Saturday, June 18, 2016

BAJU GHAYE 2016

Semalam shopping dah sikit.
Baju harian je.
Suami belanja. Kita pilih ja.
Mula-mula nampak RM39 satu.
Ambil 2 helai.
Lepas tu nampak lagi cantik grab lagi 2 helai.
Lepas suami dah bayar kat kaunter tengok ada lagi murah.
2 helai RM39.
Aduh! Kalau nampak awal-awal tadi dah boleh jimat.
Dari 4 helai dapat 8 helai.
Alang-alang cukupkan 12 helai boleh buat pakai sebulan pakai 1 baju baru sampai jumpa raya tahun 2017 shopping lagi.

Next.
Baju basahan lagi 8 helai.
Ni guna duit sendirilah. ☺
Lepas tu kasut.
Seluar palazo nak 12 helai gak.
Nak semua warna basic kita ada.
Ahahaha!
Gila tamak.
Lepas tu tudung tak payah kot.
Beli warna apa je yang tak ada.

Baju kurung beli 2 helai cukup kot sebab jarang pakai.
Dah book warna pink magenta satu.
Lagi satu ingat nak warna pastel pastel sweet gitu tak pun champagne.
Nak yang boleh pakai harian gak.
Tak mo over over. 😻😻

Beli banyak terus so shopping memang time raya je.
Azam lah konon tak nak shopping time bukan bulan raya.
Sat lagi hamik bulan depan shopping lagi.
Lumrah ler perempuan.
Hehe.✌✌✌✌

Korang dah start shopping ke?
Kemain tengok baju baju kurung kat Lazada. Semua stok RM350 atas.

No comments: