Friday, June 21, 2013

#MOVIEREVIEW - Man Of Steel (Hero waktu kecik pakai spender merah kat luar)


Aishh kalau cerita-cerita yang melibatkan memori kanak-kanak terimbas kembali ni memang buat I teruja sikit. Tak ada ke orang nak buat cerita Cinderella versi manusia? Kegemaran selamanyaaa tu....

I bagi 5/5 dekat Man Of Steel. Over tak? Full mark tu. Kira macam tak ada cacatnya. Okaylah mungkin duration cerita agak lama which is 2 jam setengah tapi wohh memang berbaloi every sen yang kita bayarlah untuk tiket wayang tu kan.

I tengok dekat TGV, Station 18. Buy 1 free 1 lepas tu beli another 1 tiket for my sister which the total is RM16 sahaja.

Cerita dia ni bagi I tak rasa bohsan. Tak adalah satu part depan boring tengah klimaks then last sekali boring. TAK LANGSUNG! Perfect! Mula-mula cerita dah ada konflik lepas tu sampailah akhir ada je action. Best best best. Cuma orang yang tak suka tengok movie lama-lama lah kot dalam hati cakap "Bila nak habis aku dah nak terkencing ni". Kan?

Part dia mula belajar terbang tu memang mengimbau memori zaman kanak-kanak masa tengok cerita ni kat TV. Rasa perghh kagum gila manusia boleh terbang. Nak jugak. Dia pakai cape merah. Eeee nak jugak. Itu dululah sekarang ni kagum tengok badan dia ganteng gagah perkasa. Aumm sangat! Lepas tu ada selit pasal ayah dia. Kenapa ayah dia tak bagi reveal power dia and so on.

Cerita dia ada flash back waktu dia kecik, macam mana dia dapat power, kenapa dia dihantar ke bumi, berasal daripada planet mana. Complete! We can get all the answer in this film.


KOSTUM : Cantik
PLOT CERITA : Terbaik
SOUND EFFECT : Power
SPECIAL EFEFCT : Lagi power
CAST : Bagus sekali
GRAFIK : Paling paling paling power.


Ni semua pandangan I je lah. Macam kawan I dia cakap not worth it. Bagi I its more than worth. See? Lain orang lain pandangan so kalau nak tahu better pergi tengok sendiri. Then make your own judgement. Ok I rasa nak tengok lagi sekali. Boleh tak? =)


Tak ada ke orang nak buat costume party?

1 comment:

oshinz said...

tak suka badan dia, besar sangat pastu ada bulu. adoi. haha. tapi sedih masa bapa dia terkorban tu. hampir menitik air mata gitu.

TOURIST SPOT IN KYOTO

ARAHIYAMA 1. ARASHIYAMA Jangan lupa singgah dan duduk santai-santai di tepi sungai berhampiran Togetsu-Kyo Bridge. Serius mendamaikan...