Monday, June 17, 2013

NIMI 사랑 CASA

Apa bendalah NIMI 사랑 CASA ni kan kan kan? Okay to be truth, I dengan Amirul dah beli rumah. Dekat mana? Haruslah dekat Ipoh. Bandar yang tak ada tension tension. Tenang je gitu. Lokasi? Okay lokasinya ialah di TAMAN BOTANI. Betul-betul sebelah ECOPARK. Nanti bolehlah dah penat-penat joging marilah singgah rumah mintak air segelas dua.

Sebenarnya kan daripada umur 21 tahun dah beria-ria nak ada rumah sendiri. Poyo je kita ni tak sedar diri baru habis Diploma dah nak ada rumah memang tak kesampaianlah kan. Makanya, umur 24 tahun barulah boleh beria cakap dah ada rumah sendiri. Alhamdulillah! Thank you Allah. You're the greatest planner. Tarik 1 nikmat, 10 nikmat lain Engkau kurniakan. So kawan-kawan sentiasa fikir positif okay. Setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya.

So macam mana boleh tiba-tiba terada rumah ni? Ceritanya memang tak ada plan lansung nak beli rumah lagi tapi mood berangan tu memang sentiasalah adanya pun. Tambah-tambah kalau sesat pergi IKEA kan, memang turn on lah mood nak hias rumah tu. Sampailah satu hari ni saja jalan-jalan dekat Botani nak tengok rumah. Ternampaklah ada show house. Berhenti dan lihat. Harga pun mampu milik. Sembang punya sembang orang tu cakap kalau nak book kena letak deposit RM3,000/-. Terus je tak fikir panjang, esok tu bagi cheque RM3,000/-. Lepas tu terus cari loan bank lah bagai.

Apa yang menarik perhatian kami? Dia terletak bersebelahan dengan ECO PARK. Lepas tu nanti akan ada surau, sekolah, balai polis di area berdekatan. Lebih kurang 200M je dari rumah kami. Rumah kami rumah teres 2 tingkat sahaja. Besar pun tak besar mana pun. 18x60 tak ada tanah pun depan ke belakang ke semua habis disimennya tapi alhamdulillah at least dah ada rumah sendiri. Tak tahulah kucing kiterowang yang 5 ekor tu nak berak kat mana nanti.



NIMI 사랑 CASA Process Diary

24/01/13 - Bayar RM3,000 as booking fees
25/01/13 - Apply loan PBB, Bank Islam dan CIMB. Malas nak cari bank banyak-banyak.
01/02/13 - Alhamdulillah. Awal-awal pagi terima call daripada Mr. Lai from PBB. Katanya loan approved. Menjerit dalam hati tu tak payah cakap. Gembira tak terkata mengatakan syukran kepada Allah. Terus telefon Amirul dan ibu. Rasa macam early bday present sebab dapat good news sehari sebelum bday. My bday is 02/02/13 =)
05/02/13 - Sign bank offer letter and bukak akaun PBB Islamic
18/02/13 - Serahkan balance deposit after deduct RM3000/- booking fees. Ye lah beli rumah kan kena letak deposit 10%. RM3,000 hari tu booking fees je tau bukan deposit.
20/02/13 - Terima panggilan daripada Mr. Lai. Dia nak deduct RM10 for loan offer fees.
20/02/13 - Settle sign S&P Agreement (4 copies), Gadaian, Pindahmilik Tanah, Charge Annexure (4 copies), Musharakah Mutanaqisah Master Agreement (4 copies. Ni paling tebal).
07/03/13 - Received original S&P
22/03/13 - Apply untuk pengeluaran EPF.
27/03/13 - Terima SMS daripada KWSP. Duit dah ada dalam bank. Syabas KWSP! Cepat sangat buat kerja. I like.
15/04/13 - Bayar RM1,000 lawyer fees.
01/05/13 - Bayar water installation fees. RM80
20/05/13 - Lawyer sent an advice letter to the bank to release the cheque to developer.
27/05/13 - Bayar RM250/- kat lawyer
29/05/13 - Bank credited the amount to the developer.
30/05/13 - Buat pembayaran pertama kami. Interest je dulu sebab rumah belum siap. So baru bayar RM49.49
06/06/13 - Bayar RM200/- kat lawyer.
16/07/13 - Pembayaran rumah bulan ke-2. Kali ni dah naik sikit jadi RM371.21. Takpe bayar lebih maknanya rumah nak dekat siaplah tu. Tak sabarnya. Patut kena bayar 30/06/13 tapi tak tahu apa-apa sebab surat sampai kat rumah Ibu. Nasiblah late charges dia RM0.15 je.


Ok bawah ni tips & tricks untuk korang yang nak beli rumah.

APPLY LOAN BANK
- Salinan IC
- Salinan buku bank
- Salinan resit booking
- Salinan title
- Salinan appointment letter kerja

Lepas tu bawak je semua benda ni pergi ke bank cakap nak apply loan rumah.


PENGELUARAN EPF
Apa yang diperlukan?
- IC (Tak perlu fotostat jika tiada sebarang masalah untuk baca cip)
- Offer Letter daripada pihak Bank (fotostat)
- Purchase and Sale Agreement (fotostat)
- Statement Bank (kalau tak ada card, print sahaja mini statement will do)
- Borang pengeluaran (boleh dapatkan di laman web KWSP)

Pergi je dekat kaunter KWSP, bawak semua yang saya list di atas. Jangan lupa bawa salinan asal dan salinan fotostat ya.Then tunggu je duit masuk bank.


MACAM MANA NAK SIMPAN DUIT MUKA 10% RUMAH?
Sebulan simpan RM1K. 12 bulan dah ada RM12K. 2 tahun dah ada RM24K.
Ataupun katakan target nak beli rumah RM240,000 dalam masa 3 tahun so duit muka mestilah 10% maka RM24K/36 bulan =RM667.

Rumah janganlah beli mahal-mahal. Kalau tak mampu beli rumah baru, beli rumah secondhand. Rumah secondhand masih okay price dia. Kalau ada duit lagi power beli rumah lelong. Tapi make sure bila nak apply loan 90% kat bank tu dia lulus. Jangan jadi macam ayah I. Lebuh RM18,360. Dah reduce loan jadi 60% pun tak lepas sebab faktor umur dan sebagainya. Maka lesaplah RM18,360 begitu sahaja. Jahat tau bank ni. At least bagilah separuh ke apa ke. Patutlah bank untung, makan duit orang. Tak apa kita ni fikir positif je lah kan, tak ada rezeki. Adalah hikmahnya tu.


BANK SEKARANG KENA ADA KOMITMEN BARU BOLEH RUMAH. BETUL KE?
Memang betul. Dah tanya dengan pegawai bank. I dengan Amirul punya lepas walaupun tak ada apa-apa komitmen. Be it credit card, kereta, personal loan. Haprak! Semua kami tak ambil. Clean & clear gitu nama kami ni. Tapi memandangkan syarikat I dengan Amirul syarikat besar maka loan kami senang je lulus. Alhamdulillah. Ikut rezeki jugak. Kalau kerja dengan Maybank pun kalau tak ada rezeki tak ada jugak. Bank ni dia ada skor marks. Kalau kira punya kira tak lepas skor yang diperlukan maka loan akan direject. Sama juga kalau kau ada credit card then credit card tu hutangnya melambak tak lepas jugak. Then kalau kau ada hutang kereta, kereta asyik delay lambat bayar kena reject jugak. Dan paling penting segala hutang tu tak lebih 70% daripada gaji korang. Contohnya, gaji RM2300. RM2300x70%=RM1610. So hutang campur semua tolak bagai tak boleh lebih daripada RM1610. Kiranya kalau kereta pun dah kena bayar sampai RM1200 sebulan maka korang hanya ada balance RM410. Kenalah cari rumah yang bebulan RM410. Mana nak dapat sekarang ni. Rumah RM100K pun bulan bulan RM555++. Maka utamakan rumah dulu daripada kereta ya tuan-tuan dan puan-puan. Kereta biasa-biasa pun tak apa. Kereta bukanlah pengukur kekayaan  bak kata Saiful Nang. Ukur baju di badan sendiri. Kesiannya hidup kalau nak menunjuk-nunjuk.


LOAN 100% KE?
Ohh tidak. I ambil 90% sahaja dan tempoh 30 tahun. Sebab loan 100% tu macam menipu. Mula-mula memang opt for that 100% tapi bank cakap tak lepas dan 100% tu dalam tempoh setahun dalam 4-5 orang je lulus. Sebab rekod cantik dan macam-macam lagilah faktor. Makanya kita kenalah usaha kumpul that 10% sendiri. Lagipun kalau pandang ke sudut positif, kita bayar bulan-bulan kurang sikit dan tak adalah bayar interest terlampau banyak. Dan lebih baik ambil 30 tahun daripada 40 tahun. Kurang bayar interest. Dan senang kita dah pencen rumah pun dah habis bayar. =)


MACAM MANA DENGAN LAWYER FEES?
Lawyer fees pun kami bayar sendiri. Tak masuk dalam loan. Sebab kalau boleh nak meminimumkan apa yang dipinjam dekat bank. Cuma insurans masuk sekali dalam loan. Lawyer fees ni tarik nafas sikitlah. MAHALLL!!! Dalam 5K++.


