Assalamualaikum semua.
Tergerak hati nak tulis entri kali ni sebab ada orang ingat insan kerdil yang bernama AINI & AMIRUL ni gajinya besar dan businessnya maju sampai boleh kahwin umur 22 tahun, boleh beli rumah umur 24 tahun dan adalah melancong sikit-sikit tiap-tiap tahun. Bukan tak suka orang cakap kami banyak duit tapi masalahnya kami tak banyak duit. Itulah masalahnya. Kalau betul banyak duit tarak hal. Apa-apa pun kami 'Aminkan aja'. Rezeki Allah bagi, manalah tahu kan. ^___^
Gaji kami tak cecah pun 5 angka. 4 angka je. Itu pun 4 angka yang paling minimum. Sama je dengan gaji anda dekat luar sana dan saya percaya lagi sikit dari anda. Macam mana kami boleh beli rumah? Macam mana kami boleh berjalan ke sana ke mari?
Satu je nasihat kami. Hidup jangan dikejar bayang, hidup berpaksikan pada kemampuan. Buat apa dikejar benda yang kita sendiri tahu tak mampu. Ukur baju di badan sendiri kata peribahasa dalam buku. Kalau ukur baju kat badan orang tak ke kang labuh sangat tak pun senteng karang. Betul ke betul?
Live a simple life. Mampu beli rumah RM60K sahaja jangan dipandang rumah yang harganya RM120K. Mampu beli kereta yang bayar bulanannya RM300 jangan dipandang kereta yang bulanannya RM600. As simple as that.
Ok katanya kereta sekarang mahal. Rumah sekarang mahal. Ambil pendekatan mudah je. Siapa yang ubah hidup kita? Iya! Kita sendiri. Bukan kerajaan bukan orang lain. Siapa yang bayar hutang kita? Iya, kita sendiri. Bukan kerajaan dan bukan orang lain. Nak bising-bising dengan kerajaan pun apa je yang kita dapat? Harga rumah berkurang? Tak jugak. Kita jugak yang bengkak hati sebab apa yang kita nak tak dapat. (OK! Saya bukan pro kerajaan harap maklum).
Kalau kita mampu beli rumah RM60K sahaja, option yang kita ada ialah rumah secondhand. Hidup ni tak susah. Simple je. Ukur kemampuan. Okay katakan tak suka rumah secondhand, fikir rumah tu keperluan ke kehendak? Kalau keperluan kita takkan kisah rumah tu secondhand ke firsthand ke janji ianya adalah sebuah rumah yang boleh kita berlindung dari panas matahari dan hujan yang kita takkan sengsara nak bayar bulan-bulan. Kalau kehendak tu yang bahaya. Kita nak rumah besar, nak rumah baru, nak dekat dengan bandar dan sebagainya tapi kita tak mampu macam mana? Berbalik semula pada yang dua tadi. KEPERLUAN KE KEHENDAK? Simple.
Sama macam kereta jugak. Keperluan ke kehendak?
Lagi satu ialah CREDIT CARD! Ada orang cakap ada kebaikan ada keburukan. Cuba sekarang ambil pen dan kertas. Tulis apa kebaikan dan apa keburukannya? Kebaikan lebih banyak ke keburukan lebih banyak? Mestilah keburukan yang lebih banyak. Nyata-nyata kalau kita tak mampu bayar kesemua jumlah yang kita hutang dan hanya mampu bayar minimum sahaja itu bermakna KITA TIDAK MAMPU MEMBELI BARANGAN TERSEBUT yang kita bayar guna kad plastik tadi! Kalau anda mampu bayar jumlah yang anda beli tadi dengan kredit kad pada hujung bulan bila dapat gaji okay then anda mampu. Anda boleh apply for credit card. If not, tolonglah lupakan kad plastik tu. Sama juga dengan personal loan dan banyak lagi loan yang kita pun tak perlu sebenarnya.
Jujur ya saya cakap, kami teringin nak melancong ke Eropah tapi kami sedar kami hanya mampu melancong dalam Asia je. Teringin duduk hotel yang cantik bila melancong tapi kami sedar kami travel cheap travel wise maka cari hotel yang murah, bersih dan selesa dah cukup bagi kami. Kami teringin nak beli kereta lagi satu tapi kami sedar kami hanya mampu pakai apa yang kami pakai sekarang ni. Kami nak rumah yang ada tanah tepi sebab nak buat landskap taman tapi kami sedar harga dia di luar kemampuan kami maka kami pilih rumah tengah sahaja. InsyAllah bila kita ada rezeki lebih haa time tu lah baru kita ukur balik impian kita. Rezeki masing-masing kan, Allah dah tentukan tapi kita kena juga berusaha. Bijaklah berbelanja dan menguruskan kewangan masing-masing. Saya pun tak bijak-bijak lagi uruskan kewangan ni, hadoii macam mana nak jadi jutawan ni ataupun ada kewangan yang boleh bagi ayah ibu belanja sekurang-kurangnya RM2000 sorang ni. Insyallah one day.
REMEMBER!
STAY
SIMPLE
STAY
TRUE!
WE DON'T HAVE THE BEST OF EVERYTHING BUT WE MAKE THE BEST OF EVERYTHING!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOURIST SPOT IN KYOTO
ARAHIYAMA 1. ARASHIYAMA Jangan lupa singgah dan duduk santai-santai di tepi sungai berhampiran Togetsu-Kyo Bridge. Serius mendamaikan...
-
Jangan buat main woooo keracunan makanan. Pertama kali I dengan Amirul kena. Umur 26 tahun kena keracunan makanan. Oh my!! Seksa gila. 1. U...
-
Assalamualaikum. OK! Sebelum kemalasan melanda jiwa baik terus update iternary dan budget untuk rujukan teman-teman. Hope it ...
-
Assalamualaikum. Bertemu kita lagi di entri #TravelDiary. Kali ni Aini dan Amirul pergi Langkawi selama 4 hari 3 malam dengan menaiki pen...
No comments:
Post a Comment