila kena tanya banyak kali macam dia cakap:-

"Aku ada penyakit cancer"

Lepas tu kita tanya "Apa dia?"

Dia ulang lagi dia ada penyakit cancer.

Kita tak dengar lepas tu terpaksa tanya lagi sampailah kita macam segan kena cop pekak lepas tu tercakap "Baguslah macam tu" tanpa tahu dia cakap apa. Tak ke naya orang ada penyakit cancer kita cakap bagus. Gila kelakar ok!


4. Ayat-ayat kurang sedap dituturkan
Macam I ni memang selalulah berbahasa agak kasar dengan kawan-kawan dan adik beradik. Tak adalah kasar sangat, tengok orang jugalah. Setakat bodoh dengan bengong tu dah macam makanan harian dah. Buatnya dengan orang yang baru kenal I tapi I nak buat macam I dah kenal lama lepas tu tercakap bodoh tu semua tak ke naya. So kalau boleh elakkan lah ayat yang tak sedap. I pun dah kurangkan. Kalau macam adik I tercakap bodoh pun I macam otomotik cakap haipppp!! Padahal dulu kita ni 2x5. Peoples change u see so do I. Buat apalah menyakitkan hati orang betul tak? Daripada panggil orang bodoh baik panggil dia pandai.


5. Semua tentang AKU!!!!!!!!!
Ini paling annoying! Asal jumpa je cakap pasal diri sendiri. Bf dialah paling sweet, famili dialah paling kaya, dialah paling pandai dalam kelas, dialah paling hensem. Memang habis badan I naik bulu. Ye lah bila I nak start cerita je, dia dah mula cerita pasal dia sampailah azan maghrib berkumandang. Time tu memang kena ingat rumalah takkan senja-senja nak lepak kat kedai mamak lagi kan? Ehh ada yang terasa ke? MAAF! MAAF!


Haa tengok! Semua benda ni memang annoying kan tambah-tambah bila kita semangat gila nak sembang dengan dia. Tapi nak buat macam mana, kadang-kadang kita pun tak sedar kita terbuat benda-benda macam ni yang buat orang menyampah kat kita.


SO, PLISH POGIF ME EHH KALAU I ADA BUAT SALAH SELAMA KITA BERCAKAP NI BAIK DI DUNIA NYATA MAHUPUN DUNIA SIBER! PEACE YO BEBEH!



Osopopup: Esok I cerita pasal kucing I. Kesian dia! I nak cakap ni, waktu Afdlin nyanyi lagu kantoi whatever tu, abang afdlin memang terbaikla! Wa tabik sama lu bro!

Wednesday, May 5, 2010

I suka cerita ni. SANGAT!

I banyak dengar orang berceloteh pasal kecomelan Mia Maisara yang berlakon jadi Amani dalam cerita Adam & Maya. Cerita tu biasa-biasa je tapi memang orang tengok cerita tu sebab budak yang comel kiut miut tu. I nak anak comel macam tu boleh? Hehehehe! Pandai pengarah tu ehh! Lagi satu Adam dengan Maya pun hensem dan cantik gitu. Double Pandai the pengarah you!

ADAM MAYA-best sebab ada Adam, Maya dengan Amani
NA-O-MEI-best sebab lagu dia ohh dan ada Reza juga


Tapi I lagi layan cerita Asmaradana yang ditayangkan 30minit je kat TV3 setiap Selasa-Khamis pukul 10.30 malam. Sangap weyh nak tunggu episod esok hari. Best gila cerita ni. Banyak konflik dalaman tapi sayangnya dah nak habis dah cerita tu. *sob*sob



Sangat sejuk mata memandang. Comel sangat!


Muka innocent! Suci dari makeup. OMEL ANGAT!


Kecik-kecik pun dah comel, besar nanti mesti lawa sangat!


Nak kahwin cepat then dapat anak comel-comel boleh?

Monday, May 3, 2010

Cerita Aku & Dia di Cameron Highlands Yang Tak Berapa Nak Sejuk

Woohaaa! Penat masih tak hilang-hilang ni. Tak pulih lagi sepenuhnya. Dah macam makcik tua dah I tengok diri I ni yang bila jalan kena bertongkat. Ni lah keburukannya kalau kerja duduk je, tulang belakang pun boleh jadi bengkok. Bukan setakat tulang belakang je bengkok, mata pun boleh jadi rabun tahu tak? Sedih gila kan?

Apa-apa pun, on the 1st May I dengan Apek pergi Cameron Highlands. Dah lama dah rancang tapi baru dapat melunaskan percutian kami kali ni. Asyik pergi KL je sekali sekala nak gak bercuti tempat yang dekat-dekat je. Tempat yang sejuk ke kan. Rancangnya nak bertolak pukul 6 pagi tapi I boleh terbabas tidur sampai pukul 8 pagi. Tengok kat handphone dah berjuta dapat miskol from Apek. Ok! Tipu! Itu semua dalam mimpi je. Macam mana nak dapat miskol kalau puncanya HP tu mati betri then alarm tak berbunyi.u sebab lambat. PUNCA BETUL!@*(&%^%&


Ingat shopping mall je ada buat sale. Kedai kat cameron pun ada weyh. Macam meriah gila dia punya sale. Rasa nak borong satu kedai. Coklat dia dah lah bila masuk mulut rasa macam coklat orang kaya. SEDAP GILA!


