Monday, April 9, 2012

Berdikari

Semalam secara officialnya kami berdua telah berpindah ke rumah sewa. Selama ni tak official pun asyik lompat sana lompat sini macam katak. Penat kemas rumah cuci jamban lap kipas semua. Tapi kena hari hari mop untuk elakkan habuk melekat. Ni dah 3 hari selsema ni akibat terlalu sensitif terhadap habuk. Kelopak mata sampai cedera. Nasib ada si kekasih hati yang sentiasa ohsem. Dialah tolong sental jamban, dialah sental dapur, dia lah yang cuci kipas, dialah yang mop lantai. Semalam bawak Ifa dengan Iqa shopping barang rumah sekali kat AEON. Pergh!! Bila beli barang sendiri barulah tahu barang-barang dapur mahal noxx sekarang. Tak apa, inilah masanya untuk hidup berdikari setelah 5 bulan hidup dengan penuh keseronokan tak payah fikir apa-apa.



Mug kegemaran kami berdua. Hadiah kawin pertama dari sahabat I, Farizza. Serius awal gila hadiah ni. Kahwin bulan 10 dapat hadiah bulan 8 kalau tak silap sebabnya dia tak dapat datang kenduri kahwin I sebab dia belajar kat Indon. Sweet sangat kawan I ni.



Nanti kalau tercapai beli rumah sendiri dalam tahun ni baru kita buat potluck okay kawan-kawan. Dan semestinya buat kenduri doa selamatlah dulu kan. I tau u all tak sabar nak melepak lepak kat rumah I dengan Apek kan? Tunggu dan sabar ya sayang-sayang sekalian. ^_^


WE ARE YOUNG AND WE ARE READY FOR COMMITMENT! OHH YEAHH!

5 comments:

mieyrara said...

Yeahhh jirannn!!!

Huda Luna said...

yeahh! gambate ainee!

butterfly said...

serious jeles dengan u..

dah ade family sendiri..
all the best for new journey..

ada van de kamp said...

bestnyeeeeee ainee! i nk kawen bln 11 ni =))

ada van de kamp said...

bestnyeeeeee ainee! i nk kawen bln 11 ni =))

MY FIRST LA SENZA

Hampir sejam jugaklah Apek menunggu kat luar sebab isterinya dok test test the perfect one. REVIEW LINGERIE LA SENZA 1. Best gila 2. Des...