LATE CHARGES
Yang ini paling kena kena jaga. Bank kena disburse certain amount of money kepada developer mengikut peratus rumah kita siap. Bayaran bank yang pertama dekat developer tu kena release sebelum 3 bulan lepas kita sign S&P. Macam I, I sign 6/3/13 so due date I ialah 6/6/13. Kalau lambat nanti kita kena tanggung 10% charges tu. Macam mana nak tahu bank dah release duit ke tak? Pertama telefon lawyer, tanya dah send advice letter tak dekat bank? Then kalau dia cakap dah, kita telefon bank pulak tanya dah credit duit kat akaun developer ke tak? Kita kena bayar berapa and bla bla bla? Macam I rumah tak siap lagi so kena bayar interest je lah.


WHY NIMI 사랑 CASA?
NI for AiNI. MI for MIrul. 사랑 (saranghae) yang maksudnya cinta/sayang. CASA stands for house in France. Gabungkan jadi RUMAH CINTA AINI & AMIRUL. Nak rumah tu dipenuhi dengan kasih sayang dan cinta kami untuk bakal anak-anak kami dan juga tetamu yang datang pun rasa cinta dan sayang dengan rumah kami sampai nak datang hari-hari. =)




KUNCI PALING AWAL DAPAT BULAN 11 TAHUN 2013.
A GOOD START FOR 2014. 25 YEARS OLD. THE MIDDLE OF THE 20's. 

P/S: Insyallah kalau ada rezeki lebih boleh panggil kawan-kawan datang 'Housewarming'. Sekalilah kenduri doa selamat. =)

13 comments:

oshinz said...

happy for u dear.. ur dream kan. lepas kawen lagi u dah pk pasal nak beli rumah. kan? hehe.

Cik Siti Hajar said...

Aini..bestnye!!

thanks for your info.. cuma nak tanya.. guna nama Aini je atau both? cause I'm not married yet.. so ada hutang kereta dengan loan mara..

Ainee Cumi said...

OSHINZ: Yes! My dream. Tu lah hari hari fikir dan berangan nak ada rumah sendiri. Alhamdulillah tercapai

Ainee Cumi said...

CIK SITI HAJAR : Of courselah guna nama bersama. Duduk bersama kan nanti. Tak adillah guna nama Aini sorang je. Hehehehe! Boleh je kalau nak beli rumah atas nama sorang sorang cumanya kena make sure hutang tu kalau campur bayaran rumah takkan lebih daripada 70%.

Huda Zulkahar said...

omg..so happy for u sis..tahniah.. :)

Ainee Cumi said...

HUDA : Tenkiu dear

Anonymous said...

Beli rumah baru atau second hand...?

Anonymous said...

Bali rumah baru atau 2nd hand?

Ainee Cumi said...

ANONYMOUS: Baru. =)

oppa vitamin said...

hebatnya..
ni sy tgh pening nak beli rumah..
beli under agent..mcm2 hal..huhu

Anonymous said...

salam cik ainee.. tahniah da dapat beli rumah. Alhamdulillah. :) saya ingin bertanya, saya buat loan gov, bile die start tolak duit utk byr rumah ye? sbb rumah dijangka siap ptghn atau hujung 2015. then kalau rumah dah siap, nak masuk tu, ade ape2 lagi kena bayar ke? mohon bantu. :)

madamzhaza said...

Salam, saya k tnyala kalo loan xllus cmne duet the rest tu bley lesap yer..boleh xawak explain the flow.

Ainee Cumi said...

OPPA VITAMIN : Kena cari agent yang betul. Tapi tu lah kan dah tuan rumah amik agent tu macam mana pulak kan. Harap bersabar. =))

ANONYMOUS : Okay macam ni. Bank ataupun institusi yang bagi pinjaman ni dia akan release duit pelan pelan kat developer. Contoh 10% 201% macam tu lah. Kiranya 10% batu dah naik so Bank kenalah bayar kat developer so kita dah start kena bayar dah tapi tak penuh. SIkit je. Tapi bila CF semua dah dapat then barulah kena bayar FULL. Time bayar FULL tu pushlah kita nak kunci rumah. Gituuuu....

MADAMZHAZA : Kalau loan tak lulus ya? Kita tengok apa perjanjia kita dengan developer. Ikutkan tak boleh burn deposit kita tu tapi ada setengah developer menion dia akan burn. Biasanya deposit tak banyak dalam RM2K macam tu. Ada yang RM500 pun ada. Macam Aini, kalau loan tak lulus dia akan burn RM250 je the rest dia akan bagi balik. But alhamdulillah loan lulus. So kita kena tengok dan tanya kat developer tu kalau loan tak lulus then deposit kita macma mana.

Kedai Runcit Online

I ni jenis pemalas betul nak keluar dari rumah. Kalau boleh semua nak orang belikan buatkan hantarkan and etc. Masak bolehlah rajin jugak ...