Inilah yang kami makan pagi-pagi. Yummy! Lembut! Sedap dimakan begitu sahaja. Hot cholate tu Apek punya. Berialah dia minum Hot Chocolate di pagi hari sambil menghirup udara sejuk. Baget macam orang putih weyh mamat coklat ni.



MAK KAMI CAKAP BREAKFAST BAIK UNTUK PERUT KAMI!
Kalau kita tak bagi makan kat perut kita pagi-pagi nanti dia cakap perut kita akan buat muka macam ni => ;((((



Macam benda wajib pula, bila pergi cameron wajib beli cactus. Punya excited lepas tu bila jumpa kedai lain yang cactus dia lagi cantik dan besar dan harga pun sama, mulalah menyesal sebab gelabah sangat beli awal-awal.


We love ladang teh tapi sayangnya I tak suka teh yang pahit-pahit. Payau sungguh rasanya.


Lepas tu kiterowang masuk Bee Farm


Ok! Tulisan dan kata-kata kat board ni sumpah menaikkan bulu roma I.


Haa berani?BERANI??? I rasa nak cocok cocok je tau.


Sedap weyh ubi manis ni. Dahlah sedap, murah pula tu. Puas makan! Tapi Apek ni tak reti makan. Ada ke dia pergi sedut ubi tu. AISEYMAN!


Jalan pada hari tu sumpah jem weyh! Bayangkan tersangkut dalam traffic jam dekat 2jam. Korang tahu je lah kan jalan dia macam mana. BUKIT KOT! Dahlah kereta I manual. Nasib baik I pandai main clash. Ecececeh! Mana tak weyh, cita-cita I nak jadi pelumba kereta tapi tak tercapai. SEDIH! ;(


Apek mengerutkan muka tak paham peta apa yang I print. Ahahahah!


Kan ke traffic jem so kiterowang pun apa lagi. Main tangkap-tangkap gambar lah weyh!



I suruh Apek buat muka geram tanda protes jalan jem tapi apehal tah muka geram Apek macam nak mencium je. Penyakit agaknya!


Lepas tu kiterowang pergi The SmokeHouse. Memang cantik woo tempat dia. Lepas ni kalau pergi lagi sekali, nak makan kat situ pula.


THE SMOKEHOUSE









Lepas dah tawaf Smoke House ni terus berjalan lagi pergi cari tempat minum pula. Gila jauh ke bawah.


Ini teh manyak sedap. I like! Tapi harga mak dato' mahal nak mampus. RM5 nok! Serupa I bawa kotak aiskrim then suruh mak I buat teh tarik lepas tu I letak je aiskrim tu. Lagi jemat senah oii!


Pemandangan yang indah gitu. Dan dengan pemandangan yang indah ni lah Apek propose to me weyh! So dengan secara tak sah nya, kalau ikut sangat cara orang putih, IM ENGAGED! Ok sumpah malu sebenarnya. Cuma sekarang ni tengah nak tunggu dia hantar mak abang dia je. Tapi I ni simple je. I kalau tunang, nak mo pelamin pelamin segala. Biasa-biasa je. Macam orang dulu-dulu tunang. Hehehehehhe! Tengok tengok nanti I punya majlis tunang paling beria sekali kan?


Lepas dah nangis terharu segala, kiterowang pun plan nak pulang tapi nak singgah ada satu Bee Farm yang kononya paling besar sebelum balik Ipoh. Alang-alang kan?


Bee Farm


I'M THE QUEEN BEE!


U are so sweet bebeh like a Honey Bee. Nyum!Nyum!


Takutnya kena gigit lebah. Own Risk tu weyh!



Dan inilah makanan terakhir kiterowang kat Cameron Highlands. Cendawan goreng. Umphh! Sedap gila!


Dan minuman terakhir I merupakan Honey Tea tapi sumpah tak sedap bagi I walaupun Apek dah tambahkan gula.


So dalam pukul 6 kiterowang gerak balik. Jalan still jem. Maybe sebab cuti hari pekerja kot tu sebab ramai orang. Kerja kiterowang ni makan je so lepas turun Cameron, kiterowang pergi makan kat johnys Jusco laks. Habislah nak dekat rm300. Gila kan?


Gaya Apek


Gaya Apek ditiru oleh Ainee. =D


Bila berdua siapa tiru siapa? Tak kisahlah! Janji hepi berdua.(O_o)


p/s: I tahu entri kali ni panjang. Layankan aja ehh! =)))

Sunday, May 2, 2010

Cerita Aku & Dia di Cameron Highlands

Hi saya Ainee. Saya sayanglah dengan boyfriend saya ni, korang sayang tak dekat dia?


Esok I janji upload cerita I berdating dengan Apek dekat Cameron Highlands hari Sabtu hari tu ok! I bz sikit ni.. =))))))

#REVIEW Baju nikah